Saturday, 27 May 2017

Trip Perth, Western Australia - Part IV

Assalamualaikum


untuk entri kali ni, aku akan compile day 4 & day 5 terus. Sebab day 4 tu kitorang tak kemana sangat pon, more to shopping je since habis dah semua attraction kitorang redah dari 1st day sampai 3rd day. Cuma hari kelima tu spesel sikit sebabnya location dia agak jauh Perth City. Ok ok dah takyah membebel meh baca meh.



_______________________________________________________________________________

Day 4

Tentatif hari keempat adalah kitorang menuju ke Water Town ha apo bondo eh tu. Sebenarnya ikut plan asal, kitorang nak picnic ni Kings Park. Kat situ korang boleh lepak sambil picnic (kalau cuaca indah lah) dan boleh nampak overview Perth City. Bunyi macam menarik kan? Tapi mencari king's park ni adalah sangat tak menarik. Habis semua CAT kitorang terjah, bukak google maps cari king's park dalam walking distance namun ianya menemui kehampaan. So disebabkan memasing dah hampir give up nak cari king's park payah nau, maka terus tukar haluan ke water town. Water Town ni lebih kurang premium outlet yang menjual pelbagai jenis barang dari yang berjenama sampai lah tak berjenama. Konsepnya ala-ala Johor Premium outlet, Mitsui outlet dan Freeport Afamosa Outlet. Eh macam banyak pulak outlet kat mesia ni? 



Memula senyum lah konon cari mana diam eh king's park ni. Lelama dah fed up rasa aku nak kunyah je map ni sobs


Di Water Town ni kalau engkorang yang gilakan brand cotton on, levis, sports equipment, typo stationary store, converse, segala jenis tok nenek sneakers mahupun pakaian yang berjenama, maka disinilah tempatnya (make up & perfume bukan disini, harap maklum ). Actually lepas aku survey2 harga ada yang murah dari mesia, malah ada yang lebih mahal. Depends pada item lah. Bila sampai Water Town ni, ko haruslah convert segala harga yang dipaparkan dan membuat perbandingan dengan harga di Malaysia. Tau sebab apa? Sebab apa yang dia jual kat sana, mungkin kat mesia pun ada. Malah, mungkin lebih murah. So convert, jangan tak convert. Kalau tak pasti lho akan menyesal tiada penghujungnya *bercakap ala-ala mak tiri dalam sinetron*



Taraaa! Inilah dia water town yang digembar gemburkan itew




Belum pape dah sebeban kat tangan.......nasib baik aku maintain. Ekhem




Memang sengaja letakkan part shopping di saat-saat akhir. Cuba ko bayang kalau letak masa hari 1st sampai perth haritu aku rasa mesti boleh tengok babak kira duit syiling di tepi jalan hahahaha kalau paham sila gelak lawak hambar aku ni kalau tak paham diam jelah. Kah


mano bas tak kunjung tibo niii.....




kak siti usha mamat jogging pakai sleeveless shirt kan haa aiyokkk ingat kite tak nampak ke wakakakakakaa gurau k gurau 



selfie ciked kihkih


Lebih kurang pukul 4, kitorang pun mula beransur pulang. Hampir 5 jam jugak kitorang dok merayap dalam water town ni cuma tak drowning je haa gittew. Disebabkan pukul 4 pun dah macam pukul 6 waktu mesia, kitorang pun teruskan perjalanan pulang ke rivervale semula. Sebelum balik, kitorang pergi cari post office dulu untuk beli setem & pos poskad utk kengkawan kat mesia muehehehe.


Pejabat pos 


Actually macam ter pop out idea nak pos poskad kat kengkawan bila travel ni bila aku terbaca satu buku ni tajuk dia Shame Travels tak silap aku, lupa pulak banyak nau buku travel aku baca so agak celaru disitu. So, aku pon pos lah poskad utk kengkawan rapat. Macam rugi lak aku tak buat gini masa travel ke Korea, Thai, Indonesia dolu2 heheh. Takpe2, next time travel aku nak buat gini lagi. Seronok lak kumpul setem negara orang ni. Yang penting cop duti setem sesebuah negara tu yg 'mahal ' hiks.

Ok dah selesai urusan di post office, kitorang pun terus ke Elizabeth Quay Bus Port untuk pulang semula ke Rivervale. Alhamdulillah, done day 4!


_________________________________________________________________________________

Day 5


Hari ini merupakan hari terakhir kami di Perth City. Sebabnya malam tu kitorang dah gerak ke airport & stay sana sampailah waktu boarding pukul 4 pagi. Disebabkan taknak terkocoh kocoh pukul 4 baru nak gerak ke airport, ditambah pula jarak homestay kitorang ke airport agak jauh, so takde pilihan 
memang kena stay airport lah malam tu.

 


Hari kelima ini adalah antara hari yang paling ditunggu tunggu! Tau tak sebab ape? Sebab kitorang nak pergi Fremantle yeayyyy! Fremantle ini adalah suatu kawasan yang berdekatan dengan laut, port perlabuhan & Harbour jugak lah. Kat sini macam kawasan kampung sikit. Dan kat sini juga sorga untuk korang shopping souvenir yang super duper murah, shopping perfume, & makan fish n chip fresh dari laut haa gitu!  Cara nak sampai kesini adalah kitorang menaiki train di Perth Underground dan beli tiket zone 2, naik dari platform 7. Harga sehala $4.60



Perth Underground


round  house

Fish & Chip



bina rumah depan laut ni syok gak. Cuma kalau kena tsunami aku tawakal jelah kiri kanan semua laut mano nak lariiikkk




ni nak makan pon pakai shades diva angat kahkah


Fremantle Train Station


 Fremantle Port



Untuk merasa fish n chip fresh from the sea ni, korang boleh google Kailis Cafe &Restaurant. Walking distance dalam 500 m dari Fremantle Market







bus pun omey. Antik angat








Ni Kailis Cafe dari belakang




Kat Perth City harga koala kekecik ni $6.90 manakala di Fremantle harganya cuma $4.00 dan kalau ko beli lagi banyak, lagi dapat murah. Kat Perth City takleh bargain ok. 




Kat fremantle ni ada dua kedai souvenir yang biasanya menjadi tarikan oleh tourist dari Malaysia. Satu kedai milik chinese singaporean, satu lagi milik malaysian tapi staff dia semuanya indonesian. Cari E Shed dalam google maps so insyaAllah korang akan jumpa. Oh ya, Fremantle market ni buka pada hari jumaat, sabtu dan ahad je ye. So korang boleh susun itinerary bebaik and make sure jangan miss pergi fremantle ni! Hiks

Dah setel fremantle market, kitorang berjalan kaki pula ke Chemist House. Chemist house ni lebih kurang mcm drug store watsons, guardian etc cuma kat sini lebih besar lagi. Annnnddddd kat sini lah port perfume murah! Murah dia ko takleh terima akal masa menaip ni pun aku rasa macam hilang akal agghhh kenapa lah duit aku tinggal sikit masa tu kalau banyak boleh borong sobs sobsss......btw perfume body shop kat perth city murah tau. Kat fremantle takde. Tapi kalau nak cari perfume yang brand famous retis retis usa ni boleh usha kat sini. Sumpah engko tak menyesal. 


Ok, maka berakhir sudah trip Perth aku. Sedeyyy je masa nak balik tu sebab macam perit nak terima hakikat travel dah habis sobs sobs. So lewat petang tu kitorang pulang semula ke Perth City dan kekemas barang & check out. Dari rivervale ambik Uber ke Perth International Airport & it costs only $13.


sobs sobs.............




killing da time sementara nak tunggu boarding. Melepet lah kat airport berejammm dgn temperature pulek sejuk gilos kat luar. Fuh




Tido lima jam tetiba ehhhh asal view kat luar macam KLIA 2? Hahahahaha memang klia 2 pon ko dah kenapa pompuan takleh move on lagi ni




 Kepada anda yang gigih membaca entri trip perth aku ni sampai habis, terima kasih banyak lah ye. Aku doa supaya engkorang yang gigih membaca ni diberi kesempatan dan peluang untuk sampai disini satu hari nanti insyaAllah. Cheers! :)






No comments:

Post a Comment