Friday, 20 May 2016

Trip Langkawi Part II

Assalamualaikum


So this entri aku akan sambung part 2 untuk trip langkawi. Actually story aku takdela gempak mana kalau nak compare dengan traveler lain. Entri diorang lebih lengkap lah kan. Aku ni menulis ikut suka aku je. Tapi ok la kalau setakat nak share experience yang aku tak jangka sepanjang trip aku. Tak kira lah trip kemana pon. Opkos ada cabaran yang boleh buat kau hilang sabar kalau tak betul cara handle situation hahaha cakap macam good good jew. 

So, 2nd day dekat langkawi kitorang breakfast kat restoran terong area pekan rabu. Tak jauh sangat dari hotel yang kitorang stay. This restoran i told youuuu bukan menu breakfast typical malay wokeh. First time in life ever aku jumpa menu breakfast yang mampu membuatkan pakar nutritious mahupun patologi mengucap panjang hahaha takde kena mengena! Tapi serius weh. Lain dari yang lain.




Nidiaaaaa roti bistik masyaallah sedap gila weh. Aku tengok cara dia masak. Guna roti biasa je lepastu dia letak daging kisar then dia goreng kot. Tapi serius sedap sesapa pergi langkawi sila lah try. Harga pun ok just RM3.50 sepinggan. Restoran ni agak famous among blogger. Kitorang tau kedai ni pun daripada blog2 famous jugak. Landmark : Bersebelahan bangunan LHDN & Geopark inn Hotel Langkawi.



Dah selesai breakfast, kitorang terus menuju ke Oriental Village. Apa ada kat situ? Ok aku rasa kalau pergi langkawi tapi tak jejak oriental village sangat rugi hokey. Disinilah korang boleh merasa feeling-feeling gayat naik cable car, menonton T-Rex 6D, 3D art museum, Sky Dome, Duck tour dan banyaaaakkk lagi lah. 



Korang juga boleh ambil pakej kombo untuk mana-mana entrance fees. Kitorang ambil skycab+skydome+skytrex+3Dart museum. Total RM57 really worth it you knowww kalau nak compare beli asing-asing. Harga tu untuk warganegara sahaja so ic must be presented during purchased.





sis dah lah penakut dengan ketinggian. Once cable car tu bergegau mula ah aku duduk tak tentu arah lol bongoknya rasa :'DD


makin tinggi suasana makin senyap. Telinga makin bingar and masa tu jugak korang boleh enjoy the scenery and bunyi unggas di hutan. Hewhew



sis ni rilek je tak takut pun. Yela, datang langkawi dah berapa banyak kali pulak kalau nak compare dengan aku ni :'))






 Dah selesai masuk skycab dgn skytrex, kitorang masuk pulee ke muzium 3D. Best jugak banyak ikon/lukisan mural yang korang boleh acah-acah bergambar. Sampai sakit pinggang gue kejap duduk kejap diri kejap posing gini kejap posing gitu. But we really had fun! Hiks

duyong sesat mano ni?



anyonyonyo feeling feeling ozie gittew :'DD







amboi sistur, kemahen ganas kome? wakakaka



















naik bas pun boleh sampai seoul. Ko hado?




Kite da janji ngan sistur sem depan nak guna keychain ni untuk kunci rumah dan loker hikhik cuweet kan? I know. Hiks






Dah berpenat lelah di oriental village, kitorang terus ke beras terbakar. Location memang tak jauh dari oriental village. Satu jalan jugak. Tapi kedudukan beras terbakar ni agak tersorok sikit. Mata tu kena tajam macam mata helang sikit. Kalau nak cari souvenir, batik langkawi, tshirt i love langkawi ke minyak gamat ke whatsoever memang sesuai beli kat beras terbakar. Sangat murah.


Next destination kitorang ke Makam Mahsuri pulak. Actually takde dalam itinerary kitorang nak kesana pon tapi yelah prinsip aku bila ko dah sampai sesuatu tempat tu rugilah kalau tak explore semua attraction kan? Bayaran RM10 untuk sekali masuk. Tapi masa tu hujan lebat gila. Aku tak gigih nak redah hujan. So ambil gambar dari luar je sebelum kuyup basah dek hujan.





Nexttt, Nusantara apa tah namanya yang pusat jual minyak gamat dan segala tok nenek ubatan tradisional semua boleh jumpa kat sini. Tapi zaikiah kata harganya agak pricey compare masa dia pergi dulu2. Tapi aku tak shopping pon kat sini. Kalau skincare mungkin zemangat lah nak menyopping, kot? muehehe.




Sedar tak sedar berjalan dah hampir pukul 3 petang. Perut lapor toksah kabor la. Bergendang gendut dah so setelah selesai kak zai kite menyopping, kitorang terus menuju ke Seashell restaurant area Cenang. Kedai ni bebetul tepi jalan. Kalau engkorang nak fefeeling kehidupan masyarakat 60-an makan tepi sawah padi sila lah kesini. Serius aku dah lama gila tak feeling makan tepi sawah padi ni. Last skali nak merasa masa kat restoran sapu lidi, Bandung dulu. Tapi dah berzaman lak aku tak pergi bandung. Haih rinduuu.


Kebahagian seketul sistur yang tidak mampu dibendung lagi. 



Restoran ini mula dibuka pada jam 2 petang. Kalau datang masa hari biasa, mungkin tak ramai. Tapi kalau datang waktu cuti sekolah, engko pepaham sendiri lah. Plus, tempat makan pondok tepi sawah padi tu limited. So kalau datang waktu peak days sila datang awal atau booking sesiap. Any information, please click here.


tengok tuu kakzai kite dah feeling-feeling macam wanita zaman 60-an sambil tunggu suami pulang dari bendang untuk makan tengah hari bersama. Ekekekekeke!



Nahhhh portion untuk dua orang ya tuhan memang puas sangat makan! Rasa dia memang sangat sedap lepastu harga takde la mahal nau. Satu paket tu portion untuk dua orang just RM 45. ABC tu RM 3. Order air mineral je sebab hakak dah tak mampu nak telan air manis sejak sampai langkawi dok sedut air manis je. Risau balik kl kang potong kaki mahu menangih tak berlagu den!




Ihihihihihi syiokknyewwwwww 



Masuk hari ketiga, kitorang tak kemana sangat pun since hari kedua habis semua attraction place kitorang redah. Hari ketiga tu kitorang habiskan masa shopping coklat, souvenir menambah lagi apa yang rasa tak cukup. Then pukul 3.30 gerak ke airport sebab dah janji nak pulang kereta. Waktu ni rasa sedih lahaii cuti dah habis hurmm. Takpe, kalau ada jodoh kahwin dengan orang utara iols akan datang lagi tiap kali balik sana ehehekk berangan tak abis-abis ko kan. Ok dah tu je. Thanks for read. Bye!



No comments:

Post a Comment