Thursday, 28 April 2016

Korea Trip -Part III

Assalamualaikum


Dah lima bulan lebih aku balik. Tapi masih tak boleh move on. Masih beristiqamah untuk bercerita walaupun aku pun taktahu sapa je yang follow up cerita ni hahaha. Ok back to stories, part 3 ni aku akan cerita sepenuhnya tentang hari ketiga kat sana. Untuk hari ketiga, perjalanan diteruskan ke Pulau Nami. Pulau ni familiar juga among k-pop lovers. Kalau pernah dengar pasal drama winter sonata, memang sangat tak asing dengan Pulau Nami ni.

Pagi tu macam biasa kitorang keluar dari guesthouse pukul 8 lebih. Breakfast macam biasa bakar roti, buat air panas, goreng nasi goreng kampung instant brahim's sambil disulami rendang dan serunding dan tergelak gelak dengan memakwe sambil borak dengan Mr Kim (owner guesthouse). Syok weh bila travel gaya backpacker ni semua benda ko urus sendiri. Share kitchen, duduk guesthouse pun dah buat macam rumah sendiri. After breakfast, terus bersiap siap untuk keluar sambil tunggu sharif datang pick up kitorang kat guest house.

Kalau nak naik pergi ke pulau nami, the only one transport yang wujud untuk sampai kesana adalah bus dan tiada perkhidmatan MRT Subway. Kalau gigih untuk bayar lebih, boleh naik cab. Tapi lepas tu berpinau lah ko nak bayar tambang mahal ok. So better naik bas. Kitorang jalan kaki lalu ke namdaemun, then tunggu dekat bus stop depan satu building ni nama apa entah aku tak ingat sebab aku kan buta hangul alphabet T_T






Waktu ni tengah tunggu bas ke Nami Island. Dan waktu ni jugak buat kali pertama aku merasa salji turun sikit-sikit jatuh ke pipi alololo sweet ngat. Timing dah tepat dan romantic dah cuma awak je takde time tu. Eh? :')


Perjalanan dari Namdaemun ke Nami Island makan masa lebih kurang 1/2 jam ke 1 jam macam tu. Dalam bas memasing acah-acah taknak tidur konon nak feeling tengok keindahan negara orang. At last semua janji dicapati belum sampai duploh minit bas berjalan memasing dah buat airliur basi. Termasuk lah yang menulis ni kahkahkah!




Ni nama dia gang S. (Syarifuddin, Syuhada azwa, Syahirah & Siti Nashrah) hahaha motif ngat!



Bagi aku, sesiapa yang minat dengan drama Winter Sonata ni memang highly recommend untuk pergi Nami Island ni. Since location agak jauh dari attraction di Seoul, mungkin a few tourist akan cut nami island dalam itinerary diorang untuk jimatkan masa. Tapi depends pada masing-masing lah. And, scenery sini not bad. Hiks 



Feeling tu tak pernah tak penting. Kahkah











Fyi, dalam Nami Island pun ada halal restaurant. So takde masalah untuk makan kat sana. Menu kitorang pada hari itu ialah Nasi goncang. Hahh po bondo ehhhh tuu? Nasi putih tu campur ikan tuna (kot) campur telur, campur kuah pedas sikit. Lepas tu pakai glove warna merah menyala tu and start goncang. Nanti semua lauk tadi tu bercampur and makan panas-panas. Memang heaven. Serius weh, duduk korea ni memang 24 jam kebulur. Lagi-lagi musim sejuk.










kegigihan kak siti menggoncang yang tiada tolok banding. 












Ni apahal ni?




Musim sejuk salah satu aktiviti wajib bila berada di luar adalah mengopi. Ahh feeling fresh!




Can you feel it?





















seketul ketul sister bahagia tak sedar diri dah skip kelas 4 hari. Nasib baik first week kahkah


Kaki yang tak pernah berhenti berjalan; mengembara bumi tuhan. Semoga kita semua diberi ruang dan kesempatan untuk melihat ciptaan dan kebesaran, di samping menginsafi diri yang terlalu banyak kekurangan


*pen's off*

No comments:

Post a Comment