Saturday, 27 May 2017

Trip Perth, Western Australia - Part IV

Assalamualaikum


untuk entri kali ni, aku akan compile day 4 & day 5 terus. Sebab day 4 tu kitorang tak kemana sangat pon, more to shopping je since habis dah semua attraction kitorang redah dari 1st day sampai 3rd day. Cuma hari kelima tu spesel sikit sebabnya location dia agak jauh Perth City. Ok ok dah takyah membebel meh baca meh.



_______________________________________________________________________________

Day 4

Tentatif hari keempat adalah kitorang menuju ke Water Town ha apo bondo eh tu. Sebenarnya ikut plan asal, kitorang nak picnic ni Kings Park. Kat situ korang boleh lepak sambil picnic (kalau cuaca indah lah) dan boleh nampak overview Perth City. Bunyi macam menarik kan? Tapi mencari king's park ni adalah sangat tak menarik. Habis semua CAT kitorang terjah, bukak google maps cari king's park dalam walking distance namun ianya menemui kehampaan. So disebabkan memasing dah hampir give up nak cari king's park payah nau, maka terus tukar haluan ke water town. Water Town ni lebih kurang premium outlet yang menjual pelbagai jenis barang dari yang berjenama sampai lah tak berjenama. Konsepnya ala-ala Johor Premium outlet, Mitsui outlet dan Freeport Afamosa Outlet. Eh macam banyak pulak outlet kat mesia ni? 



Memula senyum lah konon cari mana diam eh king's park ni. Lelama dah fed up rasa aku nak kunyah je map ni sobs


Di Water Town ni kalau engkorang yang gilakan brand cotton on, levis, sports equipment, typo stationary store, converse, segala jenis tok nenek sneakers mahupun pakaian yang berjenama, maka disinilah tempatnya (make up & perfume bukan disini, harap maklum ). Actually lepas aku survey2 harga ada yang murah dari mesia, malah ada yang lebih mahal. Depends pada item lah. Bila sampai Water Town ni, ko haruslah convert segala harga yang dipaparkan dan membuat perbandingan dengan harga di Malaysia. Tau sebab apa? Sebab apa yang dia jual kat sana, mungkin kat mesia pun ada. Malah, mungkin lebih murah. So convert, jangan tak convert. Kalau tak pasti lho akan menyesal tiada penghujungnya *bercakap ala-ala mak tiri dalam sinetron*



Taraaa! Inilah dia water town yang digembar gemburkan itew




Belum pape dah sebeban kat tangan.......nasib baik aku maintain. Ekhem




Memang sengaja letakkan part shopping di saat-saat akhir. Cuba ko bayang kalau letak masa hari 1st sampai perth haritu aku rasa mesti boleh tengok babak kira duit syiling di tepi jalan hahahaha kalau paham sila gelak lawak hambar aku ni kalau tak paham diam jelah. Kah


mano bas tak kunjung tibo niii.....




kak siti usha mamat jogging pakai sleeveless shirt kan haa aiyokkk ingat kite tak nampak ke wakakakakakaa gurau k gurau 



selfie ciked kihkih


Lebih kurang pukul 4, kitorang pun mula beransur pulang. Hampir 5 jam jugak kitorang dok merayap dalam water town ni cuma tak drowning je haa gittew. Disebabkan pukul 4 pun dah macam pukul 6 waktu mesia, kitorang pun teruskan perjalanan pulang ke rivervale semula. Sebelum balik, kitorang pergi cari post office dulu untuk beli setem & pos poskad utk kengkawan kat mesia muehehehe.


Pejabat pos 


Actually macam ter pop out idea nak pos poskad kat kengkawan bila travel ni bila aku terbaca satu buku ni tajuk dia Shame Travels tak silap aku, lupa pulak banyak nau buku travel aku baca so agak celaru disitu. So, aku pon pos lah poskad utk kengkawan rapat. Macam rugi lak aku tak buat gini masa travel ke Korea, Thai, Indonesia dolu2 heheh. Takpe2, next time travel aku nak buat gini lagi. Seronok lak kumpul setem negara orang ni. Yang penting cop duti setem sesebuah negara tu yg 'mahal ' hiks.

Ok dah selesai urusan di post office, kitorang pun terus ke Elizabeth Quay Bus Port untuk pulang semula ke Rivervale. Alhamdulillah, done day 4!


_________________________________________________________________________________

Day 5


Hari ini merupakan hari terakhir kami di Perth City. Sebabnya malam tu kitorang dah gerak ke airport & stay sana sampailah waktu boarding pukul 4 pagi. Disebabkan taknak terkocoh kocoh pukul 4 baru nak gerak ke airport, ditambah pula jarak homestay kitorang ke airport agak jauh, so takde pilihan 
memang kena stay airport lah malam tu.

 


Hari kelima ini adalah antara hari yang paling ditunggu tunggu! Tau tak sebab ape? Sebab kitorang nak pergi Fremantle yeayyyy! Fremantle ini adalah suatu kawasan yang berdekatan dengan laut, port perlabuhan & Harbour jugak lah. Kat sini macam kawasan kampung sikit. Dan kat sini juga sorga untuk korang shopping souvenir yang super duper murah, shopping perfume, & makan fish n chip fresh dari laut haa gitu!  Cara nak sampai kesini adalah kitorang menaiki train di Perth Underground dan beli tiket zone 2, naik dari platform 7. Harga sehala $4.60



Perth Underground


round  house

Fish & Chip



bina rumah depan laut ni syok gak. Cuma kalau kena tsunami aku tawakal jelah kiri kanan semua laut mano nak lariiikkk




ni nak makan pon pakai shades diva angat kahkah


Fremantle Train Station


 Fremantle Port



Untuk merasa fish n chip fresh from the sea ni, korang boleh google Kailis Cafe &Restaurant. Walking distance dalam 500 m dari Fremantle Market







bus pun omey. Antik angat








Ni Kailis Cafe dari belakang




Kat Perth City harga koala kekecik ni $6.90 manakala di Fremantle harganya cuma $4.00 dan kalau ko beli lagi banyak, lagi dapat murah. Kat Perth City takleh bargain ok. 




Kat fremantle ni ada dua kedai souvenir yang biasanya menjadi tarikan oleh tourist dari Malaysia. Satu kedai milik chinese singaporean, satu lagi milik malaysian tapi staff dia semuanya indonesian. Cari E Shed dalam google maps so insyaAllah korang akan jumpa. Oh ya, Fremantle market ni buka pada hari jumaat, sabtu dan ahad je ye. So korang boleh susun itinerary bebaik and make sure jangan miss pergi fremantle ni! Hiks

Dah setel fremantle market, kitorang berjalan kaki pula ke Chemist House. Chemist house ni lebih kurang mcm drug store watsons, guardian etc cuma kat sini lebih besar lagi. Annnnddddd kat sini lah port perfume murah! Murah dia ko takleh terima akal masa menaip ni pun aku rasa macam hilang akal agghhh kenapa lah duit aku tinggal sikit masa tu kalau banyak boleh borong sobs sobsss......btw perfume body shop kat perth city murah tau. Kat fremantle takde. Tapi kalau nak cari perfume yang brand famous retis retis usa ni boleh usha kat sini. Sumpah engko tak menyesal. 


Ok, maka berakhir sudah trip Perth aku. Sedeyyy je masa nak balik tu sebab macam perit nak terima hakikat travel dah habis sobs sobs. So lewat petang tu kitorang pulang semula ke Perth City dan kekemas barang & check out. Dari rivervale ambik Uber ke Perth International Airport & it costs only $13.


sobs sobs.............




killing da time sementara nak tunggu boarding. Melepet lah kat airport berejammm dgn temperature pulek sejuk gilos kat luar. Fuh




Tido lima jam tetiba ehhhh asal view kat luar macam KLIA 2? Hahahahaha memang klia 2 pon ko dah kenapa pompuan takleh move on lagi ni




 Kepada anda yang gigih membaca entri trip perth aku ni sampai habis, terima kasih banyak lah ye. Aku doa supaya engkorang yang gigih membaca ni diberi kesempatan dan peluang untuk sampai disini satu hari nanti insyaAllah. Cheers! :)






Wednesday, 24 May 2017

Trip Perth, Western Australia- Part III

Assalamualaikum



*Bagi sesiapa yang nak baca past entri, korang boleh klik kat bawah ni.





Haiiiii kembali untuk part 3 pule! Nampak tak bosan aku tahap hape kalau boleh update dua entri dalam masa terdekat wakakakaka. Sementara aku belum start kelas, boleh lah aku update. Dah naik semester baru nanti memang bersawang lah blog aku ni. Ok back to stories, hari ketiga ni kitorang wander around Perth city je.

Kitorang mulakan perjalanan lebih kurang pukul 9.00 a.m dan terus drive ke office  AVIS car rental di Perth City untuk pulangkan kereta. Yup kitorang sewa kereta dua hari je sebab nak pusing Perth City tak perlu kereta sewa pun sebab public transport melambak. Plus, kalau drive mesti engkorang pening nak park kat mana sebab parking area bandor sangat lah limited pastu parking semua berbayor huhuhu. 


Bagi aku, travel area Perth City agak jimat sebabnya dia ada public bus yang free untuk pusing2 bandor. It called CAT (central area transit). CAT ni ada empat warna, merah, biru, kuning dan hijau. Route CAT memang bebetul city area so kalau nak pergi attraction area Perth City tu sangatlah mudah dan percuma. Yang penting korang kena ada map & study route yang bersesuaian dengan attraction yang korang nak pergi. Another public transport yang terdapat di Perth City adalah TransPerth. TransPerth ni merangkumi bus, train dan ferry. Untuk bas transperth, ada bayaran dikenakan. Bergantung pada destination mana ko nak pergi. Dan route untuk transperth ni lebih luas, tak terhad dalam bandar semata-mata.



CAT Route


Station antara satu sama lain adalah sangat berdekatan. Kekadang seberang jalan je. Faham tak maksud aku? ok contohnya korang tengok green line, station 4 dengan 18 adalah bertentangan which means seberang jalan je. So kalau korang nak pergi station 19 ke atas, takyah gigih tunggu kat station 4 (unless korang memang nak pepusing bandar duduk dalam bas lelama). Korang seberang jalan dan tunggu di station 18 tu. Kekadang boleh jadi tak perasan tau. Sebab pit stop dia lebih kurang sama. Make sure korang tak tertukar pit stop untuk CAT dan TransPerth.


ini adalah contoh CAT bus. Make sure korang perati ni CAT line apa. Jangan main naik je karang kalau tak sampai destination yang nak dituju mula lah korang salahkan aku bagi information tak betul kahkah. Make sure jugak ada lambang kucing terpampang besar kat luar bas tu. Kalau tak nampak jugak bawa-bawa lah mengucap.



ok ni contoh pit stop untuk transperth. Untuk pit stop CAT, board tu akan berwarna mengikut line CAT tersebut.


Ni bus transperth. Setiap nombor yang terpampang mewakili route yang berbeza. Sila study route tersebut atau kalau malas nak study, rajin-rajin lah tanya local people disana. Seriously diorang sangat helpful! 


So lepas pulang kereta, kitorang pun naik red CAT dari station 5 pusing-pusing bandor. Takde hala tuju kahkah. Lepas tu bila dah bosan, kitorang turun di Murray St (sila rujuk route) untuk jenjalan area situ. Murray St ni dikatakan on of city attraction jugak. Sesampai murray st terus jenjalan sekitar kedai souvenir, tengok busker jalanan, masuk kedai perfume & lush! 






























Dah jenjalan di Murray St, kitorang naik blue CAT ke Barrack St Jetty pulak. Ada apa situ? situ ada bell tower, kalau nak naik ferry, hop-on hop-off bus pun area situ jugak. Tapi kitorang tak naik pon, jenjalan area situ tengok view, ambil gambar dan menuju ke Blue Boat House.


Bell tower. Boleh naik atas dan tengok view from the top. Boleh main bell kat situ jugak tapi entrance fees aku tak pasti berapa sebab kitorang tak naik pon. 


Dah selesai tengok view jenjalan area situ, kitorang pun teruskan ke attraction yang lain pulek. Ke mana ke kita? Ke Blue boat house! Tak perth lah kalau tak amik gambar kat sini hahaha. Actually kat sini takde apa sangat pun, cuma view untuk bergambar lah. & view tengok sunset jugak. Bila petang cuaca makin sejuk, burung-burung pun terbang berkicauan, angin sepoi-sepoi, matahari pulak hampir terbenam alolo romantik angat! Untuk datang ke sini, korang boleh naik bus TransPerth number 950 dan bus akan berhenti bebetul depan Blue boat house ni. Tak susah pon nak cari.

serba sedikit sejarah tentang blue boat house







Supreme Court of western Australia


sunyi sepi tapi macam ada orang dalam tu. Rileks je mahkamah dalam kawasan taman. Open lak tu


memandangkan masa pun cepat malam, pukul 5.30 p.m dah maghrib, so kitorang pun mula lah pulang ke rivervale. Nak balik ke rivervale kitorang kena naik bus transperth turun di Koyoong St. Bayaran $3 untuk sekali perjalanan. Masak weh. Masak T___T

Ok done untuk part 3, nanti sambung next part pulak. Hiks bye!


Thanks for reading :)




Trip Perth, Western Australia - Part II

Assalamualaikum


Sementara aku ada mood nak menaip ni adalah molek kiranya aku sambung part yang seterusnya ihiks. Bagi sesiapa yang nak baca part 1, boleh klik sini. Okay untuk part two ni, ada dua attraction yang kitorang pergi. Yang pertama Lancelin Sand Dunes, dan yang kedua adalah The Pinnacles Desert Park. Kalau dari Perth City, korang akan jumpa Lancelin Sand Dunes dulu. Tapi ikut lah kalau korang nak pergi The Pinnacles Desert Park dulu pun ok je. Senang sekali jalan kan. Jarak bagi kedua-dua attraction ni agak jauh dari Perth City dan kalau engkorang yang travel sendiri ke Perth, aku sarankan untuk sewa kereta lebih mudah. Sebab takde public transport yang pergi ke sana. 




So untuk second day kitorang memulakan perjalanan seawal jam 9.00 a.m dari rivervale dan terus menuju ke Lancelin Sand Dunes. Natang apakah Lancelin Sand Dunes ni? Disinilah padang pasir yang berbukit bukau dan korang boleh main sand boarding di sini. Tapi cuaca disini sangatlah unpredictable. Cuaca boleh berubah selang tiga minit. Masa aku sampai, cuaca agak mendung. Baru nak melangkah keluar dari kereta, tetiba hujan lebat gila! & cuaca akan menjadi super ekstrem sejuk! So mereputlah semua dalam kereta. Tak lama lepas tu hujan tetiba berhenti dan matahari pun muncul di celah awan. Pastu selang 10 minit cuaca mendung balik tapi nasib baik tak hujan. I can't brain this.



Entrance Lancelin Sand Dunes ni agak pelik sikit. Jalan dia macam krik krik pastu tetiba ko dah sampai. No worry gais, engkorang waze je insyaAllah sampai. Jangan risau, kali ni waze takkan permainkan korang macam yang korang baca dalam fiksyen shasha tu. 

Disini memang takde cafe, takde toilet takde wifi. Yang ada, seketul caravan diubah suai macam kaunter dan ada lah dua, tiga orang local people jaga tempat tu. Diorang akan buka booth kecik so that korang boleh sewa board dengan bayaran $10 sebuah. Memandangkan nilai $10 kalau di convert ke MYR agak menyakitkan hati, so kitorang sewa sebuah je pastu meluncur sampai puas hati. Kahkah


first try gayat nak mampuih :'D



k k dah power sikit.



tadi elok panas tetiba mendung.


Keadaan kat sini memang berpasir. Dah tu pasir jenis halus gila, lebih halus dari pasir pantai. Dah nama pun sand dunes kan takkan view sekeliling macam taman negara jerantut pulak. So sila bawa shades yang bersesuaian agar aktiviti sand boarding anda tidak terganggu dek pasir-pasir halus yang annoying masuk ke dalam mata. 


Terdapat banyak jenis sand dunes yang engkorang boleh try. Ada yang tinggi sampailah rendah. Ada yang jenis curam, dan ada yang agak landai. Bergantung kepada keberanian korang dan stamina untuk panjat naik semula. Kalau korang naik yang paling curam, bersedialah dengan stamina yang maha dahsyat untuk panjat ke puncak semula. Nak panjat tu bukan ada tangga macam engko panjat gelongsor di water park, mahupun taman permainan. Kat mana ko meluncur, kat situ lah engko kena panjat naik balik. Dah tu pasir dia sangat halus & lembut bila pijak sikit kaki dah tenggelam. Meluncur memang seronok pastu menyesal kenapa aku main sand boarding ni dah lah nak panjat jenuh pastu pasir pulak asik masuk mata je hukaloh!  *tampar diri sendiri*


view sepanjang perjalanan dari Lancelin Sand Dunes ke The Pinnacles Desert. The view iz  really to die for! 



signboard yang hanya available di pendalaman Lancelin. Tidak terdapat di mana-mana kawasan kampung sekitar negeri sembilan, mahupun kawasan jajahan jeli sempadan gerik. *tetiba*


 Dah penat main sand boarding, pulang semula board dan terus menuju ke The Pinnacles Desert Park. Actually ada a few blogger bagitau ramai tourist yang sesat untuk ke Pinnacles. Tapi Alhamdulillah trip aku kali ni bebetul dipermudahkan sampai waze bagi direction sampai depan entrance The Pinnacles ni.


The Pinnacles Desert park ni pulak ada apa? Sebuah padang pasir dan terdapat batu-batu yang berdiri tegak seperti dibina sedangkan ianya terjadi secara semulajadi selama berjuta tahun dahulu. Sape rajin boleh baca sejarah dia panjang lebar di sini.

Bayaran masuk adalah sebanyak AUD 12 untuk sebuah kereta. Tak kira berapa ramai dalam kereta tu, korang tetap bayar $12 untuk satu kereta.





Cuaca disini agak panas dan kering berbanding di Lancelin. Ni baru bebetul ko boleh feeling padang pasir macam movie Ayat ayat cinta tu. Tapi aku tak mampu nak feeling sebab panasnya matahari ni boleh bawak gadoh ko tahu? Dah lah lupa pakai sunblock pastu acah power pergi padang pasir dengan konfiden yang maha tinggi. Pastu balik homestay dok bising apesal kulit jadi kering & bersisik. Lol






Ada dua option korang boleh pilih untuk discover The Pinnacles ni. First, jalan kaki dari discovery centre. Menapak sejauh 500m so that sepanjang trail tu akan ada information board yang korang boleh baca untuk menambah ilmu di dada gitchew. Kalau malas nak berpanas, ada option lain iaitu korang boleh drive dan explore the pinnacles menggunakan laluan yang disediakan. 


ikut je laluan batu yang dah disusun tepi tepi tu dan jangan sesekali terkeluar dari track. Jangan rebel dan ikut kepala sendiri kang tak pasal ada kepala ikut ko balik eh ko dah kenapa? tak, tak aku gurau je.




Acah nak berjemur pastu otw balik kulit muka dah terasa pedih. Typical asian kahkah







The view iz sooooo stunning!











Dah selesai cover dua attraction ni, kitorang pun mula pulang balik ke Perth City. Total roadtrip pada hari tersebut adalah sebanyak 344 km. Tapi tak terasa jauh pun sebab view kiri kanan sumpah stunning. Hampir nak terlelap jugak aku tapi Alhamdulillah mampu bertahan sampai pulang ke Perth. Rugi lah woi kalau tidur mana nak dapat view macam ni. Ko ulang alik highway utara selatan tiap hari pun takkan jumpa view camni ko tahu?


Maka selesailah penjelajahan kitorang pada hari kedua. Macam biasalah sampai homestay memasing melepet tak hengat donia penat kot jalan jauh gilos. Dah dapat bantal baru terasa macam omg jauh gila 344 km asal aku rasa macam 34 km je eh takdelah tipu je. Ok thank you sape yang gigih baca sampai habis. InsyaAllah kalau rajin aku sambung part 3 pulek. Bye!