Assalamualaikum
Aku sebenarnya confuse nak susun entri untuk trip kali ini. Serabut woi gambar punya banyak aku pun dah confuse nak upload yang mana. Takpe, aku cuba taip entri ini semampu yang boleh dan jika anda rasa entri ini agak menyebalkan, sila tinggalkan page ini secepat yang mungkin dan jangan pernah kembali lagi perghh ayat. Kahkah
Ok back to topic, actually aku telah terbang bercuti ke Korea Selatan selama 5 hari. Dengan segala kegigihan aku meninggalkan minggu pertama perkuliahan, semestinya aku mengimpikan sesuatu yang berbaloi bila tiba di Korea nanti wakakakaka. Aku pergi ke Korea dengan Kak siti dan kak wa (kakak sepupu gua) dan penerbangan kami dijadualkan pada 26 November 2015 jam 8 pagi waktu Malaysia dan pulang pada 30 November 2015 jam 11 pagi waktu Korea Selatan.
Maka, tepat jam 3.30 pagi aku pun gerak keluar dari rumah dan terus menuju ke KLIA 2. Memandangkan jarak dari rumah ke KLIA2 mengambil masa dua jam, terpaksa lah gigih segigihnya aku bangun awal pagi buta semata mata nak kejar waktu boarding pukul 6 nanti.
Setibanya kat airport, terus pergi check in luggage kat check in counter. Tips jimat yang aku rasa semua orang dah tahu apabila anda menaiki pesawat Air Asia, sila check in dan print sendiri boarding pass anda di rumah atau di self-kiosk check in counter di KLIA nanti. Elakkan print boarding pass anda di check in counter sebab ko sendiri tahu kan airasia ni memang lah serba serbi murah tapi mereka juga agak kreatif merembat duit engko tanpa sedar. Oleh sebab itu, untuk menjadi seorang traveler haruslah bijak! *tetiba*
Fllight ticket ni aku beli masa bulan 5 lagi memandangkan ketika itu Airasia mengadakan promosi 1 juta seat percuma dan cuma perlu membayar tax sahaja. Basic harga flight ticket yang aku dapat masa tu lebih kurang RM896 return tapi bila ditambah luggage fees, makan untuk flight pergi balik so total RM1k++ jugak lah.
Untuk add-ons, aku beli luggage fees utk 20kg dan Nasi Beriyani Vege sebagai lunch. Flight 6 jam weh lapar kot tak makan. Kalau kat asrama tak makan 4 jam pun perut dah meroyan ini kan pulak 6 jam dengan takde aktiviti yang boleh dibuat selain makan, pergi ke tandas atau pun tidur kemudian ulang semula.
![]() |
Look! What's getting freeze here! :D |
Oh ye sebelum tu ramai juga yang bertanya aku tentang trip kali ini aku pergi secara free and easy ataupun under package. Actually trip aku ke Korea ni dibawah trip Yeay Malaysia sepenuhnya. Cuma bayar RM950 untuk students price dan segala makan minum, penginapan, tambang subway/bus, harga tiket tempat lawatan semuanya telah termasuk. Tapi flight ticket kena beli lain lah, harga tu untuk ground sahaja. Selain ke Korea, pihak Yeay Malaysia juga ada menyediakan ground trip untuk ke Jepun dan insyaAllah kemungkinan tahun depan mereka akan tambah route baru. Any information, please click HERE.
Selepas 6 jam berlalu, Alhamdulillah flight kitorang selamat landing di Incheon International Airport, South Korea at 3.20p.m local hours. Setibanya di airport, salah sorang staff Yeay Malaysia a.k.a our tour guide Shariffudin telah tunggu di ketibaan gate C. Lepas claim luggage, terus solat jamak di airport. Kemudian, ambil airport train KTX Korail terus menuju ke Hongik Univ.
![]() |
Alhamdulillah safely landed. Annyeong haseyo! |
Bila travel, aku memang suka wrap luggage. Bukan apa, untuk keselamatan jugak. Kena harus berjaga jaga lah bila travel jauh ni. Bukan pakai lentung macam ko travel ke langkawi, mahupun kota kinabalu. (maksud aku, destination yang dekat lah)
Melambak jugak lah admin post gambar kitorang dekat page Yeay Malaysia ni hahaha feeling famous jap so engkorang jangan menyampah. Kahkah! Actually aku,kak siti, dengan kakwa datang dalam group yang sama. Kitorang jumpa dengan Kak Atikah di KLIA 2 memandangkan dia gerak secara solo ke sana. Bila sampai disana, kami jumpa Kak Rokiah dan Kak Fatin yang telah tiba di Seoul sehari lebih awal sebelum kitorang sampai.
Kami tinggal di Coocon Guesthouse area Hongik University. Cara ke sini paling mudah boleh naik KTX korea train dari Incheon terus ke Hongdae. Hongdae tu samalah maksud dengan Hongik. Cuma local panggil Hongdae, tourist atau official panggil Hongik. Guesthouse kitorang sangat dekat dengan station subway. Lebih kurang lima puluh lapan tapak dari subway maka kau tiba lah ke guesthouse ni.
main entrance to our guesthouse
ok ini bilik kitorang. Katil bawah kak siti dengan kak tikah tidur. Katil atas pulak aku dengan kakwa. Actually guesthouse kat sini kita boleh pilih nak berapa katil double decker. Macam kitorang, ngam ngam 4 orang so dapatlah sebilik dengan dua katil double decker. Very the comelz and cozy. Lantai dia warm sebab ada heater so bila turun dari katil dan pijak ke lantai pun takdelah menggelabah beruk kesejukkan. Wakakaka
Sampai je homestay, kitorang terus hantar barang-barang ke bilik dan menunaikan solat jamak. Bila dah selesai, kitorang terus meronda-ronda kawasan Hongdae untuk makan malam dan mencuci mata menghirup udara sejuk seoul untuk kali pertama huhuhu. Kawasan hongdae ni boleh kata banyak attraction jugak sebab bila malam ada live street performance, dan kawasan yang hidup pada waktu malam. Ramai jugak minah/mamat korea berpeleseran pada waktu tersebut. Mungkin tujuan yang sama, untuk makan malam dan menghabiskan masa bersama teman-teman gitchew. Ihiks
Style orang korea memang masak atas meja. Kau tengok seoul garden tu pun dah rasa macam dekat Seoul inikan pulak bila kaki bebetul dah bertapak ke Seoul. Feeling dia lain macam baq ang. Malam tu kitorang dinner di Yoogane Happy restaurant area Hongdae jugak. Lepas keluar dari kedai makan ni mesti ko happy sepanjang di Seoul hahaha ok gurau. Dekat sana, nak dapatkan makanan halal agak susah. Macam kitorang, sebagai jalan selamat kitorang order makanan berasaskan seafood. Dan make sure kedai tu takde serve pork. Bukan apa, takut peralatan masak tu bercampur dengan makanan yang kita makan tak ke nayaaaa? huhu maka beringatlah. Pepandai ko lah nak hidup bila dah sampai ke negara orang ni.
sis sejuk plus lapar. Tapi sis mampu mengukir senyuman. Sila kagum. Sila lah
Bahan yang dah sedia untuk digaul. Nomnomnom sis lapar lah puleeee
hebat betul oppa ni gaul nasi goreng atas meja. Kemain pantas dan ligat tangan dia menggaulkan nasi tapi takde sebutir pun yang terkeluar dari kuali. Peghhh kagum kagum!
Done! Dia punya pedas memang betul betul mencabar kredibiliti lidah nogori aku. Menangih woi podeh! side dishes pun ada disediakan. Apa lagi kalau bukan typical korean food seperti jeruk kobis, kobis bermayonis dan kimchi. Takkan nak hidang sambal potai dengan rendang kerbau pulak? kah!
Walau pedas meleleh air mata, namun dikau tetap ku kenang jua~
Lepas makan, kitorang teruskan perjalanan ronda-ronda area Hongdae ni. Best jugak lah sambil jalan ambik angin malam hembus nafas pun terkeluar wap dari mulut dan hidung alolo korean angat! Banyak jugak tempat kitorang sempat rayau malam tu. Antaranya coffee prince, main entrance Hongik University, live street performance, kedai-kedai souvenir dan local cafe.
nahhh. Green tea tu opkos aku punya. Yang dua cawan lagi tu kakwa dengan kak siti punya. Harga green tea latte secawan KRW4,500/RM16
Sesaja singgah lawat kucing takde mulut ni. Mostly traveller mesti singgah sini so dah alang alang sampai biar terjah terus. Hiks
le travel mates
wiwiwiwiwiwiwi
Kucing ni yang mengada-ngada, bukan aku.
Selesai melepak di Hello Kitty Cafe, kitorang sambung lagi berjalan area Hongdae. Masa tu salji dah mula turun sikit sikit aaaaa ai izzzz excited! Gayat lah weh aku ni masyarakat khatulistiwa opkos lah gayat bila salji jatuh atas muka. Ahaks.
first night je habis satu Hongdae kitorang rayau. Jalan sambil meredah cuaca sejuk maha dahsyat. Tapi kalau tengok dalam gambar takde sejuk mana pun. Macam temperature kat Malaysia je 29 degree celcius.
Hongik University. Tak dapat masuk, ambik gambau kat main entrance je. Itupun signboard kabur. Sis cedehh.
sebagai negara yang agak maju, kita haruslah patuh betul2 dengan traffic light pejalan kaki ni. Jangan bawa perangai ko melintas jalan di Jalan Tuanku Abdul Rahman mahupun Sogo Shopping complex, kelak akan dihon sehingga kau kenal erti penyesalan.
Bottle kecik atas tu nama dia korean binggrae fresh banana flavoured milk. Kalau engkorang datang korea sila lah merasa benda ni. Sumpah sedap dan kau akan menyesal kalau tak rasa. First day datang sana aku dah cari convenient store cari susu ni. Minum sejuk2 walaupun cuaca kat luar memang sedia membunuh sejuknya. Tapi serius sedap. Sampai ke Malaysia aku mengidam nak minum benda ni. Huwaaaaa kenapa aku macam ni kenapa kenapa kenapa! T_T
Okay, selesai part 1. InsyaAllah kalau ada masa aku update untuk next entri. Aku nak buat satu hari satu entri sepanjang kat sana. Silalah baca kalau masih tak menyampah. Kahkahkah okbai!
No comments:
Post a Comment