Assalamualaikum
untuk last day kitorang tak kemana sangat since first & 2nd day habis semua attraction kitorang terjah. Plus hatyai ni bukan besar nau pun and attraction pun boleh kira jari je. Bangun pagi then morning walk lebih kurang sejam pastu balik hotel semula kejut bebudak ni ajak pergi train station beli tiket balik then breakfast. Part yang paling aku sendu tiap kali travel adalah part hari last a.k.a hari kena balik ke dunia realiti. Know what, traveling ni macam mimpi ko tahu. Bila balik aku akan scroll gallery phone sebelum tido tengok balik tempat yang aku dah pernah jejak, travel partner yang super duper awesome, tasty food yang aku pernah try. Pastu bila tersedar balik aku ada dalam dunia realiti di mana assignment dan kelas jam 8 pagi yang sentiasa menjadi teman hidup aku. Sobs
after morning walk acah nak minum coffee, pastu singgah lah starbucks. Tu jelah kedai halal yang buka awal pagi buta ni lol
Fyi, train dari Hatyai ke Padang Besar hanya dua kali sehari. First train lebih kurang jam 7.40 a.m dan 2nd train pukul 12-1 macam tu. Engkorang boleh refer kat ktm schedule dia ada attach sekali untuk thai train. Kitorang ambik train tengah hari tu then sampai malaysia lebih kurang pukul 3 petang.
lapan tahun dan masih menghitung :)
whole bakpacker crew :)
my favourite partner in crime
Lepas maghrib, terus pakcik hantar kitorang ke ktm arau sebab lebih dekat dari rumah dia. Kitorang boarding the train lebih kurang 8.16 p.m and our journey back home began. Masa balik ni semua bawa haluan masing-masing. We're not reach the same destinations. Dien turun kuala kangsar, luqman & syahmean turun KL sentral, anuar turun rembau station and lasssttt skali aku turun tampin station lebih kurang pukul 3 pagi. Nasib baik train station tampin tak gelap macam padang besar haritu kot tak seram gak iolz. lulz
Btw thanks a lot gais for this trip. Thank you for your treat since aku je perempuan dalam group ni kan so haruslah dilayan bak puteri kahkahkah. Thank you kejut aku pepagi ketuk pintu bilik aku cam nak roboh, tunggu aku even terlambat sikit biasalah perempuan kekeke. Thank you for protected me since mak aku pun risau gegila bila aku jejak thailand ni tapi aku yakinkan mak aku sebab aku travel dengan korang so there's nothing to worried. Thank you for every good moment that we spent together, and lastlyy thank you sebab bagi kerjasama yang tiada tolok banding dalam menjayakan bp train kita terutama yang buat itinerary, tolong book hotel, tolong survey mana attraction yang best dan wajib jejak. Just thanks a lot gais. Really appreciate it :') Well, I'm looking forward to see u guys again for our next trip soon :)
And last, thanks gais kepada sesiapa yang membaca. Ketahuilah bahawa aku rindu nak travel lagi. Sobs :'(
No comments:
Post a Comment