Saturday, 28 October 2017

Trip Lombok (Part 2)

Assalamualaikum


Hallo semuaaanya apa kabar masih ingat sama saya ngak? (dibaca dengan nada accent Nicholas Saputra). So untuk hari kedua ini aku akan teruskan lagi menerjah tempat-tempat yang menarik di kepulauan Lombok ni. Untuk hari kedua, kami akan ke Sendeng Gila dan Tiu Kelep waterfall. Lokasinya terletak agak jauh dari provinsi senggigi, mengambil masa lebih kurang dua jam setengah untuk tiba disini. Ada apa kat sini? Ok meh sini acik ceghito.

Air terjun Sendeng Gila dan Tiu Kelep ini terletak di sebelah utara di kaki gunung rinjani. Paling tepat dekat daerah Desa Senaru, Lombok. Air terjun ni memang tempat yang engkorang wajib pergi jika liburan di Lombok. Untuk datang ke sini, disarankan supaya engkorang hire mana-mana tour guide, atau sewa kereta drive sendiri. Sebab destinasinya agak jauh, so kebanyakkan pelancong charter bas/coach untuk kesana instead of using public transport. Actually aku pun tak sure kat mana pit stop yang ada sediakan public transport ke sana. Maklumlah, travel dengan ibuk-ibuk kepala sekolah maka harus diaturkan semunya. Takkan diorang nak tunggu bas tepi jalan acah acah backpacker lak kan. 


view Hotel puri senggigi di pagi hari



tour guide in action. Mano deh ahli lain ni sarapan laie koh

Perjalanan ke sana mengambil masa selama dua jam dan keadaan fizikal jalan raya untuk ke waterfall bukanlah rata seperti highway utara-selatan ya tuan tuan dan puan puan. Dah nama pun nak ke kaki gunung kan, so haruslah jalan raya nya mencabar berbukit bukau. Make sure jangan lupa breakfast, bawa minyak angin, ubat tahan muntah, gula-gula atau apa apa je yang boleh kurangkan sikit travel sickness korang, khusus untuk mereka yang mudah mabuk kenderaan. Yang mana boleh tahan tu, korang enjoy the view jelah. 


Walaupun jalan raya nya berbukit bukau, tapi the view is really to die for.  Sangat cantik sightseeing lombok ni so sape yang tidur tu tersangatlah rugi. 






sawah padi terbentang luas












Di kepulauan Lombok, 85% jumlah penduduk mereka berkerja sebagai petani bagi menyara kehidupan seharian. Antara tanaman utama yang diusahakan adalah padi, jagung dan tembakau. Tapi penanaman padi hanya dilakukan sekali sahaja setahun disebabkan oleh faktor cuaca yang panas, dan susah untuk mendapatkan air. (sebab mereka menggunakan hujan untuk mengairi tanaman).


Setelah dua jam perjalanan melalui pelbagai onak dan duri, kami selamat tiba di sendeng gile &tiu kelep waterfall!


Another tips untuk datang ke sini, sila bawa selipar dan pakaian basahan yang sesuai. Segala alatan elektronik pastikan disimpan dalam keadaan yang baik, sebabnya percikan air terjun boleh menjahanamkan segala alatan elektronik chuolz. So pandai pandai lah cemana nak jaga.


selfie sama pak jalal, assistance gua di sana



Dalam kehidupan, sentiasa ada cabaran dan segala liku-liku yang perlu ditempuhi. Begitu juga dengan jalan yang bakal anda tuju apabila ingin sampai ke waterfall tersebut. Korang kena menuruni lebih tiga ratus buah anak tangga untuk sampai ke sendeng gile, dan perlu berjalan selama 45 minit merentasi batu serta anak sungai untuk sampai ke tiu kelep waterfall. Bunyi agak menarik untuk anak muda, tetapi agak menyiksakan bagi ibuk-ibuk kepala, bukan? Ya saya mengerti :')










so jernihhh masyaAllah am gonna cry



Selfie sama pak jalal





Selain menjadi tour gouide, saya juga berfungsi sebagai safe guard. Saya perlu memastikan keselamatan ibuk-ibuk kepala sekolah sentiasa aman. Gitchew :)


Penuh berhati hati dan bertatasusila. Boleh lah up gambar sebagai poster tolong menolong amalan 
mulia *tetiba*







worth the journey. Yayyy!


Disebabkan kedudukan kedua-dua waterfall ini terletak di kaki gunung rinjani setinggi 3,726 meter dari paras laut, sudah semesti air waterfall ini sejuk gilos i told ya! Bila penat berjalan tu, engkorang berhenti jap pastu basuh muka dengan air sungai ni. Soooooo refreshing!

apa lagi mahu kubuktikan kebahagiaan ituu..





kawan sape ni sila claim cepat. Kesian aku tengok lapor memanjang. Kalau korang bawa makanan, sila sorok dalam bag dulu sepanjang berjalan kaki tu. Sebab makhluk berekor ni akan menjadi extra aggressive bila nampak makanan yang ko bawa tu, pastu kedekut taknak bagi sikit.






Setelah hampir empat jam berada di dalam hutan, maka kami pun keluar dan pulang ke rinjani base camp untuk makan siang. Dah main air sejuk-sejuk memang lapar ler uolz. 


macam biasa, makanan tradisional lombok. Tapi kali ni best sikit sebab ada sambal tempe, tauhu sumedang, dan sup sayur. Hiks


Selesai itu kami pun meneruskan perjalanan pulang. Oh ye, sempat jugak kitorang menyinggah ke tempat penjualan mutiara asli air tawar dan air masin, tapi kat sini quite expensive lah. Tak sesuai dengan bajet backpacker macam aku. Tapi demi ibuk-ibuk semuanya, maka kami singgah jua. Hiks




Dah selesai shopping di pusat mutiara, kami pun meneruskan lagi perjalanan pulang ke senggigi. Actually plan nak singgah villa hantu untuk tengok sunset, tapi ibuk-ibuknya udah capek. Maka kami langsung aja ke senggigi. Sampai senggigi, sempatlah singgah farmasi beli segala natang koyok, minyak panas untuk urut kaki malam tu. Letih poik. Sakit semua kaki dengan badan hahahaha nampak nau lama tak workout!



dinner di blue seafood house, memang amik table bebetul tepi laut. Seronoknya dinner sambil layan angin malam, minus takde orang main muzik je. Yang ada orang buat live band nyanyi dekat stage. 

Setelah selesai makan malam, maka berakhirlah perjalanan kami untuk hari kedua tersebut. Kami semua terus pulang ke hotel dan berehat untuk kumpul tenaga hari esok gitchu. Okay jumpa untuk next entri! Bye!









Friday, 27 October 2017

Trip Lombok 2017 (Part 1)

Assalamualaikum


Bertemu lagi kita pada entri kali ini hakhak! So setelah mendapat undian tertinggi melalui poll di instagram tempoh hari, maka aku akan menulis juga tentang trip lombok pada kali ini! (kalau engko vote no pun, ada aku kesah ke :P)  So, enjoiceee!!

Lombok pada asalnya adalah suatu destinasi yang paling digeruni tipikal masyarakat melayu di malaysia suatu masa dahulu. Apakah perkara yang digeruni itew? Masa aku zaman sekolah menengah dulu, selalu je dengar anak dara melayu ni seringkali diculik di bawa ke Lombok dan hidup susah melarat. Makan nasi mentah lah, dipaksa kerja bertani sawah lah, minum susu kerbau basi lah. Like seriously benda tu lah yang aku selalu dengar dulu. Kekadang terlintas di benak, kenapa lah perempuan melayu minat sangat kat mamat lombok ni? Sampai sanggup ikut balik sana hidup susah hanya disebabkan cinta? lol. Lelaki malaysia belum pupus kot. Namun setelah aku cuba mengenali dan menyelami mamat-mamat lombok ni, aku faham jugak lah kenapa. 

Namun, entri aku kali ini bukanlah nak menerangkan dan mengupas lebih lanjut berkenaan tentang mengapa cinta terhalang mereka (what-so-ever) itu berlaku bla bla bla. Aku menulis sebab nak share serba sikit tentang trip aku tempoh hari. Haks.

Actually, Lombok bukanlah satu destinasi dalam bucket list aku buat masa sekarang. Sebab lombok ni commonly orang datang sebab nak honeymoon (masalah eh den kahwin pun bolom ha acano?), since ianya mempunyai banyak view & pulau yang cantik lepas tu laut dia masyaAllah jernih macam cermin. Membiru sedap mata memandang gitu ha. Plus, lombok ni sesuai lah dengan mereka yang suka kan nature & sightseeing. Lombok juga mendapat jolokan sebagai pulau seribu masjid sebab merata korang pergi akan sentiasa nampak masjid walaupun dalam perkampungan kecil. Lombok juga telah memenangi the best honeymoon destination & Halal & muslim friendly places pada tahun 2015 di Abu Dhabi. Lagipun masyarakat disini majoriti 90% adalah umat islam, dan selebihnya ada yang beragama hindu, budha dan kristian.

Btw, untuk orang yang minat shopping, minta maaf tapi Lombok bukanlah tempat yang sesuai untuk anda. Sobab eh sepanjang empat hari den kek sano, shopping mall eh satu butir pun den tak jumpo! Kahkah







Actually, trip aku kali ini bukanlah suatu trip saje-saje. This is my business trip. Bunyi acah acah aje kan kahkah. Tapi memang betul pun, trip kali ini aku bertindak sebagai tour guide sebenarnya walaupun ini pertama kali aku ke sana. Abah aku, selain menjadi pengetua sekolah, beliau juga turut mempunyai minat yang sama macam aku, which is travelling. So, dia akan open kepada kawan/kenalan kalau nak pergi trip boleh request destinasi mana yang diorang nak & kitorang akan bawa. Disebabkan tarikh yang cust pilih adalah hari sekolah, so aku pun volunteer kan diri untuk bawa group kali ini ke lombok (biasanya abah aku lah) memandangkan aku pun tengah bercuti semester sekarang ni.


Inilah group kami. Kesemuanya terdiri ibuk-ibuk kepala sekolah (pengetua)

Aku diamanahkan oleh abah untuk handle group ni sebaik yang mungkin since ini adalah group pertama yang aku akan bawa. There's a lot of things I need to study etc how to handle the situation if  passport hilang, susun kan itinerary untuk diorang, how to claim insurance in case of emergency & be prepare what will comes around. Pada asalnya aku sesorang je, pastu aku ajak kak siti (cousin) sekali at least ada jugak lah teman borak aku kat bilik kan. Takdela rasa forever alone sangat kahkah


nice weather Alhamdulillah

Flight KUL ke Lombok mengambil masa selama lebih kurang tiga jam setengah. So lama ok aku dah lah tak suka naik flight lelama. Rimasss sebab aktiviti yang terhad (makan, tido, baca buku, dan ulang sehinggalah flight landing) Namun aku hanyalah sebagai seorang penumpang maka haruslah redo. 


Sesampai di airport lombok, kami pun selesaikan segala urusan imigresen dan tuntutan bagasi dan terus menuju keluar ke pintu ketibaan. Lepas tu melilau ler mata aku mencari tour guide aku di Lombok, iaitu Pak Jalal. Actually ni first time aku jumpa dia, before this contact & discuss thru whatsapp je. Dia ni kenalan ayah aku, umur muda lagi cuma namanya seperti Jalaluddin zaman 60-an (suka hati aku je judge nama orang wakakakakaka). Ok back to stories, keluar je dari pintu ketibaan puaslah mencari mana sepanduk nama aku ni. Umat lombok ni pulak masyaAllah ramai gilo kat luar, pak jalal ni pulak kurus maka tenggelam lah dia di dalam lautan manusia. Setelah puas meneliti......   


Nahh. Baru nampak. Dia print out guna kertas A4 je. Memang aku nampak sangat lah kan? Dah lah pawer spek ni rasanya main naik. Halah sedih betul.


Yang penting eja nama aku betul. Kalau tak, mmg aku boikot pak jalal ni sampai ke sudah kahkahkah (over je)

Dah selesai masukkan barang ke dalam mobil, setelah dikira jumlah peserta semua mencukupi, maka kami pun bergerak menuju ke Rumah Makan Ayam Taliwang yang famous di Daerah Mataram. Ayam taliwang ni merupakan makanan tradisional masyarakat lombok. Kalau datang lombok, tapi tak makan ayam taliwang ini ibarat buat haji tanpa wuquf kata pak jalal. Pepandai dia je -_-




Ayam taliwang merupakan makanan paling common yang korang akan nampak kalau ke Lombok. Lebih kurang macam trademark diorang lah. Contoh nasi kerabu yang merupakan trademark negeri kelantan, lomak cili api trademark negeri sembilan, nasi dagang trademark negeri permastautinan mat dan. Ayam taliwang ni rasa dia lebih kurang macam ayam percik, di bakar dan di makan bersama sos, lepas tu ada sayur kangkung, sambal belacan, taugeh dan kacang. Oh ya lepas tu ada kelapa sikit. Cara makan, gaul2 kan aje pastu makan sekali dengan nasi. 



Ni antara contoh ayam taliwang. Tapi serius gais cabai dekat kepulauan lombok ni semua podeh belako. Tercabar lidah nogori aku. Sakit perut makan. Kahkah

Dah selesai makan, perut pun dah kenyang hati pun banyak senang, maka kami pun terus menuju ke hotel untuk bersihkan diri dan beristirehat untuk sambung keesokan harinya. Ok lah yang tu aku akan sambung part 2 nanti sebab aku dah malas nak menaip sekarang ni wakakaka. Ok sampai jumpa. Bye!