Assalamualaikum
Bertemu lagi kita pada entri kali ini hakhak! So setelah mendapat undian tertinggi melalui poll di instagram tempoh hari, maka aku akan menulis juga tentang trip lombok pada kali ini! (kalau engko vote no pun, ada aku kesah ke :P) So, enjoiceee!!
Lombok pada asalnya adalah suatu destinasi yang paling digeruni tipikal masyarakat melayu di malaysia suatu masa dahulu. Apakah perkara yang digeruni itew? Masa aku zaman sekolah menengah dulu, selalu je dengar anak dara melayu ni seringkali diculik di bawa ke Lombok dan hidup susah melarat. Makan nasi mentah lah, dipaksa kerja bertani sawah lah, minum susu kerbau basi lah. Like seriously benda tu lah yang aku selalu dengar dulu. Kekadang terlintas di benak, kenapa lah perempuan melayu minat sangat kat mamat lombok ni? Sampai sanggup ikut balik sana hidup susah hanya disebabkan cinta? lol. Lelaki malaysia belum pupus kot. Namun setelah aku cuba mengenali dan menyelami mamat-mamat lombok ni, aku faham jugak lah kenapa.
Namun, entri aku kali ini bukanlah nak menerangkan dan mengupas lebih lanjut berkenaan tentang mengapa cinta terhalang mereka (what-so-ever) itu berlaku bla bla bla. Aku menulis sebab nak share serba sikit tentang trip aku tempoh hari. Haks.
Actually, Lombok bukanlah satu destinasi dalam bucket list aku buat masa sekarang. Sebab lombok ni commonly orang datang sebab nak honeymoon (masalah eh den kahwin pun bolom ha acano?), since ianya mempunyai banyak view & pulau yang cantik lepas tu laut dia masyaAllah jernih macam cermin. Membiru sedap mata memandang gitu ha. Plus, lombok ni sesuai lah dengan mereka yang suka kan nature & sightseeing. Lombok juga mendapat jolokan sebagai pulau seribu masjid sebab merata korang pergi akan sentiasa nampak masjid walaupun dalam perkampungan kecil. Lombok juga telah memenangi the best honeymoon destination & Halal & muslim friendly places pada tahun 2015 di Abu Dhabi. Lagipun masyarakat disini majoriti 90% adalah umat islam, dan selebihnya ada yang beragama hindu, budha dan kristian.
Btw, untuk orang yang minat shopping, minta maaf tapi Lombok bukanlah tempat yang sesuai untuk anda. Sobab eh sepanjang empat hari den kek sano, shopping mall eh satu butir pun den tak jumpo! Kahkah
Btw, untuk orang yang minat shopping, minta maaf tapi Lombok bukanlah tempat yang sesuai untuk anda. Sobab eh sepanjang empat hari den kek sano, shopping mall eh satu butir pun den tak jumpo! Kahkah
Actually, trip aku kali ini bukanlah suatu trip saje-saje. This is my business trip. Bunyi acah acah aje kan kahkah. Tapi memang betul pun, trip kali ini aku bertindak sebagai tour guide sebenarnya walaupun ini pertama kali aku ke sana. Abah aku, selain menjadi pengetua sekolah, beliau juga turut mempunyai minat yang sama macam aku, which is travelling. So, dia akan open kepada kawan/kenalan kalau nak pergi trip boleh request destinasi mana yang diorang nak & kitorang akan bawa. Disebabkan tarikh yang cust pilih adalah hari sekolah, so aku pun volunteer kan diri untuk bawa group kali ini ke lombok (biasanya abah aku lah) memandangkan aku pun tengah bercuti semester sekarang ni.
Inilah group kami. Kesemuanya terdiri ibuk-ibuk kepala sekolah (pengetua)
Aku diamanahkan oleh abah untuk handle group ni sebaik yang mungkin since ini adalah group pertama yang aku akan bawa. There's a lot of things I need to study etc how to handle the situation if passport hilang, susun kan itinerary untuk diorang, how to claim insurance in case of emergency & be prepare what will comes around. Pada asalnya aku sesorang je, pastu aku ajak kak siti (cousin) sekali at least ada jugak lah teman borak aku kat bilik kan. Takdela rasa forever alone sangat kahkah
nice weather Alhamdulillah
Flight KUL ke Lombok mengambil masa selama lebih kurang tiga jam setengah. So lama ok aku dah lah tak suka naik flight lelama. Rimasss sebab aktiviti yang terhad (makan, tido, baca buku, dan ulang sehinggalah flight landing) Namun aku hanyalah sebagai seorang penumpang maka haruslah redo.
Sesampai di airport lombok, kami pun selesaikan segala urusan imigresen dan tuntutan bagasi dan terus menuju keluar ke pintu ketibaan. Lepas tu melilau ler mata aku mencari tour guide aku di Lombok, iaitu Pak Jalal. Actually ni first time aku jumpa dia, before this contact & discuss thru whatsapp je. Dia ni kenalan ayah aku, umur muda lagi cuma namanya seperti Jalaluddin zaman 60-an (suka hati aku je judge nama orang wakakakakaka). Ok back to stories, keluar je dari pintu ketibaan puaslah mencari mana sepanduk nama aku ni. Umat lombok ni pulak masyaAllah ramai gilo kat luar, pak jalal ni pulak kurus maka tenggelam lah dia di dalam lautan manusia. Setelah puas meneliti......
Nahh. Baru nampak. Dia print out guna kertas A4 je. Memang aku nampak sangat lah kan? Dah lah pawer spek ni rasanya main naik. Halah sedih betul.
Yang penting eja nama aku betul. Kalau tak, mmg aku boikot pak jalal ni sampai ke sudah kahkahkah (over je)
Dah selesai masukkan barang ke dalam mobil, setelah dikira jumlah peserta semua mencukupi, maka kami pun bergerak menuju ke Rumah Makan Ayam Taliwang yang famous di Daerah Mataram. Ayam taliwang ni merupakan makanan tradisional masyarakat lombok. Kalau datang lombok, tapi tak makan ayam taliwang ini ibarat buat haji tanpa wuquf kata pak jalal. Pepandai dia je -_-
Ayam taliwang merupakan makanan paling common yang korang akan nampak kalau ke Lombok. Lebih kurang macam trademark diorang lah. Contoh nasi kerabu yang merupakan trademark negeri kelantan, lomak cili api trademark negeri sembilan, nasi dagang trademark negeri permastautinan mat dan. Ayam taliwang ni rasa dia lebih kurang macam ayam percik, di bakar dan di makan bersama sos, lepas tu ada sayur kangkung, sambal belacan, taugeh dan kacang. Oh ya lepas tu ada kelapa sikit. Cara makan, gaul2 kan aje pastu makan sekali dengan nasi.
Ni antara contoh ayam taliwang. Tapi serius gais cabai dekat kepulauan lombok ni semua podeh belako. Tercabar lidah nogori aku. Sakit perut makan. Kahkah
Dah selesai makan, perut pun dah kenyang hati pun banyak senang, maka kami pun terus menuju ke hotel untuk bersihkan diri dan beristirehat untuk sambung keesokan harinya. Ok lah yang tu aku akan sambung part 2 nanti sebab aku dah malas nak menaip sekarang ni wakakaka. Ok sampai jumpa. Bye!
No comments:
Post a Comment