Assalamualaikum
*Bagi sesiapa yang nak baca past entri, korang boleh klik kat bawah ni.
Haiiiii kembali untuk part 3 pule! Nampak tak bosan aku tahap hape kalau boleh update dua entri dalam masa terdekat wakakakaka. Sementara aku belum start kelas, boleh lah aku update. Dah naik semester baru nanti memang bersawang lah blog aku ni. Ok back to stories, hari ketiga ni kitorang wander around Perth city je.
Kitorang mulakan perjalanan lebih kurang pukul 9.00 a.m dan terus drive ke office AVIS car rental di Perth City untuk pulangkan kereta. Yup kitorang sewa kereta dua hari je sebab nak pusing Perth City tak perlu kereta sewa pun sebab public transport melambak. Plus, kalau drive mesti engkorang pening nak park kat mana sebab parking area bandor sangat lah limited pastu parking semua berbayor huhuhu.
Bagi aku, travel area Perth City agak jimat sebabnya dia ada public bus yang free untuk pusing2 bandor. It called CAT (central area transit). CAT ni ada empat warna, merah, biru, kuning dan hijau. Route CAT memang bebetul city area so kalau nak pergi attraction area Perth City tu sangatlah mudah dan percuma. Yang penting korang kena ada map & study route yang bersesuaian dengan attraction yang korang nak pergi. Another public transport yang terdapat di Perth City adalah TransPerth. TransPerth ni merangkumi bus, train dan ferry. Untuk bas transperth, ada bayaran dikenakan. Bergantung pada destination mana ko nak pergi. Dan route untuk transperth ni lebih luas, tak terhad dalam bandar semata-mata.
CAT Route
Station antara satu sama lain adalah sangat berdekatan. Kekadang seberang jalan je. Faham tak maksud aku? ok contohnya korang tengok green line, station 4 dengan 18 adalah bertentangan which means seberang jalan je. So kalau korang nak pergi station 19 ke atas, takyah gigih tunggu kat station 4 (unless korang memang nak pepusing bandar duduk dalam bas lelama). Korang seberang jalan dan tunggu di station 18 tu. Kekadang boleh jadi tak perasan tau. Sebab pit stop dia lebih kurang sama. Make sure korang tak tertukar pit stop untuk CAT dan TransPerth.
ini adalah contoh CAT bus. Make sure korang perati ni CAT line apa. Jangan main naik je karang kalau tak sampai destination yang nak dituju mula lah korang salahkan aku bagi information tak betul kahkah. Make sure jugak ada lambang kucing terpampang besar kat luar bas tu. Kalau tak nampak jugak bawa-bawa lah mengucap.
ok ni contoh pit stop untuk transperth. Untuk pit stop CAT, board tu akan berwarna mengikut line CAT tersebut.
Ni bus transperth. Setiap nombor yang terpampang mewakili route yang berbeza. Sila study route tersebut atau kalau malas nak study, rajin-rajin lah tanya local people disana. Seriously diorang sangat helpful!
So lepas pulang kereta, kitorang pun naik red CAT dari station 5 pusing-pusing bandor. Takde hala tuju kahkah. Lepas tu bila dah bosan, kitorang turun di Murray St (sila rujuk route) untuk jenjalan area situ. Murray St ni dikatakan on of city attraction jugak. Sesampai murray st terus jenjalan sekitar kedai souvenir, tengok busker jalanan, masuk kedai perfume & lush!
Dah jenjalan di Murray St, kitorang naik blue CAT ke Barrack St Jetty pulak. Ada apa situ? situ ada bell tower, kalau nak naik ferry, hop-on hop-off bus pun area situ jugak. Tapi kitorang tak naik pon, jenjalan area situ tengok view, ambil gambar dan menuju ke Blue Boat House.
Bell tower. Boleh naik atas dan tengok view from the top. Boleh main bell kat situ jugak tapi entrance fees aku tak pasti berapa sebab kitorang tak naik pon.
Dah selesai tengok view jenjalan area situ, kitorang pun teruskan ke attraction yang lain pulek. Ke mana ke kita? Ke Blue boat house! Tak perth lah kalau tak amik gambar kat sini hahaha. Actually kat sini takde apa sangat pun, cuma view untuk bergambar lah. & view tengok sunset jugak. Bila petang cuaca makin sejuk, burung-burung pun terbang berkicauan, angin sepoi-sepoi, matahari pulak hampir terbenam alolo romantik angat! Untuk datang ke sini, korang boleh naik bus TransPerth number 950 dan bus akan berhenti bebetul depan Blue boat house ni. Tak susah pon nak cari.
serba sedikit sejarah tentang blue boat house
Supreme Court of western Australia
sunyi sepi tapi macam ada orang dalam tu. Rileks je mahkamah dalam kawasan taman. Open lak tu
memandangkan masa pun cepat malam, pukul 5.30 p.m dah maghrib, so kitorang pun mula lah pulang ke rivervale. Nak balik ke rivervale kitorang kena naik bus transperth turun di Koyoong St. Bayaran $3 untuk sekali perjalanan. Masak weh. Masak T___T
Ok done untuk part 3, nanti sambung next part pulak. Hiks bye!
Thanks for reading :)
No comments:
Post a Comment