Assalamualaikum
Berdasarkan tajuk entri ini mungkin ada segelintir yang tak percaya aku, dan mungkin segelintir lagi mentertawakan aku. K korang ni confession yang tulus dari hati; selama aku hidup hampir 23 tahun ni belum pernah aku menjejakkan kaki ke Langkawi. Walaupun sekali. Nak dibandingkan dengan orang lain, pergi langkawi macam balik kampung, dah berbondong bondong pinggan mangkuk, coklat dibawa pulang ke tanah besar semenanjung, walhal aku baru pertama kali nak menjejakkan kaki ke sana. Me izz so sad.
Tapi rilek ah rilek. Takde apa yang sedih sangat pun. Akhirnya aku jejak ke sana jugak kahkah. So aku dan zaikiah telah bercadang bercuti ke Langkawi selama 3 hari 2 malam. Kitorang dah plan since bulan 12 tahun lepas lagi haaa ko nampak tak semangat dia tahap apa? awal pagi tu flight kitorang pukul 8:00 am. Macam biasa keluar rumah pukul 3:30 pagi dan menuju ke Putrajaya Sentral untuk parking kereta kat situ dan ambik erl KLIA Express ke KLIA. This time kitorang naik malindo air so merasa lagi fly dari KLIA ihiks. Before this aku ada survey cemana nak parking paling jimat sekali untuk ke KLIA since takde sapa nak hantar kitorang ke airport. Survey punya survey, akhirnya aku terjumpa satu tips daripada traveler ni mengatakan bahawa parking di Putrajaya Sentral adalah tersangat murah berbanding di KLIA mahupun KLIA 2. Aku parking untuk tiga hari baru RM18 plus ticket erl RM 18.8 (return). Memang murah sangat kalau nak compare parking kat KLIA satu hari rate cecah ratus. Obviously kan?
Sesampai je kat putrajaya sentral, terus cari ticketing counter beli one way pass ke KLIA. It costs RM9.40 so mahal howliaowww. Padahal beza dua station je pun. Naik ktm bangi- tampin baru RM 5.40 tahu? But still ok la kalau nak compare harga parking 3 hari di KLIA kan. Kitorang tiba di KLIA lebih kurang jam 5:45 am dan terus check in serta ambik boarding pass. Aku malas nak print kat rumah wakakaka. Dah selesai semua urusan, menuju lah kita ke surau KLIA untuk solat subuh sambil memohon keberkatan dan keselamatan serta perlindungan dari-Nya sepanjang perjalanan kitorang nanti. Dah selesai solat, terus ke domestic departure gate dan tunggu untuk boarding.
Pagi tu flight dipenuhi oleh warga India sememangnya dari India. Maybe diorang datang malaysia holiday la kot. Ya Tuhan pepagi buta dah buat aku hilang sabar. Main tolak ikut suka; lepastu potong queue macam flight tu apak ko punya sorang. Seriously rasa nak kasi penerajang tapi sis kena sabar. Kalau tak nanti mekap sis cair *takde kena mengena pon*
dah cari seat baru dapat senyum lebar dengan sis. Ihiks <3
Mata aku dah kuyu. Dua, tiga hari susah nak tidur awal pehal tah. Lepas tu bangun awal pagi drive pergi airport. Alone k. Fuhhh
Tepat jam 8:20 am flight pun take off meninggalkan bumi kuala lumpur dan menuju ke pulau langkawi. Opkos lah kitorang paling excited. Ni first time kitorang travel bersama ihik ihik. Tapi excited tu sekejapan je, after 15 minutes take off ko teka lah siapa yang tidur paling heaven sekali siap menganga keletihan. Cer teka. Kahkah!
yeayy dah nak sampai weeeehuu!
Alhamdulillah safely landed di Langkawi International Aiport lebih kurang jam 9:20 am. Sampai sana terus keluar tunggu kereta sewa. Lepas dah setel urusan dengan owner kereta sewa, terus keluar dari airport dan menuju ke Laksa Ikan Sekoq tepi airport. Kedai dia takde building, cuma guna lori dan pasang payung je. Tapi jangan risau; engkorang waze je confirm jumpa. Kalau tak jumpa ko salah kan waze.
Aku order bihun sup utara dengan teh bunga. Aku kan tak makan laksa so order jelah side dish selain main course kedai ni huhuhu. Total RM6.
Dah selesai brunch, kitorang teruskan perjalanan ke Dataran Lang di Kuah. Saje nak ambik gambar landmark langkawi as a proof yang kitorang dah sampai sini hewhew.
Terbang lah tinggi-tinggi; walaupun ke tanah jua pasti--
aicececeyyyy sis acah candid. Motif dia aku gigih berjalan panas buta semata-mata nak selfie dengan helang ni. Kemon, aku dah sampai langkawi kot hahahahaha.
Dah selesai berpanas panas di Dataran Lang, kitorang acah nak pergi Lagenda Park seperti yang digembar gemburkan oleh segelintir blogger dengan gambar yang cantik dan unik. Tapi bila sampai sana aku rasa macam takde pape pun hm dah ah malas aku nak berjalan kaki dah letih kepala pun dah poning berpanas so kitorang terus ke hotel untuk check in.
taraaaaa ni lah tempat kitorang menginap. Hotel Langkasuka bersebelahan dengan mall apetah ko google lah aku pun tak ingat dah. Bilik dia besar; sooo cozy. RM 120 per night (booked via agoda.com). Serius selesa gila.
Dah check in kitorang pun leklek dulu kasi hilang penat. At last tertidur sampai lepas asar then lepas setel solat jamak kitorang terus keluar untuk ke pantai cenang pula. Bunyi je pergi pantai. Padahal sampai sana nampak free duty zone terus masuk beli coklat. Perangai sangat ko kan. hahahaha
Dah setel shopping menyopping, terus cari kedai untuk dinner. Oh ya, before that ada suatu kejadian yang tidak diingini telah berlaku. Aku terlupa nak bawa kunci mangga luggage aaa the heck habistu cemana aku nak tukar baju!! Memang stress kepala otak. Kesudahannya aku try google solution untuk unlock without key then terjumpa satu solution iaitu menggunakan nut wrench. So first day iti dah lari dari plan asal sebab aku habiskan masa cari hardware untuk unlock lugagge aku. Nasib baik girlfriend gua sporting. Dalam masa yang sama rasa serba salah gila huhuhuhu. Lately travel ada je problem masa gi sabah haritu tinggal ic kalini tinggal kunci luggage haih mak kata ni semua travel experience ko. So just appreciate it. Hahahaha.
Makan yang simple-simple je. Btw tomyam tu memang terbaik. Aku dah kecur airliur dah ni ya Allah kang terbatal pulak puasa aku.
Dah selesai dinner, kitorang pun jenjalan area Cenang ni. Syok gak area cenang memalam hidup je since ramai foreigner suka stay sana. Dah letih jenjalan, badan pun dah melekit nokharom kitorang terus balik hotel and rest. So berakhirlah hari pertama di langkawi dan akan bersambung untuk hari seterusnya di entri akan datang. Kbye!
No comments:
Post a Comment