Tuesday, 28 April 2015

Trip to Singapore -Part II

Assalamualaikum

ok sambung balik cerita daripada part I haritu. Kemahen kau senah nak buat part I,II, and III lah macam eurotrip pulak kan hahaha takpe ini kan blog saya, maka suka hati tok nenek saya lah kan? Tehee.okay, masuk second day di Singapore, aku dan fisyah struggle gila bangun awal pagi sebab excited kemahen memasing nak masuk USS. Yes, memang excited. Actually this is my 2nd time masuk uss since the last one masa tahun 2013 dulu. Kalau nak kata best ke tak? ok jap lagi aku cerita.



Masa ni tengah jalan-jalan pagi dari hotel nak ke MRT Little India. Posing begini bukanlah bermakna aku sedang usha macha-macha di jalanan tetapi kawan gua yang tak betol ni suruh pandang sana, pandang sini. Aku ikut je la. Lama dah tak manja-manja mengada dengan minah ni. Kakakaka




Okay atas ni entrance USS. Memang wajib siapa yang datang ke USS wajib ambil gambar kat sini. Wajib k wajib. Tak lengkap rasa kalau takde gambar dengan natang ni. Ibarat macam makan nasi ayam tapi takde ayam, makan nasi padang tapi takde lauk, makan mekdi tapi takde burger hahaha pe engko merepek ni perempuan :'D


View dari dalam RWS Express ke USS








Fefeeling ala princess hour kah kah!



Kitorang sampai di USS lebih kurang pukul 9a.m lepas dua kali tukar train (Little India to Harbour Front) via ViVo city then take sentosa express). USS buka pukul 10 so sempat lagi nak breakfast. 




Kalau nak makan area sentosa ni aku rasa takde masalah. Melambak kedai yang jual makanan halal. Ada Malaysian food street haa dekat situ malay cuisine semua ada kau sebut je nak apa. Acah-acah rindu malay cuisine padahal singapore aje pun gagagaga! Tapi banyak jugak chinese cuisine, interior design dia pun tak ubah macam zaman 60-an dulu. And banyak penang-chinese food jugak dekat dalam bangunan tu.



 One things bila kita "ter"masuk kedai non-halal, diorang akan inform kita awal-awal. Contohnya situasi kitorang haritu, cadang nak breakfast dekat Subway jer. Acah-acah breakfast ala omputeh ngabo nyee. Baru nak masuk, staff dia dok silang tangan macam tanda 'X' tu. Aku fikir tak bukak lagi, tapi ada je customer duduk makan kat situ. Rupanya dia nak bagitahu subway tu non-halal. Okay, frust sekejap. Aku assume subway semua halal lol ini bukan Malaysia ye kakak majoriti penduduk orang Islam. Dizz izz Singapore yaw! Then, kitorang pun melangkah keluar dengan hati yang hampa (also starving soo bad). Yelah, kekadang kita ni mana nak perasan bila dah lapar, ye dak? Main serbu je. Lol!


Man in Ancient Egypt. Suara dia bapak garau scary pulak aku! mwahaha 










lanje sikit pipi pau terlebih baking powder kakakaka










Dah letih berjalan, ajak fisyah tengok sesame street live show ni nak rileks kan kaki. Memang macam kekanak lah siap suruh berdiri ajak nyanyi sama-sama, tepuk tangan hentak kaki pusing depan belakang hahaha tapi layankan aje.  Motif; Nak aircond sejuk. Itu aje. memang nak sangat lah layan kekanak punya show ni. I'm 22, man! Twenty-two, twenty- two. twenntyy..ok dah!







Trek dalam "Lost World Jurassicpark"

Trail biru dan merah tu kalau aku tak explain pun orang semua tahu apa kebendanya. Roller coaster dalam Sci-Fi city tapi masa aku pergi haritu tak operasi pun (due to some accident, I guess) sebabnya noi (uncle shaari's daughter) kata, haritu ada kes. Tapi aku taktau lah kes berkenaan apa, so aku assume benda memang tak boleh operasi buat masa sekarang. 

Tapi memang weh, aku rasa ini antara roller coaster yang tergila aku pernah jumpa pada abad ini. Masa aku pergi tahun 2013, menjerit jerit manusia di atas sana ibarat halilintar yang tiada penghujungnya. Bising gila. Tu aku pelik pergi yang 2nd time ni apahal senyap je uss then baru sedar roller coaster ni tak operasi. Lol! *tak frust pun :P






Aku dengan fisyah menghabiskan masa seharian dalam USS ni. Tapi memang betul, kalau nak masuk USS paling2 kita kena spend masa sehari. Kalau tak membazir lah woi bayor mahal-mahal pehtu kau try satu dua game je. Tak berbaloi k, tak berbaloi. K? Another useful tips kalau nak masuk sini sila prepare air mineral banyak-banyak sebab cuaca memang panas. Shade atau spec hitam tu wajiblah ada sebab mata memang cepat letih bila waktu panas. End up, sakit kepala. Part tu yang paling aku tak gemar bila travel ni. Kacau mood betul. Satu hal lagi, wear proper attire and kasut tu kalau boleh biar lah yang selesa. Aku tak faham betul ada sorang aunty ni nak ride canopy flyer dengan pakai sari nya ya tuhan tak sanggup aku nak tengok *emoji monkey close his eye.




Castle Far-far away



Untuk far-far away ni takde ride untuk adult. More to child sebenarnya. Sebelum masuk dalam hall dia akan briefing dengan magic mirror ala macam cerita dongeng camtuhaa lepas tu macam mana shreks nak dapatkan princess fiona yang dipaksa kahwin dengan sapa entah tak pernah pulak aku ambik tahu hahaha. Tapi ok la, motif utama nak duduk dalam hall tu sebab sejuk. Plus, kau dah bayar sampai seratus tujuh puluh lima hengget, maka kau perlu cuba semuanya! Tak ada istilah "keanak-anakan" disitu ye tuan tuan, puan puan.




Keluar dari uss, kitorang ambik train express sentosa ke Harbour Front tadi. Kaki rasa nak meletop ni, tuhan aje yang tahu. Sampai harbour front, tunggu uncle shaari pick up us then dia bawa pergi makan. Try singapore cuisine yang famous katanya. So we went to Ayer Rajah Food Centre and try "Bihun ikan bilis, bistik merah and bihun merah". Amboi semua nak merah tau ler bendera negara engko merah lulz zemangat kenegaraan zangat! Unfortunately, tak sempat nak ambil gambar semua cuisine tu sebab memasing lapar tahap dewa 19. Sorry gaiss.



Lepas makan, ingatkan terus balik hotel. Rupanya uncle bawa jalan lagi pergi ke Singapore Night Safari pulak. Maigad ingat lagi masa aku pergi USS dua tahun lepas, seharian dalam tu then balik JB terus flat hokay! Eden nak jalan pun tak terdayo. Tapi yang kali ni siap sambung lagi berjalan night safari lah, hape lah awwhh such a big claps for you, dear foot! *clap clap clap!!


As a mark for express and priority pass, staff safari akan cop lambang "train" ni dekat tangan dan takyah beratur lelama. Hihu omey angat!

Noi and shasha beli ticket awal-awal. Aku, fisyah, uncle shaari and aunty shida dok jalan lenggang lenggok sambil menyembang tak sudah. Seriously both of them are really happening! Sepanjang berjalan dengan diorang asyik dok tergelak hm siaplah engko balik Mesia timbul sixpack! wakaka.  


Night safari sana okaylah, not bad. Suasana sangat tenang je. Sejuk dia macam kat Bandung waktu malam, mungkin sebab hutan kan. Kalau dekat marina bay tu memang teraso bahang deh! So we ride the buggy car ke apa natang nya entah dok tengok haiwan waktu malam. Dalam car trail tu depan seat kitorang orang india, belakang orang korea. Bila tengok satu-satu haiwan tu semua dok sebut nama binatang tu dalam bahasa masing-masing. Mana satu aku nak dengar pun taktau lah. Hilang fokus hakak nak hayati suasana malam bersama minatang ni taw :')


Depan entrance safari. From left, Fisyah, aunty shida, uncle shaari, shasha, and of course ME. Ahaks! ( Noi was taking this picture)


Dah selesai night safari, dalam kepala otak memang set mind katil dengan hot shower je dekat hotel. Pehtu aunty shida ajak sambung shopping dekat mustafa center pulak! Dalam hati happy sebab dapat berjalan lagi, tapi kaki aku yang menangis siap-siap. Sabar eh kaki? Travel memang macam ni. Penat sikit, kalau nak rehat kite duduk rumah aje. K? *kaki diam menunjukkan tanda protes


Okay, will up satu lagi entri on the last day masa dekat sana. Serius ah satu hari satu entry. Belum pergi obersea yang jejaoh lagi. Boleh jadi satu hari sampai tiga,empat entry aku up nanti kahkah okdah bye!




No comments:

Post a Comment