Wednesday, 4 May 2016

Trip Sabah Bertabahlah - Budget & Costing

Assalamualaikum


Since ramai yang tanya aku tentang bajet and costing trip sabah bertabahlah tempoh hari, so aku terus buat entri kat sini je senang. Korang boleh refer sini. Since aku pergi tiga hari dan last minute plan so takdela dapat murah sangat. Aku book flight pun last minute, lebih kurang seminggu lebih sebelum flight. Ditambah pula dengan jumlah travel buddies cuma seorang; so tak dapat la nak cut budget sangat. Tapi bagi aku kalau korang nak save budget, boleh je plan reramai. Tapi satu je aku tak suka bila travel reramai ni; akan muncul pelbagai karenah dan ragam yang menyebabkan vacation ko sepatutnya fun and exciting, jadi paling terrible and worst. Tapi depends lah, kalau dapat yang sekepala semua tu lagi syok! Hiks


Ok aku akan share budget basic dulu, tak masuk perbelanjaan sendiri.


  • Kereta Sewa Viva Elite (Auto) RM 90 sehari
    90 x 2 hari = RM 180

    (tapi aku ada ambik masa tambahan sebab aku start sewa pukul 10 pagi dan pulang semula pukul 6) jadi overall RM 250
  • Minyak RM 60 full tank (3 hari) 
  • Flight tix KUL-BKI Malindo Air RM145
    BKI-KUL Malaysia Airlines RM120

    Total : (RM 145 + RM 120 = RM 265)
  • Ayana Holiday Resort Kundasang RM 88 (per night)
    Le Kinabalu Hotel, Kota Kinabalu RM 80 (per night)

    Total : RM 88 + RM 80 = RM 168
  • Desa Cattle Dairy Farm Entrance Fees = RM 5
  • Snorkeling & Island Hoping RM 40
    Entrance Fees = RM 3 per person
  • Warisan Square Car park = RM 22
    (kitorang parking start jam 10:30 p.m dan keluar pukul 4:00 p.m esok harinya)

So total habis lebih kurang RM 500 ++ jugak lah. Belum masuk perbelanjaan lagi. Tapi korang boleh plan pergi reramai kalau nak cut budget. Macam aku haritu plan last minute berdua, nak ajak sape pun taktau. So redah jelah. Ok tu je. Anything lebih detail boleh pm. Tak pun korang search google je melambak orang share itinerary, budget and costing diorang. Yang penting, kena rajin. Haha ok dah tu je. Thanks for reading. Bye!






Ye, aku tahu takde motif. Kahkah









No comments:

Post a Comment