Wednesday, 2 April 2014

Save the date!

Hi readers.


" Travel. As far as you can, as long as you can, as much as you can. Life's not meant to be lived in one place"



Gua bukan lah seorang kaki travel. Ok tak, tipu. Aku suka travel. Memang kalau bapak gua menteri, hari-hari kerja aku berjalan je. Tapi sebab bapak gua cikgu, nak berjalan pun kena lah tunggu cuti sekolah dulu. Sobs. 


So haritu usha punya usha, terjumpa lah low-fare flight ticket promotion by AirAsia ni. Harga not bad dan tangan aku pun menggatal pergi isi segala butir-butir diri, no.debit kad sekali haaa engkau status pembelian aku; CONFIRM! 


gila betul! 



Aku saje je isi memain. Lepas tu menggelabah check maybank2u.com. Memang sah, duit dah kena tolak dalam tu. Maka; nak taknak redha jela. Dalam hati happy nak mampus sebenarnya. Kahkahkahkah!


Okay bukan nak berlagak ke hape, tapi aku ni boleh kata kerap jugak lah naik flight. Tapi yang menyedihkan aku tak pernah nak belajar prosedur apa yang patut aku buat before naik flight, what to bring, what to do, what the heck! Pastu bila aku kena travel sensorang gini, mula ah gelabah.



" Cemana nak check in ni wei? Kalau aku buat web check-in, habistu bagasi guane?"
" Aku flight pukul 8. Habistu nak keluar rumah pukul berapa nanti?"
" Itinerary ni memang kena print ke?"
"Celah mana aku nak parking nanti? Dah lah sampai awal pagi!"
"Boarding pass tu nak dapat kat mana? Memang kena print dulu ke hape?"

dan...


pelbagai persoalan yang timbul diruang minda. Sampaikan aku siap google berapa minit nak kena jalan dari parking ke terminal port, boarding pass tu cemana rupa dia.


Menyedihkan betul seorang Syahirah ini.




sungguh menyedihkan.




Ah lantak lah nak sedih ke hape, yang penting ini first time aku travel sensorang di awal pagi tanpa ditemani oleh sesiapa pun. Wuhuuu little bit excited, dalam masa yang sama cuak jugak. Tolong lah jangan nak timbul problem di saat saat akhir. Tolong.


Kalau ikut perkiraan aku ada tujuh minggu lagi before flight. Apak excited siaaaa! Even domestic flight je pun. Kesah? Kahkah. 



Boleh kata, ni sebagai award kepada diri sendiri. Ye ah, dua minggu lepas tu aku dah kena register untuk masuk study. Maka; bermula lah kembali rutin aku sebagai pelajar yang hidupnya;

full of stress, and worries. Exam, test, project. *Sighhh


so, before aku serabutkan kepala hotak dengan benda benda itu semua, tak salah kalau aku enjoy dulu. Kahkah. Nanti bila rindu, ada jugak lah kenangan nak dibawa masa study nanti. Tak gitu senah? Haha. Hmm bab location kena private dulu. But promise, balik nanti aku up entri dekat sini, FOR SURE!


Oklah, mata dah pudar. Padahal dah tidur petang ditambah pula melantak secawan nescafe gold tadi. 



Dah, malam semorang.



Okbai. Assalamualaikum!








No comments:

Post a Comment