Assalamualaikum
*p/s: Sebelum engkorang baca entri ni, aku nak bagitau sesiap bahawa entri kalini agak wordy since banyak nau experience yang tak dijangka. So, enjoiceee!
.
.
.
.
Harini genap seminggu aku balik dari Sabah. Fyi, seumur hidup aku memang belum pernah jejak sabah. Yer sila gelakkan aku. Jadi di kesempatan itu, aku pun cuba lah buat short trip ke Sabah dengan Fisyah. Nak jadi cerita, masa tu aku dok survey flight tix murah. Yelah, apa guna bercuti semester selama dua bulan setengah, kalau tak dipenuhi masa dengan melihat dan mengembara bumi tuhan gitchew haa. Then satu malam tu fisyah whatsapp ajak travel. Destination tak kesah. In sudden negeri bawah bayu ni terus pop up dalam mind aku. Haih asal lho tahu aja yaa gue ini pantang diajak travel bareng. Pantasan aja jari jemari gue mencari tiket pesawat murah. Mengapa aku dilahirkan seperti ini ya? Oh mengapaa :')
Awal pagi subuh sapi'ie aku bangun pukul 3 pagi. Entahlanakkk lately travel memang manjang flight pagi. Tapi sebab travel so aku gigih. So fisyah and husband fetch aku kat rumah tepat jam 4.15am. Sis very the mengantokz. Dah lah malam tadi takleh tidur aigooo. So kitorang sampai airport lebih kurang 5.30 pagi camtu. Apak laju gilo laki dia speed kat highway. Jarak yang sepatutnya dua jam jadi sejam je. Fuhhh *peluh dingin*
Actually aku dah lama tak fly dari KLIA. Rasanya last sekali masa tahun 2013 trip family ke Bandung. Lepas tu semua naik dari KLIA 2. Walaubagaimanapun, memori aku masih utuh. Nasib baik aku masih ingat selok belok KLIA ni. Kalau tak memang meraba lah weh pepagi buta nak mencari parking, cari departure hall bagai. Namun, kegembiraan ku terhenti semasa di kaunter check in. Punya confident buka purse nak cari i.c sekali tak jumpa! Ai izz pucat! Mana pergi ic aku doh?! ya tuhannn kenapa time aku nak travel masalah macam ni berlaku aaa kenapa kenapa! Walaupun begitu, aku perlu tenang. Ini salah satu experience travel yang boleh ko kenang masa tua tua nanti *pujuk hati*
Lagi buat aku rasa down gila bila staff malindo kata kalau takde ic diorang tak boleh nak accept passenger utk boarding. Masa tu aku pasrah. Dalam kepala otak aku fikir nak ambik next flight dan rushing balik rumah kejap untuk ambik ic. Baru aku teringat semalam aku fotostat ic kat printer lepas tu aku lupa nak masukkan balik dalam purse. Silly me! Rasa nak hempuk kepala sendiri. Tapi yelah, benda dah jadi so kita perlu bertenang. Tetiba, datang sorang staff malindo kat aku suruh buat police report. Declare ic hilang awal pagi tadi. I izz rasa serba salah. Masa tu aku dah nampak boarding pass aku dah siap print. Tinggal nak ambik je. Mak aii dia punya pedih lagi teruk daripada kena tinggal pakwe, ko tahu?
Dah setel buat police report, staff malindo pun bagi boarding pass kat aku. Happy me! :'D
Light breakfast in flight
Dah selesai buat police report, lari lari cari boarding gate, fasten seat belt then baru mampu nak senyum lebar :')
Never failed to amaze! :'D
Flight selamat landing lebih kurang jam 9.15 a.m. di Kota Kinabalu International Airport (KKIA). Sesampai airport, terus pergi imigresen clear visit pass, keluar duit kat atm then tunggu kereta sewa sampai. Lebih kurang pukul 10 agent kereta sewa pun pass kereta kat kitorang and our journey begin. Before that singgah isi minyak kereta full dulu since aku dengar cerita kat kundasang payah gila nak cari petrol pump. Lepastu perjalanan diteruskan. Duration between KKIA dengan kundasang lebih kurang 2 jam setengah.
Before aku ke sabah, ada jugak aku bertanya dengan member-member yang pernah sampai sana. Bila aku kata aku drive sendiri ke Kundasang, memasing macam "like serious doh ko nak drive" , " weh bahaya doh jalan dia challenging gila"!. Malah ada yang kata jalan ke Cameron dengan Genting Highland tu more better than Kundasang. Me is stress. Apa ni weh aku belum sampai sana dah macam-macam cerita negative aku dengar. So I challenge myself. Inilah makna travel. Ko kena cabar diri sendiri. Jangan jadi lembik. Actually boleh je kitorang ambik agent and bawa kitorang ke sana. Tapi taknak ah. Takde lah pengalaman yang aku boleh rasa kalau semua benda dah tersedia. Tak gitu?
Dan aku akui, jalan dia memang challenging giloss! Boleh ko bayangkan, jalan dah lah sekangkang kera. Lepastu mendaki tegak 90 darjah dan jalan berlobang lobang! Tetiba ada pulak road construction tutup sebelah jalan. So u need to wait till kereta dekat sebelah jalan dulu. Terus terang aku kata, kalau kau rasa perjalanan hidup kau berliku, percayalah bahawa berliku lagi jalan di Kundasang ini. Tapi untuk menjadi manusia kita harus tabah. So aku drive je slow2 sambil enjoy view cantik. Nasib baik view kiri kanan cantik. Terubat sikit hati aku :')
Lepas 2 jam setengah perjalanan, we are here! Yayyy! Kat kundasang kitorang stay Ayana Holiday Resort (booked via AirasiaGo). Rasa bersyukur gila jalan masuk ke hotel ni tak pendalaman sangat. Location memang betul betul tepi jalan besar. So takde masalah pun nak cari.
Entrance Ayana Resort. Simple je. Yang penting view belakang tu masyaallah :')
waktu ni memang rasa sebak betul hati. Rasa berbaloi sesangat apa yang aku dah lalui satu hari. Dengan ic tinggal, rushing sana sini, drive jauh dengan jalan yang betul betul mencabar minda dan emosi seorang syahirah, bila pandang bukit bukau ni hilang terus problem. Serius weh! U guys should try then. Hiks
Standard room with queen bed and no air conditioner. Hiks
Dah selesai check in, kitorang pun rehat dulu. Kasi lurus pinggang since perjalanan yang agak panjang dari awal pagi. Dalam pukul 2.30 p.m kitorang teruskan perjalanan ke Desa Cattle Dairy Farm. Lebih kurang 12 kilometer dari hotel yang kitorang menginap ni. Ini adalah satu tempat wajib yang korang kena pergi bila sampai ke Kundasang. Cuma macam biasa; jalan dia lebih mencabar jiwa dan raga. Masyaallah nasib baik sis ni penyabar tau :')
Entrance RM5 seorang. Bayar masa kat main entrance. Gambar atas ni cafe dan kedai souvenir. Kalau nak ambik gambar, korang boleh berhenti kereta tepi-tepi tu je. Takde masalah pun.
Kalau nak rasa yoghurt asli dari ladang boleh lah datang sini. Memang kaw-kaw pure punya yoghurt. Rasa dia toksah ceghita. Ko datang sini dulu baru kite sembang. Hiks!
Cheese buat pizza ni pun digunakan daripada susu lembu sini jugak. Senang cerita, semua fresh lah dey!
Sepanjang panjang nak masuk ke sana, korang akan lalu ladang lembu yang luas terbentang acah acah New Zealand ni. MasyaAllah seronokkk!! :D
Dapat jugak selfie dengan lembu walaupun jauh. Gigih ok aku drive jauh buta semata-mata nak tengok engko. Hargai lah sikit boleh? kahkah
Ini adalah diantara produk tenusu yang dijual disana. Fresh dari ladang gittew ha. So kitorang beli fresh milk, chocolate milk, gelato dengan pizza. Gigih jugak order pizza sebab menahan lapar dari KLIA lagi. Btw, cheese pizza tu pun guna produk desa ni tau. Tu yang excited nau nak rasa hikhik!
sambil makan sambil gegossip dan mengilai. Itu wajib dan sangat priceless ko tahu? :')
Panorama in the balcony
Lepas balik dari Desa Cattle Dairy Farm, otw balik ke hotel kitorang lalu depan kinabalu park. This is main entrance for those yang nak hiking Gunung Kinabalu. Since kitorang pergi pun 3 hari je so takde plan nak hiking pun. Lebih kepada nak enjoy scenery je sebenarnya. Tapi tak sempat pun nak singgah kinabalu park sebab sampai pun dah lambat. Kabus dah mula tebal sikit sikit. So first night in Kundasang kitorang memang tak gerak mana. Aku pun tak biasa dengan jalan situ dah tu lampu jalan pun tak ado. So kitorang decide duduk hotel bantai tido sampai pagi wakakaka. Maka, berakhir sudah first day trip sabah bertabahlah kitorang. Will be cont part II later. Thanks for reading. Bye! :D
No comments:
Post a Comment