Wednesday, 4 May 2016

Trip Sabah -part III

Assalamualaikum


Hari terakhir di Sabah, kitorang plan untuk masuk ke pulau je. Ok actually ada dua option untuk masuk ke sana. First, di Jesselton Point. Second, agent-agent "tangkap muat" kat area Pasar Sinsuran. Masa aku shopping souvenir semalam aku ada tanya peniaga situ kat mana jeti yang aku boleh pergi untuk masuk ke pulau. Then mostly diorang suggest kat agent tangkap muat ni. Sebabnya kat agent ni lebih murah berbanding Jesselton point. Kalau setakat beza singgit dua hengget aku boleh terima lagi. Tapi kalau dah beza puluh-puluh ringgit ha tak dapek do. 

Kalau korang nak cari agent tangkap muat ni senang je. Korang rayau je area Pasar Sinsuran tu. Confirm ada agent yang pegang pamphlet untuk promot korang guna servis mereka. Bagi aku, memang sangat berbaloi. Sebabnya korang bayar dengan harga yang murah siap alatan snorkeling dan safety jacket sekali. Kalau kat jesselton point, korang kena bayar harga bot sahaja. Belum termasuk alatan snorkeling dan safety jacket. 



Ni agent yang promot tu. Memula aku nampak bro baju biru pegang pamphlet pastu kitorang terus datang dekat. Dah puas bargain at last kitorang dapat harga RM40 masuk dua pulau (sapi & gaya)  untuk pergi balik, safety jacket dan alatan snorkeling. 




Jarak dari jeti ke pulau tak lama pun. Lebih kurang 10-15 minit je. Bergantung kepada abam yang bawa bot tu. Masa aku pergi haritu abam ni berlumba bot dengan kawan dia yang bawa pelancong jugak. Fun memang fun sebab laju gila. Lepas tu sampai pulau muka pun dah macam orang gila. Habis barai semua ditiup angin. Kah!









Entrance fees akan dikenakan untuk setiap pelancong yang masuk ke Pulau ni. Tapi korang bayar sekali je. RM 3 for Malaysian and RM10 untuk foreigner. Make sure resit tu korang simpan. Kalau korang pergi dua, tiga pulau diorang akan mintak resit tu untuk check masa kat entrance.





Muka tak mandi pagi macam ni lah. Kang masuk pulau ko berendam jugak so air dah jimat disitu. Minah ni nak masuk pulau pun sempat mekap lagi. Lol






First destination kitorang dibawa ke Pulau Sapi dulu. Masa kitorang sampai tu pukul 10 pagi. Pukul 1 tengah hari kitorang kena tunggu di jeti dan diorang akan transfer ke Pulau Gaya pulak. Kebanyakkan pulau-pulau ni semua dekat je. Swimming distance pun boleh (kalau ko gigih lah).



Pulau Gaya





Snorkeling kat pulau sapi ni boleh tahan seronok. Laut jernih pasir putih bersih lepas tu ikan-ikan semua friendly. Ko acah-acah berenang pastu nanti diorang melintas depan ko. Memula aku excited nampak ikan cantik warna-warni lepastu bila diorang berenang dalam jumlah yang banyak; dekat pulak dengan muka aku terus cuak! Hahahaha penakut :'DD




Nice wheather for islang hoping and snorkeling *smiling emoji with shade*





Kitorang gerak keluar dari pulau sapi lebih kurang jam 3:00 petang. Sampai je pasar sinsuran kitorang sambung lagi shopping souvenir dan barang kiriman family di semenanjung ihiks. Lebih kurang pukul 4, ambik kereta di Warisan Square car park dan terus menuju ke KKIA. Letih doh keluar laut terus rushing pergi airport. Fewww. 


Fisyah dah bertukar luggage.Dan nampaknya makin besar. Kahkah



sampai airport terus memunggah packing semula. Ko tengok tu luggage dia penuh dengan apa. Aigoooo *tepuk dahi*




Hurm holiday habis dahhh........




Thank you for everything baby :')




flight malam tu dikendalikan oleh Kapten Zahiruddin. Soft take off and landing. Good job captain! 



Once flight dah take off, maka berakhir sudah trip sabah bertabahlah kali ni. Actually banyak je tempat kitorang tak cover due to limited time and costing. Tapi nanti aku akan share budget aku untuk next entri. Ok tu je. Thank you sebab gigih membaca sampai habis. Bye!


No comments:

Post a Comment