Assalamualaikum
Sementara aku ada mood nak menaip ni adalah molek kiranya aku sambung part yang seterusnya ihiks. Bagi sesiapa yang nak baca part 1, boleh klik sini. Okay untuk part two ni, ada dua attraction yang kitorang pergi. Yang pertama Lancelin Sand Dunes, dan yang kedua adalah The Pinnacles Desert Park. Kalau dari Perth City, korang akan jumpa Lancelin Sand Dunes dulu. Tapi ikut lah kalau korang nak pergi The Pinnacles Desert Park dulu pun ok je. Senang sekali jalan kan. Jarak bagi kedua-dua attraction ni agak jauh dari Perth City dan kalau engkorang yang travel sendiri ke Perth, aku sarankan untuk sewa kereta lebih mudah. Sebab takde public transport yang pergi ke sana.
So untuk second day kitorang memulakan perjalanan seawal jam 9.00 a.m dari rivervale dan terus menuju ke Lancelin Sand Dunes. Natang apakah Lancelin Sand Dunes ni? Disinilah padang pasir yang berbukit bukau dan korang boleh main sand boarding di sini. Tapi cuaca disini sangatlah unpredictable. Cuaca boleh berubah selang tiga minit. Masa aku sampai, cuaca agak mendung. Baru nak melangkah keluar dari kereta, tetiba hujan lebat gila! & cuaca akan menjadi super ekstrem sejuk! So mereputlah semua dalam kereta. Tak lama lepas tu hujan tetiba berhenti dan matahari pun muncul di celah awan. Pastu selang 10 minit cuaca mendung balik tapi nasib baik tak hujan. I can't brain this.
Entrance Lancelin Sand Dunes ni agak pelik sikit. Jalan dia macam krik krik pastu tetiba ko dah sampai. No worry gais, engkorang waze je insyaAllah sampai. Jangan risau, kali ni waze takkan permainkan korang macam yang korang baca dalam fiksyen shasha tu.
Disini memang takde cafe, takde toilet takde wifi. Yang ada, seketul caravan diubah suai macam kaunter dan ada lah dua, tiga orang local people jaga tempat tu. Diorang akan buka booth kecik so that korang boleh sewa board dengan bayaran $10 sebuah. Memandangkan nilai $10 kalau di convert ke MYR agak menyakitkan hati, so kitorang sewa sebuah je pastu meluncur sampai puas hati. Kahkah
first try gayat nak mampuih :'D
k k dah power sikit.
tadi elok panas tetiba mendung.
Keadaan kat sini memang berpasir. Dah tu pasir jenis halus gila, lebih halus dari pasir pantai. Dah nama pun sand dunes kan takkan view sekeliling macam taman negara jerantut pulak. So sila bawa shades yang bersesuaian agar aktiviti sand boarding anda tidak terganggu dek pasir-pasir halus yang annoying masuk ke dalam mata.
Terdapat banyak jenis sand dunes yang engkorang boleh try. Ada yang tinggi sampailah rendah. Ada yang jenis curam, dan ada yang agak landai. Bergantung kepada keberanian korang dan stamina untuk panjat naik semula. Kalau korang naik yang paling curam, bersedialah dengan stamina yang maha dahsyat untuk panjat ke puncak semula. Nak panjat tu bukan ada tangga macam engko panjat gelongsor di water park, mahupun taman permainan. Kat mana ko meluncur, kat situ lah engko kena panjat naik balik. Dah tu pasir dia sangat halus & lembut bila pijak sikit kaki dah tenggelam. Meluncur memang seronok pastu menyesal kenapa aku main sand boarding ni dah lah nak panjat jenuh pastu pasir pulak asik masuk mata je hukaloh! *tampar diri sendiri*
view sepanjang perjalanan dari Lancelin Sand Dunes ke The Pinnacles Desert. The view iz really to die for!
signboard yang hanya available di pendalaman Lancelin. Tidak terdapat di mana-mana kawasan kampung sekitar negeri sembilan, mahupun kawasan jajahan jeli sempadan gerik. *tetiba*
The Pinnacles Desert park ni pulak ada apa? Sebuah padang pasir dan terdapat batu-batu yang berdiri tegak seperti dibina sedangkan ianya terjadi secara semulajadi selama berjuta tahun dahulu. Sape rajin boleh baca sejarah dia panjang lebar di sini.
Bayaran masuk adalah sebanyak AUD 12 untuk sebuah kereta. Tak kira berapa ramai dalam kereta tu, korang tetap bayar $12 untuk satu kereta.
Cuaca disini agak panas dan kering berbanding di Lancelin. Ni baru bebetul ko boleh feeling padang pasir macam movie Ayat ayat cinta tu. Tapi aku tak mampu nak feeling sebab panasnya matahari ni boleh bawak gadoh ko tahu? Dah lah lupa pakai sunblock pastu acah power pergi padang pasir dengan konfiden yang maha tinggi. Pastu balik homestay dok bising apesal kulit jadi kering & bersisik. Lol
Ada dua option korang boleh pilih untuk discover The Pinnacles ni. First, jalan kaki dari discovery centre. Menapak sejauh 500m so that sepanjang trail tu akan ada information board yang korang boleh baca untuk menambah ilmu di dada gitchew. Kalau malas nak berpanas, ada option lain iaitu korang boleh drive dan explore the pinnacles menggunakan laluan yang disediakan.
ikut je laluan batu yang dah disusun tepi tepi tu dan jangan sesekali terkeluar dari track. Jangan rebel dan ikut kepala sendiri kang tak pasal ada kepala ikut ko balik eh ko dah kenapa? tak, tak aku gurau je.
Acah nak berjemur pastu otw balik kulit muka dah terasa pedih. Typical asian kahkah
The view iz sooooo stunning!
Dah selesai cover dua attraction ni, kitorang pun mula pulang balik ke Perth City. Total roadtrip pada hari tersebut adalah sebanyak 344 km. Tapi tak terasa jauh pun sebab view kiri kanan sumpah stunning. Hampir nak terlelap jugak aku tapi Alhamdulillah mampu bertahan sampai pulang ke Perth. Rugi lah woi kalau tidur mana nak dapat view macam ni. Ko ulang alik highway utara selatan tiap hari pun takkan jumpa view camni ko tahu?
Maka selesailah penjelajahan kitorang pada hari kedua. Macam biasalah sampai homestay memasing melepet tak hengat donia penat kot jalan jauh gilos. Dah dapat bantal baru terasa macam omg jauh gila 344 km asal aku rasa macam 34 km je eh takdelah tipu je. Ok thank you sape yang gigih baca sampai habis. InsyaAllah kalau rajin aku sambung part 3 pulek. Bye!
No comments:
Post a Comment