Saturday, 30 April 2016

Korea Trip part IV

Assalamualaikum



Entri ini merupakan entri terakhir untuk trip Korea aku. Well, pergi lima hari je ko takyah acah-acah update semua cerita macam pergi lima tahun kahkah! Ok, utk last day ni kitorang mulakan destinasi pertama ke Gyeongbokgung Palace. Tempat ni salah satu tourism attraction and kalau engkorang ambik dengan agent pun confirm akan dibawa kesini. Gyeongbokgung ni ado apo kek sini? Ha meh sini den cerito.


Gyeongbokgung yang asal telah dibina pada tahun 1934 oleh Jeong Do Jeun, iaitu seorang arkitek korea. Tapi disebabkan perperangan korea-jepun pada tahun 1592 hingga 1598 telah menyebabkan bangunan asal ini musnah teruk. Lalu gyeongbokgung ini telah dibina semula pada tahun 1860-an. Gyeongbokgung ni merupakan sebuah istana yang terletak di sebelah utara Bandar Seoul (Gongbuk) dan merupakan salah sebuah istana keagungan kerajaan dan rakyat korea. Ok sampai situ je aku tahu. Nak tahu lebih lanjut sila book flight ke seoul sekarang dan jangan lupa singgah di gyeongbokgung.





Entrance gyeongbokgung palace. Waktu ni hujan renyai-renyai 













Bagi aku, melawat ke Gyeongbokgung ni takdelah best mana. Sebabnya kawasan rumah ni tak boleh masuk dan semuanya tertutup kalau nak compare dengan Hanok Village walaupun tak boleh masuk tapi boleh tengok design dan susun atur rumah tradisional korea secara dekat. Tempat yang macam tokong atas ni kalau tak silap aku tempat raja dia bersemayam. 




kalau ikut kepercayaan orang korea kuno, siapa lalu bawah pintu gerbang ni akan muda selama-lamanya. Oh patutlah lepas lalu bawah tu feeling feeling sweet 18 je. Baru tau. 




Senyum cikid oppa. Jgn serius ngat.





Mostly tingkap tu semua tertutup. So aku pun taktau belakang aku tu dapur istana ke, master bedroom ke, bilik sidai kain baju ke. Hurmmm





cuaca hujan plus temperature pulak sejuk awal pagi tu. Beku gusi den.


Kalau bernasib baik masa korang sampai sini, korang boleh saksikan persembahan berkuda tentera-tentera istana dengan panji-panji yang ada tulisan korea besar-besar tu. Tapi masa aku datang ni persembahan tu baru je habis. Nasib lanakkkkk. 


So dah selesai di Gyeongbokgung Palace, kitorang teruskan berjalan ke Museum The Great King of Sejung. Tak jauh dari Gyeongbokgung ni jugak. Lebih kurang menapak 500m je. Landmark dia ada monumen Raja Sejung kat tengah tengah jalan tu. Refer gambar kat bawah.






ok ni landmark dia. Kalau nampak monumen ni jalan ke depan sikit lepas tu ada tangga turun ke muzium. Kalau rasa tak pasti, boleh refer pada signboard tak pun tanya pada local people. Tapi satu benda yg ko kena ingat, mostly korean tak pandai english. So before plan nak pergi sana, bawa bawa lah belajar simple vocab korean. Supaya conversation antara ayam dan itik dapat dielakkan.






Berjalan dalam hujan rintik-rintik sambil bersembang dengan gang travel sekalian. Priceless okay :')



Tiada sebarang entrance fees akan dikenakan untuk masuk ke muzium ni. Segalanya percuma. Gambar kat bawah ni kitorang diberi peluang untuk tulis nama sendiri di atas kertas beras menggunakan tulisan hangul (korea alphabet). 






S.Y.A.H.I.R.A.H








Dah siap tulis nanti dia akan cop. Pastu ko boleh pilih untuk tampal kat situ atau bawa balik. Aku mestilah nak bawa balik. Nak tampal kat bilik. At least bila aku terpandang benda ni kat dinding bilik ada jugak lah benda yang aku boleh kenang. Ai kan macam makcik-makcik sentimental terlebih :')





Dah selesai tulis nama, staff diorang akan bawa masuk kita ke dewan teater 3D. Masa tu tak ramai orang so kita-kita jelah. Dalam wayang pun haruk kitorang je. Teater ni akan tayangkan sejarah perperangan korea-jepun yang melibatkan Raja Sejung. Yelah dah nama muzium pun tentang Raja Sejung takkan tetiba nak tayang tentang Raja Syahirah pulak hahahaha tak lawak. K

  
Tayangan 3D ni berlangsung lebih kurang setengah jam. Aku fokus gila kot masa tengok tayangan ni walhal raja sejung pun aku tak kenal siapa. Semasa tayangan 3D dijalankan, kerusi merah tu akan tergoncang-goncang sama. Contohnya scene Raja Sejung tengah naik kuda nak pergi berperang, maka badan ko pun bergegar gegar seperti berada di atas kerusi urut ogawa, malah semasa mereka berperang dilautan acah-acah air terpercik percik kat muka ko sekali. Entah bila dia percik kat muka kitorang pun taktau. Ko hengat gempak habis lah tu? Hahaha


Dah selesai tengok tayangan, perjalanan kami diteruskan ke itaewon. Fyi, itaewon merupakan salah satu kawasan yang penduduknya majoriti muslim yakni beragama islam. Kalau rasa nak stay korea lama, boleh lah duduk kat itaewon ni. Sebabnya senang nak cari makanan halal so takde masalah kalau nak survive. Masjid terbesar di Kota Seoul juga terletak di Itaewon. Kawasan Itaewon agak berbukit jadi aku rasa agak tak berapa sesuai kalau orang veteran nak datang sini menggunakan subway. Kitorang yang masih dalam kategori muda ni pun dah semput nokharom panjat bukit, inikan pula mereka yang sudah digelar warga emas. Agak-agak la.



Tiba di Itaewon, kitorang terus menuju ke Mr.Kebab ni. Owner dia memang orang Turki dan telah menetap lama di Korea. Kedai dia memang famous among muslim traveler yang datang ke Korea. Kalau nak tahu location sila waze/google maps insyaAllah jumpa. Tak susah pun since location kedai ni sebelah jalan besar.



Daging dengan salad yang fresh, di tambah sos pedas ala korea. Bisa merembes air mata terharu tatkala menyuap ke mulut. *over*




Entrance di masjid Itaewon di bawah. Bila nampak khat ni korang jalan ke kanan panjat bukit sikit.


Sikittt lagi nak sampai
.
.
.
.
.

Taraaaaaaa! 



 Bila sampai masjid ni, waktu ni lah ko boleh jumpa traveler muslim dari seluruh pelosok dunia. Masa aku tengah ambik wudhuk, jumpa malaysian. Masa nak naik tangga, jumpa African. Masa nak solat masuk saf jumpa pulak indonesian. Kalau waktu solat jumaat, masjid ni akan penuh dengan jemaah lelaki dari pelbagai negara. Siap bentang sejadah sampai ke bawah tangga. Boleh aku imagine dorang yang solat lagi lagi kalau musim sejuk. Fuhhh dramatik sungguh.




Dah selesai solat, kami meneruskan perjalanan ke Hanok Village. Otw masa nak turun dari masjid Itaewon sempat lah jugak menyinggah kedai ahjumma dengan ahjusshi ni. Dekat korea banyak street food yang engkorang boleh cuba. Kalau nak rasa street food yang sedap dan pelbagai, korang boleh pergi ke area Myeong-Dong. Mostly street food dorang berasaskan tumbuhan dan seafood. Yang dekat bawah ni adalah bahulu ikan berintikan kacang merah. Very the sedapzz makan panas-panas sambil angin sepoi-sepoi menampar ke pipi alololo drama nyeww tampar kang!







4 keping KRW2000/ RM7.00



  


Hanok village terletak di kawasan Bukchon. Mengikut sejarah lama, Hanok village ni merupakan kawasan orang-orang kaya dan elit. Golongan bawahan semua tinggal di bawah jambatan sungai Han je. Ok tak aku tipu. Orang bawahan aku taktau diorang duduk mana. Maaflah sistur pergi korea tak habis buat research pun hurmm. Dan di Namsangol Hanok Village ni juga engkorang boleh memakai pakaian tradisional yang dipanggil sebagai Hanbok. Tiada entrance fees akan dikenakan untuk masuk ke Hanok Village. Untuk mengenakan hanbok, yuran sebanyak KRW5,000 akan dikenakan. Dan korang akan diberi masa untuk feeling-feeling princess korea dengan hanbok tersebut selama 20 minit. Tak silap aku korang boleh juga menggayakan hanbok secara percuma di Tourism Centre terletak di Myeong-Dong, tapi exact location aku tak pasti. Sila google untuk maklumat lanjut. Jari tu jangan malas sangat. K


Hanbok ni ada dua jenis. Satu dipakai golongan elit, satu lagi golongan bawahan. Kalau golongan elit punya macam aku pakai tu. Yang golongan bawahan punya aku tak pasti buehehehe



Anyonyonyo princess ngat le teww?




Kalau nak compare antara Hanok Village dengan Gyeongbokgung Palace, aku lagi prefer Hanok Village. First, tiada entrence fees dikenakan. Second, ada free volunteer yang akan guide engkorang kat dalam nanti. Diorang ni akan tunggu depan entrance Hanok Village. Jangan risau, majoriti volunteer diorang boleh speaking english walaupun tak berapa fluent. At least ko paham apa dia cakap kira ok dah tu. 


Bahagian ruang tamu




Oppa baju oren tu adalah volunteer yang jadi tour guide kitorang. Nama dia aku tak ingat lulz. Tapi dia punya explanation best dah faham. Semua pelosok rumah dia tunjuk kat kitorang. Lepas tu aku mesti tanya team running man pernah shooting kat sini tak? Lepas tu dia kata " haa yes" terus aku senyum siput. Hihi mesti kaki aku berpijak di tanah tempat jong kook pijak tu hermm ko dah kenapa perempuan :')




Yang ni pulak permainan tradisional orang kaya korea pada masa tu. Baling je stick tu masuk dalam lubang. Tapi susah ok aku dah try masa tu rasa nak baling stick tu kelangit jatuh menghempas bumi baru puas hati aku. Susah benor nak score -_-






Ok ini pula adalah tempat untuk mereka menyimpan soju. Apakah? Soju ni merupakan minuman alcohol yang diperbuat daripada beras yang diperam. Diorang akan simpan dalam tempayan ni untuk proses fermentasi.





Ok at first aku nampak benda ni aku expect orang kuno korea mungkin tinggal dalam ni. Tapi selepas mendengar penjelasan daripada oppa dua orang ni, baru ku tahu fungsi igloo jerami ini adalah tempat untuk menyimpan kimchi. Selalunya digunakan pada musim sejuk bagi mengelakkan kimchi beku, mungkin. 




Kalau korang visit rumah tradisional korea, korang akan jumpa banyak tali yang tergantung di siling rumah di hadapan pintu masuk. Tujuan? Ok seperti yang aku nyatakan tadi kawasan Hanok Village ni merupakan kawasan elit. Mereka akan memegang tali ini ketika memakai kasut bagi mengelakkan lutut mereka menyentuh lantai. Ni semua jenis orang kaya high demand loghat kejadah. Tapi, bagi aku inilah keunikannya. Bagi mereka, tindakan lutut mencecah lantai itu adalah perbuatan yang hina dan tidak sesuai diaplikasikan oleh orang ada-ada. K korang, K.




Batu tersusun ini pulak adalah tempat untuk mereka melatih anak-anak menapak dan berjalan seperti orang elit. Korang boleh tengok shariffufin buat contoh. Korang kena menapak satu demi satu secara tertib sambil kedua tangan kebelakang. Aduhai nasib baik aku tak hidup zaman ni kalau tak mesti dah lama dibuang daerah kerana ingkar dengan perkara remeh temeh ni :')






Daripada situ je korang pun tahu cemana orang kaya/elit korea ni menjaga peradaban mereka. Sampaikan nak pakai kasut pun kena pegang pada tali dan lutut tak boleh mencecah tanah. I can't brain this. Someone please help me. 















Ruang ini pula adalah untuk si pembantu rumah. Kebiasaannya bilik pembantu rumah akan diletakkan berhampiran dengan dapur. Dan ruang mereka agak terhad. Yelah, ko dah lah bibik je lepastu demand pulak nak master bedroom. No okayy no.











Ini pula bahagian dapur. Dekat bahagian dapur ni juga akan ada satu lubang dimana makanan yang telah siap dimasak akan diletakkan dalam lubang tersebut. Lepas tu nanti orang dalam rumah akan ambil makanan tersebut dan hidang kepada tetamu. Tukang masak tak dibenarkan keluar dari dapur. Bertabahlah weh, aku duduk dapur 2 jam pun dah kepenatan ni kan pulak seharian. Takde life ok. 




Dah selesai melawat Hanok Village, kitorang pun balik semula ke Hondgdae. Hurmm esok nak balik dah sumpah rasa tak puas lagi. Nak jalan lagi! Kenapa cepat sangat masa berlalu ni :'(
Sampai je hongdae kitorang terus ke Coffee Prince. Minum air panas kasi fresh sikit since bibir pun dah naik pucat sebab terlampau sejuk. Sampai je cafe semorang anti social. Nak bercakap pun tak mampu dah. 






Malam last sempat lagi merayau area Hongdae. Enjoy last street performence sebelum balik KL esok. Sambil tu shopping souvenir untuk cukupkan mana-mana souvenir yang tak sempat beli masa kat Namdaemun haritu. 







Day 5 


.
.
.
.
.
..




Nak balik dah. Bye :'(




Flight kitew da sampai. Maka berakhir sudah trip korea 2015. Thank you untuk semua yang support untuk trip ni. Thank you girlfriends for five days that we spent together. Thank you sharif sebab layan kitorang yang otak masuk air ni. Serius u guys the best! Next trip harap dapat sesama lagi untuk ke Japan pula, InsyaAllah. Dan last sekali, terima kasih kepada anda yang gigih membaca hingga ke akhir. Really appreciate it! Thank you cemuaaa! Mmuahh ciked! *flying kiss*






Thursday, 28 April 2016

Korea Trip -Part III

Assalamualaikum


Dah lima bulan lebih aku balik. Tapi masih tak boleh move on. Masih beristiqamah untuk bercerita walaupun aku pun taktahu sapa je yang follow up cerita ni hahaha. Ok back to stories, part 3 ni aku akan cerita sepenuhnya tentang hari ketiga kat sana. Untuk hari ketiga, perjalanan diteruskan ke Pulau Nami. Pulau ni familiar juga among k-pop lovers. Kalau pernah dengar pasal drama winter sonata, memang sangat tak asing dengan Pulau Nami ni.

Pagi tu macam biasa kitorang keluar dari guesthouse pukul 8 lebih. Breakfast macam biasa bakar roti, buat air panas, goreng nasi goreng kampung instant brahim's sambil disulami rendang dan serunding dan tergelak gelak dengan memakwe sambil borak dengan Mr Kim (owner guesthouse). Syok weh bila travel gaya backpacker ni semua benda ko urus sendiri. Share kitchen, duduk guesthouse pun dah buat macam rumah sendiri. After breakfast, terus bersiap siap untuk keluar sambil tunggu sharif datang pick up kitorang kat guest house.

Kalau nak naik pergi ke pulau nami, the only one transport yang wujud untuk sampai kesana adalah bus dan tiada perkhidmatan MRT Subway. Kalau gigih untuk bayar lebih, boleh naik cab. Tapi lepas tu berpinau lah ko nak bayar tambang mahal ok. So better naik bas. Kitorang jalan kaki lalu ke namdaemun, then tunggu dekat bus stop depan satu building ni nama apa entah aku tak ingat sebab aku kan buta hangul alphabet T_T






Waktu ni tengah tunggu bas ke Nami Island. Dan waktu ni jugak buat kali pertama aku merasa salji turun sikit-sikit jatuh ke pipi alololo sweet ngat. Timing dah tepat dan romantic dah cuma awak je takde time tu. Eh? :')


Perjalanan dari Namdaemun ke Nami Island makan masa lebih kurang 1/2 jam ke 1 jam macam tu. Dalam bas memasing acah-acah taknak tidur konon nak feeling tengok keindahan negara orang. At last semua janji dicapati belum sampai duploh minit bas berjalan memasing dah buat airliur basi. Termasuk lah yang menulis ni kahkahkah!




Ni nama dia gang S. (Syarifuddin, Syuhada azwa, Syahirah & Siti Nashrah) hahaha motif ngat!



Bagi aku, sesiapa yang minat dengan drama Winter Sonata ni memang highly recommend untuk pergi Nami Island ni. Since location agak jauh dari attraction di Seoul, mungkin a few tourist akan cut nami island dalam itinerary diorang untuk jimatkan masa. Tapi depends pada masing-masing lah. And, scenery sini not bad. Hiks 



Feeling tu tak pernah tak penting. Kahkah











Fyi, dalam Nami Island pun ada halal restaurant. So takde masalah untuk makan kat sana. Menu kitorang pada hari itu ialah Nasi goncang. Hahh po bondo ehhhh tuu? Nasi putih tu campur ikan tuna (kot) campur telur, campur kuah pedas sikit. Lepas tu pakai glove warna merah menyala tu and start goncang. Nanti semua lauk tadi tu bercampur and makan panas-panas. Memang heaven. Serius weh, duduk korea ni memang 24 jam kebulur. Lagi-lagi musim sejuk.










kegigihan kak siti menggoncang yang tiada tolok banding. 












Ni apahal ni?




Musim sejuk salah satu aktiviti wajib bila berada di luar adalah mengopi. Ahh feeling fresh!




Can you feel it?





















seketul ketul sister bahagia tak sedar diri dah skip kelas 4 hari. Nasib baik first week kahkah


Kaki yang tak pernah berhenti berjalan; mengembara bumi tuhan. Semoga kita semua diberi ruang dan kesempatan untuk melihat ciptaan dan kebesaran, di samping menginsafi diri yang terlalu banyak kekurangan


*pen's off*