Thursday, 26 May 2016

REVIEW :: Coocon Stay Guest House Hongik Univ, Seoul Korea

Assalamualaikum


Sebenarnya hati ini belum move on sepenuhnya. Ya, aku travel korea dan stay di Coocon Stay seminggu je. Tapi, bukan mudah untuk aku lupakan semua ini. Masih beristiqamah update setiap entri. Eleh, kasi chance lah. Ni first time kot aku travel jauh. Ditambah pula dengan travel partner yang super duper awesome; tour guide yang sporting, owner guest house yang friendly. Kabar kan pada gue gimana harus gue lupakan semua ini?! T_T


Actually entri kali ini aku nak share and review sikit pasal homestay yang kitorang stay masa travel ke Korea Selatan dulu. Kali ni aku akan close up dengan lebih jelas since past entri pun aku takde review detail sangat pasal accommodation kitorang kan. So sesapa yang plan nak ke Korea Selatan dan mencari penginapan yang murah dan selesa, mungkin entri ni boleh membantu. Penempahan hotel ni dibuat oleh Sharif (our tour guide) sebab harga ground yang kitorang bayar memang dah include dengan accommodation sekali. Dah balik malaysia saje menggatal nak survey agoda berapa harga satu malam di Coocoon stay guest house ni. See? Aku dah kata, aku ni susah nak move on. Nak move on putus cinta pun tak lama camni, tahu? Sobs.



Entrance Coocon Stay Guest House. Entrance dia macam tersorok sikit. Tapi landmark dia berdekatan dengan playground. 

Coocon Stay Guest House terletak di area Hongik. University. Local tak panggil Hongik. They pronounce as Hongdae. Location sangatlah strategic dan berhampiran dengan Hongik Univ subway station. Cuma, engkorang kena power part mana nak keluar, platform mana nak kena tunggu. Serius exit dia banyak gilos. Kalau rasa tak sure, boleh prefer pada maps. 







taklah playground sangat. tapi gym equipment pun ado sini. Tu aku tak paham tu. 





ok kite jalan kedepan sikit....

ni main entrance dia. Kecik je. Ko jangan expect entrance dia sebesar hotel Hilton, mahupun Shangri-La. Ko bayor sikit so terima jelah apa ada. Hiks



After korang lalu pintu tu, ada anak tangga dua tiga ketul then dahh sampai!




Turun tangga tu, korang akan nampak pintu kaca ni. Ok sila masuk gais.



Dah masuk pintu kaca tu, korang kena tanggalkan kasut, dan simpan kasut korang kat dalam almari berpintu putih tu. Kalau rasa kaki tu tak tahan  dengan kesejukkan maha dahsyat, boleh ambik selipar bilik dalam almari tu gak. Tapi kalau rasa kaki setebal kulit buaya dan rilek jalan dalam kesejukan pun takde hal.






Kaunter receptionist. very the comelz.


Sebelum aku cerita panjang lebar, meh aku story sikit. Guest house ini dimiliki oleh seorang ahjusshi yang sangat lah sporting. Nama dia Mr Kim. Serius dia memang baik dan friendly. Dia ada family, seorang isteri dan dua orang anak. 1st, girl 2nd boy. Menurut Mr Kim, setiap pemilik guest house di Korea mesti tinggal di guest house mereka. Mungkin in case kalau ada problem/emergency so takde masalah nak jumpa owner on the spot. Tapi Mr. Kim tinggal sorang je kat sini. Family dia stay tempat lain. Cuma kekadang dia balik rumah family dia tak jauh dari situ. 


Dari kaunter receptionist, korang akan naik tangga ini untuk ke bilik. At first aku tengok tangga ni agak mengucap panjang. Tinggi kemahen ditambah pulak luggage besar gedabak. Nasib baik energy berbaki masih boleh guna lol. 

Dah penat mendaki, korang masuk dekat pintu tu dan taraaaaa! Interior design sangatlah kiut omg I can't resist. Oh lupa, korea kan? Mana boleh takde benda comelz comelz tahap diabetis ni. 





Ini bilik kitorang. Actually guest house Mr Kim ada banyak jenis bilik. Ada katil double decker, queen, double, twin dan banyak lagi. Korang boleh survey guna trivago, agoda and another hotel search. 


Kalau korang travel berdua and taknak duduk katil double decker, korang boleh pilih bilik twin macam atas ni.

Sebagai typical malay traveler, biasanya aku akan menitikberatkan soal tandas dan bilik mandi. Well, bila travel kat negara yang tak menggunakan air dalam tandas, pastinya akan menjadi suatu igauan ngeri kepada mereka yang beristinjak menggunakan air. Unless, ko memang berinstinjak main lap je so takde masalah lah kot? hahaha. Tapi yelah, bila dah sampai negara orang ko kena pandai lah bawa diri. Cari inisiatif yang boleh memudahkan diri kita. 



Hwajang-Sil a.k.a Tandas/Toilet








shower pun ok. Heater dia memang superb. Syiok je aku bermandi manda ketika musim salji hampir tiba uhihi







Ok ini pula tangga untuk naik ke level 3. Level 3 ni takde apa pun sama je macam level 2. Tapi bathroom kat level 3 ada tiga compare level 2 ada dua je. Kalau bathroom penuh, kitorang naik ke level 3 untuk mandi.



Actually aku tak pernah tahu kewujudan tempat lepak atas bumbung ni. Aku rasa Mr. Kim tutup masa kitorang pergi sana. Yelah masa tu kan musim sejuk gilo. Bagi kita mungkin heaven la duduk atas bumbung pada musim dingin yang menggila. Tapi bagi Mr.Kim adakah engkorang ini gila duduk di tempat terbuka atas bumbung lak tu pada musim begini?


Dah selesai explore bilik dan upper floor, meh kita turun ke kitchen pula. Ok location kitchen ni bebetul sebelah pintu receptionist. Engkorang boleh masak, buat air panas, goreng telur, bakar roti. Coway pun ada disediakan in case engkorang malas nak masak air guna heater. Breakfast start pukul 8:00 am. Tapi pukul 6:30 am kitorang dah breakfast sebab pukul 7:45am dah gerak keluar. Mr Kim pun pelik siap tanya kat sharif actually Malaysian ni breakfast pukul berapa? Hahahaha lol Mr Kim, u should know dat malaysian love to eat, everywhere; anywhere. We don't even care what people gonna thought about us. All we know, we can have a good sleep at night without starving since its too hard to get halal food there. Kehkehkeh!


Inilah kitchen Mr Kim! Comel kan kan kan? Dapur pun kiut. Tak paham aku korean ni. 









Korang boleh re-heat balik makanan guna induction cooker. Don't worry semuanya lengkap. Masa kitorang di korea, kak atikah siap bawa Brahim's instant nasi goreng kampung. So just panaskan and makan ramai-ramai. Masa kitorang kat luar, beli roti, biskut ke apa-apa jela makanan yang boleh ditelan untuk supper malam nanti. Well, I told yaa already Mr Kim. Malaysian love to eat. Wakaka




Ada microwave, coway, water heater, fridge, rice cooker dan induction cooker. So senang korang nak masak dan boleh jimat disitu. Hiks



Btw, korang juga boleh round area Hongdae with walking distance at night. Kat sini, makin malam makin hidup suasananya. Kat sini juga korang boleh enjoy street performence, shopping skincare, Yoogane Happy restaurant ( I mention in Korea trip entri) and sooo many attraction here. Jangan stay je kat hostel je. Rugi la weh.






Inilah diaaaa Hongik University yang menjadi trademark dan landmark masyarakat Hongdae.



Sebelum balik, leave ur notes/messages gais. Sure Mr Kim tampal kat board tu. Masa aku pergi haritu siap ada duit seringgit kaler biru lagi dekat board tu. Entah siapalah malaysian yang tampal ihikhikhik. Ok tu je review untuk kali ni. Thanks for read. Adeoss Amegoes! 





No comments:

Post a Comment