Assalamualaikum
Alang-alang mata tengah segar lagi, mood menaip masih ada jadi aku akan teruskan untuk part yang seterusnya. Anyonyo mementang lah cuti sem muka engko je menaip tak habis-habis wakakaka. Ok masuk hari kedua, kitorang check out dari Ayana Holiday Resort dalam pukul 9.30 pagi. Orang kata kalau nak tengok view puncak gunung kinabalu boleh bangun pukul 6 pagi. Masa tu langit clear kabus pun belum muncul lagi. Tapi sayang, bantal dan cuaca pada pagi itu benar-benar menggoda jiwa. Aku tertidur sampai lah terjaga pukul 8.30 pagi. Bangun pagi terus melompat dari katil keluar dari bilik sebab gigih nak tengok puncak kinabalu. Nasib baik nampak walaupun sikit. Ok la jugak kan :')
Sebelum gerak balik KK, kasi belanja view satu kali. Sampai KK nanti confirm rindu view kundasang. Confirm!
Bukit bukau, gunung ganang; Maka mana satu nikmat tuhan yang kamu dustakan?
InsyaAllah kalau ada chance datang sabah lagi memang plan nak stay kundasang dua tiga hari lagi. Syok weh cuaca sejuk gila. Nak masuk bilik air pun fikir beratus kali. Pijak lantai kayu tu pun kaki dah mengigil macam kena rendam iceberg. Tu belum masuk lagi segala jenis serangga pelik dan unik melekat kat dinding lobi hotel. Yelah, hutan kan :'D
aku rasa dah upload gambar ni past entri. Ah dulik! Aku suka view ni so biarlah nak upload berapa juta kali pun hahaha
Dua ketul sistur dah ready untuk check out. Bye kundasang! Sobs :'(
Lebih kurang jam 10.00 pagi, aku pun mula drive untuk turun dari Kundasang. Nak naik agak challenging, turun lagi challenging! Kena pandai control brek. Stress jugak lah masa driving kereta meluncur laju je aduhai nasib baik tak tersasar ke jalan sebelah. Pernah jugak aku terbaca sorang traveler ni menceritakan experience diorang drive sendiri ke kundasang. Dah berapa kali tali brek berasap sebab terlampau banyak tekan brek. Sebolehnya aku memang nak elakkan perkara sebegitu. Kemon, cukuplah masa boarding semalam dah menjahanamkan mood aku. Tak mahu di tambah lagi dengan adegan yang tidak diingini di Kundasang pula. Tapi Alhamdulillah everything went well. Thank you Allah! :)
On the way turun dari Kundasang, sempat jugak berhenti tepi jalan utk selfie sekeping dua dek tak tahan melihat view yang sayup-sayup dan sangatlah cantik. Kemon lah weh mana nak dapat view bukit bukau camni. Gunung Tampin pun dah habis kena botak. Me iz sad.
Hampir sejam aku struggle turun bukit bukau ni, akhirnya sampai juga jambatan tamparuli! Dari jambatan tamparuli nak ke KK dah tak jauh. Lebih kurang setengah jam je. Jalan pun dah straight forward no belok-belok. Satu destinasi wajib yang korang kena singgah adalah Rumah Terbalik yang terletak di dalam daerah Tamparuli. Location rumah terbalik ni pun senang sangat. Betul-betul tepi jalan utama. Kalau rasa tak sure, boleh waze/google maps.
Apahal mata sepet ni? over nau lighting. Ambe ni dah ler gelap wakakaka
Bayaran masuk ke rumah terbalik sebanyak RM10.60. Aku rasa 60 sen tu GST. Pe jadah semua benda nak GST hak alah. Korang juga boleh buat pilihan, sama ada nak masuk rumah terbalik dan muzium 3D. Nak masuk dua-dua sekali pun boleh tapi entrance fees aku tak pasti. Kitorang haritu masuk rumah terbalik je. Muzium 3D memana pun hado. Masuk pun free jew hikhik *emoji monyet tutup mulut*
Before masuk ke dalam, diorang akan briefing serba sedikit tentang rumah terbalik. To me its quite interesting. Cuma engkorang memang strictly tak boleh ambik gambar masa kat dalam rumah tu. Kalau degil jugak, bersiap sedia lah untuk di denda RM 500 dan segala gambar tersebut akan dihapuskan. Tour guide ni ada explain kenapa tak boleh ambil gambar since ramai tourist yang tanya tentang rules tersebut. Katanya ini adalah strategi marketing mereka bagi memelihara konsep dan idea rumah terbalik tersebut. Cost nak bina rumah ni je dah setengah juta. Jadi sebab tu diorang dah pesan awal-awal bab hak cipta terpelihara ni. Ko redha jela nak. Jangan degil ngat.
Tandas pun terbalik. Nasib baik mangkuk tandas kering :')
Tandas ni dekat bahagian luar. Kat bahagian luar ada dua part yang terbalik. Tandas dan kereta kancil. Dua part ni engkorang nak ambik gambar sampai full memory pun takpe. Takkan dikenakan denda so jangan risau.
Lebih kurang 45 minit perjalanan, kami pun selamat tiba di Kota Konabalu. Cuaca panaih berdenting ditambah jalan jammed yang tiada penghujung; benar-benar bikin kepala gua stress! Minah sebelah aku ni memang tak rasa apa lah kan. Sah naik kereta je membuta. Yang berjaga hanya aku dan radio kereta je hakhak.
Di KK, kami menginap di Hotel Le Kinabalu. Location dia agak kelakar. Terletak di tingkat 3 bangunan sebelah warisan square. At first masa sampai memang mengagau kitorang cari hotel ni. Rupo eh kek tingkek tigo diam eh. Aiyo memang tak jumpo la kok camtuha. Hotel Le Kinabalu ni kitorang book via Expedia.Com. Harga RM 80 satu malam. Sama macam kat kundasang. Bilik basic je. Yelah, nak ambik bilik memahal buat pe. Bukan aku nak swimming guna private pool pun. Takat nak lelap hilang penat je.
Dah selesai check in dan solat jamak, kitorang terus pergi ke Tanjung Aru. Frust lah aku ingat Tanjung Aru ni bersih dan indah, tapi melambak sampah dan bungkusan makanan di tepi pantai. Kemon la weh ko nak buat sepah kat rumah ko tu lantak lah. Tapi tempat public macam ni considerate la sikit. Ni semua mentaliti; kata beliau. Hikhik
Dah selesai melawat rumah terbalik, perjalanan diteruskan lagi sehingga ke Bandar Kota Kinabalu. Masa kekecik dulu aku ingat lagi, bila sebut pasal sabah mesti aku excited nokharom. Pesal tah taktau lah. Sampai mak pernah offer bila dah habis UPSR nanti mak dengan abah plan nak book flight ke Sabah. Gila excited aku masa tu. Kemudian, masa terus berlalu. Burung-burung pun berkicauan, ombak pula menghempas pantai. Sepi.
Sebelah malam, kitorang ke Pasar Sinsuran dan Todak Waterfront untuk dinner. Seharian kat kundasang makan maggie je sebab susah nak cari kedai makan. Kalau ada pun aku pun ragu-ragu nak makan. Yang ada sinalau bakas a.k.a babi hutan guling je jual bersepah sepah tepi jalan. Bertabahlah perut. So sampai KK memang memasing lepas dendam wakakaka.
Kitorang order siakap tiga rasa, sotong bakar bercili, kailan ikan masin, dan udang goreng butter. Mostly traveler kata makan seafood jalan todak memang sedap. Tapi ada suatu perkara yang aku kesalkan hingga kini. Kitorang terlalu teruja melihat makanan laut segar terbentang luas depan mata. Terus order hingga tak sempat nak survey ke kedai belakang sana. Hasilnya, bil makanan keseluruhan mencecah RM91. Rasa aku nak carut je brother tu. Tapi benda dah masuk perut. Hampir hadam dah pun. So aku bertabahlah. Lessons learned. Kedai ni memang aku blacklist sampai mati. Tu jelah sekali seumur hidup ko dapat duit aku. Booo
Tengok lobster excited gila tapi takut nak makan. Eh macam aku je? hewhew
Tempatnya takdela besar mana. Kecik je pastu ada cafe. Nak lepak santai makan ice cream sambil layan view KK pun ok gak.
Dah puas layan view KK, fisyah ajak pegi lepak tepi laut sambil minum-minum. Yelah since dah malam last ni balik lewat sikit lah kekekeke. Kalau nak jumpa banyak foodcourt tepi laut, engkorang boleh waze ke 1Borneo Mall. Sepanjang jalan nak kesana akan jumpa banyak kedai-kedai makan tepi jalan. Kalau nak makan seafood as main course boleh ke Todak Waterfront. Aku pun drive je slow-slow layan view sambil mencari foodcourt yang dekat dengan laut ni. Drive punya drive,terjumpa satu foodcourt di Likas. Jalan ke sini menghala ke UMS tapi tak sampai UMS lagi pun.
Eh tadi kata minum lepak-lepak je yang ada nasi goreng tu pe benda?! Baru makan tadi kan? Hahahaha
Dah selesai melepak, pusing-pusing KK maka kitorang pun kembali ke pangkal jalan. Sesiapa yang plan untuk menginap di Le Kinabalu, car park facilities memang takde sediakan. Ada dua option korang boleh parking kat tepi jalan besar bawah hotel atau pun di warisan square. Kalau park jalan besar, korang boleh start parking pada jam 10:00 p.m dan mesti alihkan kenderaan anda sebelum jam 7 pagi. Di warisan square pulak korang boleh parking dan cuma bayar RM10 untuk overnight. Kalau lebih dari waktu overnight, dia akan kira tiga jam RM2. Tapi banyak je sebenarnya hotel area sini. Aku rasa lebih mudah sebab boleh access ke attraction place by walking distance je. Dekat KK korang tak boleh parking sembarangan ok. Kalau tak bersedia lah untuk disaman. Lebih kurang KL jugak lah. Landmark untuk cari hotel sini, ko taip je Warisan Square. Kalau rasa ada bajet lebih, boleh stay Le Meridien. Yang ni location dia memang superb. Sebab paling dekat dengan semua attraction yang aku cakap tadi.
ok will be continue part III for last part and overall budget. Annyeong haseyo!
No comments:
Post a Comment