Thursday, 24 December 2015

KOREA TRIP-PART 2

Assalamualaikum


Sementara ada mood nak menulis ni lebih baik aku sambung korea trip part 2. Kalau dah shut down laptop ni karang memang tahun depan aku ada mood nak menulis balik. Ok dah takyah membebel. Meh baca aku nak sambung part 2 pulak.

Masuk hari kedua, kitorang bercadang untuk ke Namsan tower yang terkenal dengan love padlock tu. Ala, kalau tanya die hard fans korean drama for sure engkorang tahu tempat ni. First of all, kalau korang pergi dengan travel agent, so takde masalah tentang road. Sebab naik je private shuttle, fefeeling pandang luar tingkap pemandangan chantek, tetiba ehhh dah sampai. 

Tapi macam aku follow trip backpacker, jadinya subway/bus tu memang "makanan" kitorang. Tapi, kalau tanya aku macam mana nak pergi namsan tower ni, jawapan aku pasti menyedihkan. Sebab aku tak hafal pun Line subway mana kena naik, kena turun, kena tukar. Semua aku tak hengat! Yelah weh, aku bukan study map sangat pon masa nak pergi sana. Sebab ada tour guide kan so buat apa susah payah nak study map manfaatkan tour guide anda sebaiknya lol :p







Kalau nak tanya aku naik subway Line berapa warna apa terus terang cakap aku memang tak ingat. Huhuhu cedeh. Tapi, kitorang naik subway dari Hongik Station lepas tu exit dekat Dongguk university. Lepastu jalan kedepan sikit tunggu bas untuk ke Namsan tower. Kawasan Namsan tower ni agak berbukit dan bersedialah untuk ketahanan kaki dan fizikal yang padu. 









Kalau tengok suasana macam bodo bodo je takde lah sejuk mana getus hati kecil engkorang kan? Tapi dia punya angin tu yang aku tak tahan. Sojuk baq ang. Naik kebas jari kaki macam masuk dalam freezer huhu. Gambar atas ni belum sampai Namsan tower lagi. Tempat ni area Dongguk University tempat kitorang nak tunggu bas ke Namsan Tower. Alang-alang tu kasi lah hakak posing kejap. Hakhak



Feeling freshhhh! Baju sejuk dah tebal setebal tapi tetap rasa sejuk. Masyarakat khatulistiwa memang camni kan? 




Sementara tunggu bus, terjumpa ahjumma dengan ahjussi tengah jogging ke tunggu bus entah. Seronok pulak berbual dengan foreigner agaknya sampai dia cakap sikit lepas tu gelak sakan. Yang kitorang pun cakap malay lepastu gelak sakan. Lepastu diorang pandang kitorang dengan muka confuse hahahaha. Apa-apa pun, ahjussi ahjumma terbaikkk even tak fluent speaking english tapi try hard gila diorang nak menyembang. Salute! 


Dah sampai. Yayyy! 










 kak tikah. Tak sempat nak pandang kamera dia dah snap. Tapi cantik lah pulak. Kahkahkah sila muntah! :p


Selama ni tengok dalam tv dan blog orang je. Ini hari kaki kita dah jejak sini yayyy Alhamdulillah!


Acah acah lock nama aku padahal tak beli mangga tu pun. RM30 membazir lagi mengarut hokay baik aku spend beli souvenir ke skincare ke beli susu pisang ke green tea ke berbaloi lah jugak. Hmmmm


Nampak separuh pun jadik lahhhh :D





Bila dah terlampau sejuk, mesti nak cari kedai yang ada heater. Cari hot drinks tu dah pasti. Gilak ahh mana pergi hidung pun nak beku. Tangan tak lekang dari vaselin siap sapu dalam lubang hidung haaa amekkaw :'D







Maafkan muka terlebih bahagia tu. Ihiks


Macam aku, boleh kata hard fans variety show korean terutamanya running man. Rasanya semua orang tahu kalau kau tak tahu running man tu apa sah lah engko ni duduk ceruk mana entah. Everyweeks memang tak lepas episod baru. Kalau kat asrama pulak, gigih aku tanya kengkawan,housemates,classmates sape ada episode baru memandangkan nak download sendiri malas plus tak reti. Jadi, setiap tempat yang aku pergi mesti aku akan flashback balik lokasi shooting diorang dan salah satunya Namsan Tower ni lah. Takpelah, tak dapat tengok diorang depan mata tapi at least aku dah jejak kan kaki kat tempat yang diorang dah jejak so oklah jugak kan? Hmm sis sedeyyy :'))




Jalan nak ke Namsan tower yang berbukit. Dah lah sejuk, lepastu tercungap cungap panjat bukit alahai korea kau memang menguji ketahanan aku :')








Kat sini tempat naik/turun bas. Kalau korang travel ke Korea menggunakan kenderaan awam, sangat digalakkan untuk membeli kad T-Money (macam T&G) dan topup dengan nilai yang mencukupi sepanjang korang berada disana. Macam aku, kad T-Money tu memang dah termasuk pakej siap topup skali. Cuma kalau kitorang nak kemana-mana selain daripada location dalam itinerary, kena tambah topup lagi lah. Gittew



Kasi chance lah hakak selfie sekeping. Haks!


Kak fatin, kak siti, kak azwa, aku, kak tikah, kak zah. Okfos ah aku paling muda Forever21 gitchew ha kahkah!



wish you were here :p



Ok, dah selesai Namsan tower kitorang pun teruskan perjalanan ke Myeongdong-Gil. Kalau nak tahu, area Myeong-Dong ni adalah sorgaa kepada mereka yang cintakan produk skincare dari Korea. Dari Namsan tower ni kitorang naik bus, lepastu turun bebetul kat Myeong-dong. Takde naik subway. Bila sampai Myeong-dong aku pun blur taktau nak shopping apa sebenarnya. Aku bukan minat sangat dengan skincare nih.



Hmmm tak minat lah sangat :'))


Actually aku dah usha lama product The Face shop ni. Tu pun sebab masa tu aku desperate cari product untuk reduce acne memandangkan muka agak teruk dengan segala tok nenek acne. Alang-alang dah sampai sana takkan tak membeli kan? rugi lah convert duit sampai 1.3k at last beli souvenir je. Lol



Nampak macam panas kan? Tapi angin bertiup tu sejuk dia ko jangan buat main. Huhuhu




Red Sun Restaurant, Myeong-Dong gil


Bila dah penat berjalan dalam keadaan sejuk, macam menipu pulak kalau aku kata tak lapar. Pagi tadi masa breakfast pun makan roti telur dengan rendang daging je. Haaaa engko jangan memain walaupun pergi 5 hari je tapi rasa macam 5 tahun siap bekal rendang serunding bagai. Hakhak. Actually Red Sun ni tak susah mana pun nak cari. Sebab kedai ni dekat area Myeong-Dong jugak so takdela susah mana kot hahaha cakap macam good good je padahal pegi tak sampai sebulan.


*dapat wifi terus anti-social jap*

Dia punya ramen, campur pulak tteokpokki, telur, kimchi, jeruk asin bla bla memang lapar ah. Kat sana diorang serve food panas panas then kau terus makan. Perghhh dia punya feeling I told yaaaaa!




Acah acah traveller. Padahal lebih kepada visitor hahaha yeke hmm kesah pulak :'D



Dah selesai shopping kat Myeong-Dong, kitorang teruskan perjalanan ke Namdaemun pulak haaa abondo eh tu? Namdaemun ni tempat paling famous untuk shopping souvenir korea hahaha ko mampu 2nd day dah shopping souvenir? wakakaka. So sampai sana aku beli lah souvenir untuk family, classmates,housemates, tak lupa jugak soulmates. Ehhhh? :p



Dekat sini lah souvenir Korea yang paling murah. Boleh dapat satu papan keychain dengan harga KRW5,000/RM20. Boleh jugak beli t-shirt, casing phone, brooch, set sudu dan chopstick dan macam-macam lagi lah barangan typical korea ni. 



Amekkaw berpinau mata pandang brooch dia huhuhu belikan dua set untuk mak, yang lain tu orang kirim.


Here we go! Jalan dah shopping lah selagi mampu. Hakhak


Dekat namdaemun kitorang tak spend banyak masa sangat. Dah beli souvenir then terus chow pulang ke Hongik. Sebelum tu sempat jugak pergi dinner ala western area Hongik yelah tekak aku nak merasa western muak pulak makan kimchi tak habis habis hahahaha. 



Dedaun ni bukan sengaja aku campakkan sekeliling kaki hanya kerana nampak cantik. Tapi memang originally dedaun ni gugur serupa gini. Hiks




Jalan punya jalan, terjumpa satu kedai western. Takyah nak terjumpa sangat, padahal memang tourist guide yang bawak kitorang datang sini. Dia punya spaghetti carbonara memang terbaekkkk. Sos dia creamy cheesy super duper crazy. Nama kedai aku tak ingat sebab kedai ni taklah famous sangat pon. Masa kitorang sampai pun, ada satu family je tengah makan kat dalam tu. Tapi design kedai dia very the comelz. Kalau tak, bukan korean lah kan? 


Tak sanggup nak snap memasing punya muka lapar. Tengok jari je. 


Selesai dinner, kitorang pun terus balik ke guesthouse. Kaki letih rasa nak tercabut toksah cerita lah. Kalau ada yang volunteer nak urut kaki aku pun rasa bersyukur sangat dah. Tapi malangnya takde sobs. 

Balik guesthouse terus mandi, solat maghrib lepastu rehat. Tetiba kak fatin dengan kak wa nak keluar pusing area Hongdae pulak. Aku rasa macam nak ikut tapi kaki letih tuhan je tahu oii. Yang lelain takyah cakap lah, balik guesthouse terus berselubung dalam selimut taknak keluar pergi memana dah. Dalam otak aku kekeliruan dan kecelaruan dalam membuat keputusan, tetiba kak wa tanya ;

Kakwa : Shey, nak keluar tak malam ni? Akak nak keluar pusing area Hongdae dgn fatin. Jom lah?
Aku : Nak pergi. Tapi...kaki letih gila acano huhuuhu
Kakwa : Kemon, kita travel tempat orang bukan selalu. Time ni lah nak berjalan esok balik kolej haa
                tak dapek nak jalan jalan camni dah huhuhuh

Terus aku bingkas bangun dan bersiap. Kemon lah, aku tengah holiday kot pergi sebut hal kolej tu apahal? Terus mati selera tahu? kahkahkah.


Hot green tea latte tak pernah tinggal dalam cuaca sejuk camni. Dah lah creamy nomnomnom dapnyeeee! 






Mostly area Hongdae ni memang dipenuhi dengan remaja. Ala-ala Bukit Bintang gitu ha. Kat sini jugak kawasan yang famous dengan live street performence, kedai kopi bertingkat-tingkat, kedai makan sedap, cosmetic store dan macam-macam lagi. 

Ikut kata tourist guide, biasanya live street performence ni akan meriah pada hujung minggu. Kalau hari biasa ada jugaklah cuma tak semeriah hujung minggu. Kebanyakkan yang buat performence ni semuanya bebudak university, cari duit lebih kot. Diorang akan bawa speaker besar, pastu menari ala-ala artis kpop dan kekadang terlebih over eh annoying pulak rasa. Kahkah






Bila dah penat, kitorang pun pulan lah semula ke guesthouse. Memang aku betul betul exhausted masa tu. Sebelum tidur, tak lupa tepek sekeping mask free dapat masa shopping skincare kat Myeong-Dong siang tadi. Hakhak ok setakat ini entri untuk second day Korea Trip. Next trip aku akan update kemudian. Terima kasih sebab gigih membaca dari awal. Segigih gigih engko membaca, gigih lagi aku tahan pedih mengantuk untuk habiskan entri ini. Hahahaha ok see ya for the next entri. Annyeonggg! *bowing korean style*




No comments:

Post a Comment