Friday, 4 November 2016

(Review) Hermo beauty

Assalamualaikum


Aku adalah seorang perempuan yang tak berapa nak obses dengan produk kecantikan (suatu masa dahulu). Bagi aku, ada facial foam dan johnson's baby powder dah really made my day gitu. Namun, segalanya berubah 360 darjah ketika pertama kali aku menjejakkan kaki ke Korea. As you know, korean kan memang obses gila babeng dengan kecantikan. Kalau ko tengok merata jenama kat Malaysia ni semuanya dari Korea. At first aku cam terfikir.."nak convert bape eh korea won ni? Aku bukan nak shopping skincare sangat pun hurmm..". Walaubagaimanapun, aku telah termakan dek kata-kata sendiri gais. Sampai sekarang kalau surfing internet mesti ada satu tab untuk beauty blog atas tujuan saje nak usha skincare baru. Mengapa ku jadi begini mengapa?? :'))


Tapi..entri kali ni bukan aku nak cerita pasal korea. Cukuplah entri-entri yang lepas sampai tiga,empat entri aku up ditambah pula dengan cerita throwback hanya cerita pasal korea semata. Kang engkorang boring lak kata pompuan ni apa masalah dia tak reti nak move on? Kahkah. Kali ni aku nak sembang pasal hermo. Ha po bondo eh tu? Meh sini acik nak ceghito. 


Inilah page hermo yang aku gembar gemburkan tu. Actually aku dah tahu lama pasal hermo ni cuma tak pernah ambik port pun. Sampai lah suatu hari hermo pop out ads kat ig aku pasal october sale. Terus usha punya usha, memang ada items yang tengah sale murah gila. Plus, barang barang yang hermo jual semuanya memang authentic dari korea 100% so korang jangan risau. Terasa macam ada kat myeongdong versi maya pulak tiap kali aku menjengah website hermo ni :'))


Bukan takat menyembang, menyempat jugak lah aku membeli buat pertama kali haritu ihiks. Delivery period pun takdelah berzaman sangat ko nak menunggu, lebih kurang 3-5 hari. Depends pada location korang lah sebab warehouse hermo ni bertapak di JB. Kalau korang stay area utara atau pantai timur, mungkin lambat sikit lah kot. Kalau yang stay area selatan 1-3 working days korang dah boleh received parcel korang. Ok let's see apa benda yang aku membazir haritu *emoji tabur duit*





Taraaaaa! 

So itulah first parcel aku dengan hermo. Every item diorang akan balut properly and masuk dalam kotak hermo. Kalau ada defected item pun engkorang boleh minta tukarkan yang baru. Maka inilah dia beauty product yang aku sempat sebat masa october sale kat website hermo tempoh hari. Sebenarnya ada satu lagi strawberry mask tapi tu adik aku punya and dia dah ambik sesiap. Tak sempat nak amik gambau. Total RM120 something lah tapi after guna gift voucher for first time sign up, aku dapat RM15 off. Paling best, hermo siap bagi birthday card lagi hikhik terharu itew!


Strawberry mask dari skinfood. Aku beli dengan harga RM25.65. Kalau tak sale, harga dia RM46.90



yang ni pulak mineral powder dari Innisfree aku beli twin pack for only RM 38. Kalau tak harga asal RM 24 setiap satu. Pakai pun rasa best sebab texture dia ringan and sangat sesuai for those yang ada combination skin macam aku. 



Ok hat ni paling syok aku rasa. Aku beli pun sebab tertarik dengan packaging dia muahahaha ladies sangat aku kan? Peel gel ni sumpah best gilak bila pakai then cuci muka guna air suam pastu rasa lembut sangat pipi. Mask ni boleh remove segala dead skin cell yang menyebabkan pores korang tersumbat. Best sangat bila apply kat muka sebab rasa berangin sejukk je hehehe. Bukan setakat muka, korang boleh apply untuk seluruh badan jugak. Masa sale harga dia RM 28 and ikut harga asal RM 44.90. See banyak gila different kan?


Hand cream dari The Face Shop dengan bau bauan rose. Aku beli dengan harga RM 12.50 kalau harga asal RM 16.90. Apply kat tangan rasa lembut je and wangi. Aku ni salah sorang peminat tegar product The Face Shop dan tidak pernah mempedulikan produk korea yang lelain, tapi bila dah jumpa hermo tetiba rasa beralih arah pulak. Hiks




and lassst, hermo promote untuk try micellar water make up removal dari bioderma. Brands bioderma ni agak pricey and sesuai jugak lah dengan kualiti dia kan. Aku beli 3 botol kecik dengan harga RM10 untuk semua warna (pink, biru, & hijau)




(gambar sekadar hiasan)




So far memang aku puas hati lah dengan hermo ni. Aku suka k-beauty ni sebab aku macam yakin jugak lah dengan bahan-bahan yang diorang gunakan dalam skincare ni. Lepas tu aku rasa insecure gila tengok kulit korean apesal semua cantik2 huwaaa banyak sangat tengok drama korea pastu perati kan kulit diorang, tu pasal aku jadi insecure camni kahkahkah. And aku buat review ni pun sebab ikhlas dari diri sendiri, tidak berbayar okay. Hikhik. So korang yang jenis cerewet menjaga kecantikan muka, dan suka pulak k-beauty& skincare ni tunggu apa lagi? Pi serbu website hermo lekaih! 



Thanks for reading. Bye!


Tuesday, 27 September 2016

Trip Hatyai 2016 - Last part

Assalamualaikum


untuk last day kitorang tak kemana sangat since first & 2nd day habis semua attraction kitorang terjah. Plus hatyai ni bukan besar nau pun and attraction pun boleh kira jari je. Bangun pagi then morning walk lebih kurang sejam pastu balik hotel semula kejut bebudak ni ajak pergi train station beli tiket balik then breakfast. Part yang paling aku sendu tiap kali travel adalah part hari last a.k.a hari kena balik ke dunia realiti. Know what, traveling ni macam mimpi ko tahu. Bila balik aku akan scroll gallery phone sebelum tido tengok balik tempat yang aku dah pernah jejak, travel partner yang super duper awesome, tasty food yang aku pernah try. Pastu bila tersedar balik aku ada dalam dunia realiti di mana assignment dan kelas jam 8 pagi yang sentiasa menjadi teman hidup aku. Sobs


after morning walk acah nak minum coffee, pastu singgah lah starbucks. Tu jelah kedai halal yang buka awal pagi buta ni lol


Fyi, train dari Hatyai ke Padang Besar hanya dua kali sehari. First train lebih kurang jam 7.40 a.m dan 2nd train pukul 12-1 macam tu. Engkorang boleh refer kat ktm schedule dia ada attach sekali untuk thai train. Kitorang ambik train tengah hari tu then sampai malaysia lebih kurang pukul 3 petang. 




lapan tahun dan masih menghitung :)










whole bakpacker crew :)


Sampai je Padang Besar, dien punya pakcik ambik kitorang kat situ bawa balik rumah dia nak datang berayewww hewhew. Merasa jugak aku berjalan kampung yang kiri kanannya terbentang sawah padi meluas. This izzz so amazing u know. Sedih ok tampin manade sawah padi. Bangi lagi lah takde. Yang ada kolam loji je dah lah busuk hurmm. Dah lah keliling sawah padi, pastu makcik tu masak sedap lauk pauk kampung, mee goreng, teh o panas omgee omgeeee. Pastu pakcik dgn makcik keluar g pekan, kitorang pun pinjam motor wempitzz kawasan kampung pastu amik gambar kat sawah padi. omg priceless :')


my favourite partner in crime 



Lepas maghrib, terus pakcik hantar kitorang ke ktm arau sebab lebih dekat dari rumah dia. Kitorang boarding the train lebih kurang 8.16 p.m and our journey back home began. Masa balik ni semua bawa haluan masing-masing. We're not reach the same destinations. Dien turun kuala kangsar, luqman & syahmean turun KL sentral, anuar turun rembau station and lasssttt skali aku turun tampin station lebih kurang pukul 3 pagi. Nasib baik train station tampin tak gelap macam padang besar haritu kot tak seram gak iolz. lulz




Btw thanks a lot gais for this trip. Thank you for your treat since aku je perempuan dalam group ni kan so haruslah dilayan bak puteri kahkahkah. Thank you kejut aku pepagi ketuk pintu bilik aku cam nak roboh, tunggu aku even terlambat sikit biasalah perempuan kekeke. Thank you for protected me since mak aku pun risau gegila bila aku jejak thailand ni tapi aku yakinkan mak aku sebab aku travel dengan korang so there's nothing to worried. Thank you for every good moment that we spent together, and lastlyy thank you sebab bagi kerjasama yang tiada tolok banding  dalam menjayakan bp train kita terutama yang buat itinerary, tolong book hotel, tolong survey mana attraction yang best dan wajib jejak. Just thanks a lot gais. Really appreciate it :') Well, I'm looking forward to see u guys again for our next trip soon :) 

And last, thanks gais kepada sesiapa yang membaca. Ketahuilah bahawa aku rindu nak travel lagi. Sobs :'(

Sunday, 11 September 2016

Trip Hatyai - Part II

Assalamualaikum


Ok sementara aku ada mood ni boleh lah aku typing sambung part II pulak. Terima kasih kepada sesiapa yang masih beristiqamah dalam membaca setiap entri aku. Padahal aku pun taktau sape je yang follow up blog ni. Dah lah blogger pun kejap tenggelam timbul hahahaha ok ok sambung cerita.

So, untuk second day di Hatyai kitorang chartered tuk tuk brother semalam. Tengok service dia macam ok, pastu cakap melayu pun fluent takdelah menyakitkan hati sangat macam conversation ayam dengan itik. Untuk 2nd day, kitorang plan nak rayau jauh sikit. Kalau ikut itinerary, nak rayau sampai Songkhla siap naik ferry acah nak tengok sunset bagai. Hikhik


Morning view 

Destinasi pertama yang kitorang terjah pada hari kedua adalah kedai makan. Apa nama kedai tu pun aku tak ingat dah maklumlah aku kan short-term memory sobs. Tapi makanan dia sumpah super duper sedap iols makan bertambah ok. Owner kedai tu mix kelantan-siam so no wonder makanan dia semua sedap. Lepastu kedai  dan cara dia serve makanan pun bersih. Kitorang order nasi kerabu, roti telur double, roti kosong dan nasi berlauk (tu syahmean yang order). Agaklah, sarapan pagi pun dah macam lunch mana tak gemok kahkahkah


Aku pun tak pastilah masa tu lapar tahap apa. Tak sempat langsung nak snap gambar makanan. Yang ada gambar sos je. Itupun takde motif nak snap lahai sedih betul 


Dah selesai makan, kitorang pun teruskan perjalanan mengikut itinerari yang dirancang. Iaituuu Hatyai Cable Car dan temple ape ke benda entah namanya. Plan asal nak naik cable car. Tapi bila sampai sana tengok dia punya track pendek naudzubillah lagi panjang cable car langkawi so kitorang cancel terus. Sekali masuk bayar lebih kurang 300 baht dengan ride duration yang sangatlah singkat so opkos tak berbaloi ok. At last kitorang bergambar dengan temple je. Hahahahaha






Jalan nak menuju ke Hatyai Cable car ni memang membukit dari awal lagi. So agak mencabar duduk dalam tuk tuk rasa macam naik kerusi urut bergegau sana sini sampai pening kepala gue. Hatyai Cable car ni kira salah satu attraction yang korang kena pergi bila sampai hatyai. Naik atas ni free je, takde kena bayar any entrance fees, cuma nak naik cable car tu je yang bayar.



my backpack crew :)









 All of us :)





Punya panas cuaca kat Hatyai lepas tu sister punya bijak pakai baju hitam pula. Acah hipster lah tu adomak nasib baik tak pitam :'D

Lebih kurang pukul 12 ke pukul 1 tengah hari, kitorang pun gerak ke destinasi seterusnya. Next, kitorang ke Samilla Beach pula. Actually plan nak pergi beach petang sikit tapi sebab itinerary kitorang pun dah banyak lari, so main terjah je tak follow the flow sangat. Dari Hatyai Cable Car ke Samilla Beach ambil masa lebih kurang 40 minit. Can you guys imagine naik tuktuk dengan cuaca panas nokharromm selama 40 minit memang kematu punggung woi. Hahaha. Tapi, apa yang lebih hebat aku boleh lelap atas tuk tuk walaupun dia punya bergegar toksah ceghita. Bak kata nuar, "survival benar engko syerr" hahahahaha



Sepanjang jalan di Samilla Beach


Masa sampai je Samilla Beach ni omg best gila rasa sejukkk sangat sebab banyak pokok lepas tu laut pulak membiru alahai sumpah best. Tapi kitorang melepak tepi laut dengan makan kudap kudapan sambil enjoy view dan bayu laut gitchew.



Checked! 


kasi chance sis selfie satu kali pls!










Lepak sini syiokkk je. Angin sepoi-sepoi language, pasir halus mulus gitchuw haa. Padahal tak sedar diri tu assignment melambak tunggu engko sistur bila balik nanti. Masaklahhh -____-


Dah habis melepak + makan kudap kudapan tepi laut, kami pun meneruskan perjalanan ke Songkhla atau lebih tepat lagi ke Koyo Island. Pe mende yang ada kat situ? Actually korang boleh memasuki pulau ni dengan menaiki feri. Lebih kurang macam kat penang tu. Boleh angkut kenderaan korang naik atas feri tu sekali. Masuk pulau tu sebab nak cari lunch lepas tu jenjalan area pulau tu. Masa keluar, brother tu cross over bridge je takde naik feri dah. So dah selesai lunch bagai, bila hari hampir ke petang kitorang pun pulang ke hotel. Penat mak ngahhh oii










Bros in action


waiting lane






Duration ride feri ni takdelah lama mana pon. Lebih kurang 10 minit je. Tak lama macam kat penang. Tapi ok lah kalau korang nak feel the different gitchew. Aku pun tak berapa paham pulau dia besar mana, kat mana bridge yang sambung ke tanah besar. Biasalah nak travel tapi tak habis study ha camni la deh. Kah!



Lepas asar, kitorang takde ke mana. Just free and easy je. Tetiba nuar, syahmean and loqman ajak repeat shopping kat Asean Night Market. Dan masa tu pulak perut tetiba meragam. Ah siot je masa ni ko jangan buat perangai lah weh sangat tak best kena keracunan masa travel huwaa! Then loqman bagi ranitidine (kot) pastu baru ok. Phew. Trauma hakak tau.





Last night di Hatyai, yang lelain semua rehat awal. Pesen aku pulak kalau travel tak suka balik hotel awal. Akan gua manfaatkan masa yang ada sebaiknya. So malam tu berjalanlah gua ambil angin malam. Saje nak tengok view Hatyai waktu malam. Sunyi sepi~~~~















Next, aku akan sambung the last part for this trip. Thanks for reading this entry and stay tuned!



Friday, 2 September 2016

Trip Hatyai 2016 Backpacker - Part I

Assalamualaikum


Trip kali ini agak berbeza dengan trip aku sebelum ni. Apa yang bezanya? Hello kali ini sis berjaya travel dengan hanya menggunakan backpack sahaja okay. Tak bawa travel luggage pun tau. Adakah itu merupakan new achievement unlock lelagi perempuan seperti aku? Hiks. Yelah engkorang kan suka bahan pompuan. Bila travel bukan bawa lugagge, tapi almari. Kan? kahkah. Tapi best gak ah travel gaya backpack ni. Senang sandang belakang je. Takyah sesusah nak tarik trolley lugagge kesana kemari. So boleh dah boleh plan next trip kot? Lol 


Back to stories, actually aku, anuar dan ezaiddien dah plan lama untuk short vacation ni. Kawan dah bertahun tapi tak pernah travel sama padahal memasing kaki jalan naudzubillah hahaha. So far kitorang plan tiga orang lepas tu baru cari gang sape yang nak join. First plan nak fly tapi ticket flight harganya semua mahal mampuih since kitorang survey pun dah last minit. We guys travel gaya bajet k bukan jet jet ongkaye. Save selagi boleh gitchew.



Gigih tau abam touch up itinerary. Lulz
Actually plan nak pergi hatyai ni pun last minute. Aku saje suggest kat diorang masa iftar haritu and diorang semua ok je. Actually aku memang dah lama teringin nak travel guna ets tu since first time aku nampak tren ets ni macam gempak gila kat KTM Seremban dulu. Tapi impian aku terkubur sebab mak aku memang awal lagi membantah aku nak buat trip hatyai ni sesorang mahupun berdua dengan kawan perempuan je sebab as u know thailand ni kan manjang meletop je. Bom sana sini. At last, 4 orang bodyguard follow iols so mak jangan risau okay? Hiks.





Macam biasa lah trip kali ni kitorang main aci redah je. Takde agent, takde tour guide. Semuanya sendiri. Kata backpacker kan? hahaha. Kitorang bertolak naik ETS dari KL Sentral pada jam 6:48 pm dan tiba di Padang Besar pukul 11:45pm. Sampai padang besar, maka bergelimpangan lah kitorang kat stesen ktm tu. Berbantalkan backpack, berbaringkan lantai dan berselimutkan shawl pashmina maka aku berjaya tidur sampai esok pagi. Itupun takde la lena mana. Nak selesa, bukan gayo backpack namo eh.




Tren ETS ni ada 4 coach tak silap aku. Engkorang boleh google untuk info. So aku dapat seat yang ada table kat depan tu ha. Berdepan dengan tandas dan surau. Sangat praktikal dan memudahkan. Hiks



Pagi tu semorang bangun awal. Ha berani lah time travel ko bangun lambat? memang berbakul kena maki nanti. Tetambah travel dengan mulut2 haters ni lagi lah cam harrommm hahahahahahaha. So pagi tu kitorang pergi ke immigration thailand untuk cop passport, beli tiket dan clear kat immigration malaysia. Dah setel, sesi bergambar adalah wajib.



syahmean takdok dalam gambar. Masa ni dia kat atas tengah jaga backpack kitorang lolololll

Stesen KTM Padang Besar ni sekali dengan tren ke Hatyai, so engkorang takyah sesusah nak cari station lain untuk ambik tren masuk ke thailand. Just tukar platform je. Tapi ada beberapa prosedur korang kena follow. At first isi form utk arrival card tu lepas tu clear kat immigration then our journey begin!



my favourite buku merah, of course :*



Pagi tu kitorang ambik tren paling awal. Pukul 08:55 a.m waktu thailand 09:55 a.m waktu malaysia. Dalam tren memasing acah nak tengok view tapi baru berapa minit tren gerak semua dah membungkang. *macam aku je hahahahahaha!


Dah touch down hatyai, semua lapar dan beramai ramai lah kitorang ke KFC. Satu kepantangan aku bila travel, aku tak suka makan fast food yang branch dia ada di serata dunia. Heklehh takkan nak makan kfc malaysia melambak kot! Namun, sis masih rasional. Disebabkan aku pun memang lapau gila masa tu so takyah cakap banyak. Beli satu set ayam dengan nugget ha ko makan dendiam. Nak kumpul energy untuk berjalan jap lagi, katanya. 






Belakang tu adalah Hadyai Railway Station. Muka beria menahan panaih haha


Kitorang stay kat Red Planet Hotel, Hatyai. Tak jauh dari railway station cuma 6 minit je berjalan kaki. Lepas melantak kat kfc tadi terus berjalan cari hotel nak check in. Then lelepak jap mandi, kemas diri, solat jamak zuhor& asar lepas tu sambung berjalan lagi. 

This is my room. Of coz dua katil tu aku conquer sorang. Kesian jugak bebudak bilik sebelah share bilik sampai empat orang. Tapi mampu kesian jelah. Takkan nak share dengan aku pulak. Silap silap kena penendang free. Kahkah!



Dah selesai mandi dan solat semua, kitorang terus pergi cari tuk tuk nak chartered satu hari. Actually attraction kat sana agak jauh dari hotel so bas awam takde, uber takde. Last option kitorang guna tuk tuk je. Tapi best ah sebab tuktuk tu kecik je boleh jalan selit menyelit kawasan kampung. So nice okay. Hiks. Untuk first day tu driver tu charge kitorang 1,000 Baht untuk pergi semua attraction. So after divide by five sorang bayar lebih kurang 20 ringgit duit malaysia. Bagi aku ok lah juga. Tak mahal sangat pun.


Ini lah tuk tuk di Hatyai. Kecik je dan kapasiti penumpang pun paling maksimum 8 orang aku rasa. Depends pada saiz masing-masing. Kehkeh







Lokasi attraction pertama untuk hari yang pertama, kitorang menuju ke Chang Puak Camp Hatyai. Kat situ korang boleh try macam-macam aktiviti. Antaranya elephant ride, ATV, Memanah, pertunjukan gajah dan banyak lagi lah. Dorang jugak ada buat pakej untuk semua aktiviti tu. Tapi kitorang nak merasa naik gajah je. Duration lebih kurang45 minit sekali ride. Dia akan masuk dalam air ((tapi engkorang tak basah pun, unless gajah tu menyembur guna belalai dia direct kat korang kahkah)), lalu kawasan hutan dengan kelajuan tipikal sebagai seekor gajah. Masa kitorang naik tu cuaca pulak panas naudzubillah rasa aku nak tambah je speed gajah tu kasi sampai cepat sikit. Hahahahaha



engko tengok lah muka nervous aku. Penakut dengan apa jua benda sejak azali. Tengok abam syahmean rilek je. Siap thumbs up kalau nak compare dengan aku nak buat peace pun layu je. Lol








Dua ketul abam hipstur naik gajah. Siap gajah tu berak hijau nampak nau engkorang berat hahahaha


Dah selesai satu round, kitorang dihidang dengan buah-buahan dan air mineral. Lepas tu mencuci mata tengok souvenir semua mahal aku memang tak beli sebab ni kan backpack gaya bajet lulz. So kitorang teruskan lagi ke destinasi seterusnya iaitu Hatyai Floating Market atau terms dalam thai dia 
adalah Klong Hae Floating Market, Hatyai.


kat sana, memang bersepah jual seafood goreng. Don't worry gais, sini bukan Bangkok yang jual natang serangga exotic. Majoriti penduduk Hatyai kebanyakkannya muslim. So senang nak dapat makanan halal. Tapi bila aku pandang udang ni aku pulak sakit hati. At least buang lah kepala udang tu masyaallah azab benor masa akan asik tercucuk kat lelangit. Haih



Taraaa! Inilah floating market hatyai. Aku ada dengar cerita yang floating market hatyai ni lagi best dari floating market di Bangkok. Aku pun tak pasti lah tentang kesahihannya sebab aku pun belum pernah sampai bangkok lagi. Kebetulan masa sampai sini timing memang tepat gila perut lapar nokharom kot. Apa lagi, mengikut nafsu makan kelangit dan melangit, semangkuk mee kolok memang tak cukup. Lol


view from the bridge


Ini salah satu contoh peniaga yang menjual mee kolok versi thai. So aku pilih bihun, loqman pilih maggie thai. Masa memula makan pun dah menangih, podeh mampuih. Tercabar kredibiliti lidah nogori den.




Mee kolok, kerabu ayam crispy, thai red tea hipstur dalam buluh. Untuk mee dengan kerabu ayam tu berharga 40 bhat (RM 4) dan thai red tea pula berharga 25 bhat (RM 2.50).



close up kerabu ayam crispy


Actually aku macam risau jugak lah nak makan pakai belasah je kat sana. Yela, first in terms of hygiene tu perkara utama yang aku risau. Kot terkena food poisoning memang taubat lahom aku nak datang lagi. Tapi Alhamdulillah everything went well. Aku pun ok2 saje takde muntah ke cirit birit ke. Tapi dari mula trip ni pun aku tak risau sangat. Yelah, tiga orang medical assistance dan sorang future doctor ada kan so nak risau apa? Segala jenis tok nenek ubat dorang dah siap prepare dari malaysia.





Bila engkorang travel ke negara yang panas melampau, jangan dilupakan air mineral ye kawan-kawan. Di sana aku check temperature memang panas gila. Sebab tu air mineral aku akan pegang dan bawa merata-rata. Nak minum air manis pun mesti berpada-pada. Travel tu travel gak, kesihatan jangan dilupa! Eceh (nasihat dari mereka yang bernaung di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia)




Di floating market ni boleh tahan ramai tourist kat sini. Masa nak bergambor dengan signboard ni pun siap beratur tau over ngat. Tapi tulah, tak malaysian lah kalau terlampau mengikut peraturan. So dengan muka selamba dan tanpa rasa serba salah potong queue utk bergambor. Lulzz



Engkorang boleh pilih nak isi air tu dalam buluh atau pasu. Kalau pasu tu mahal sikit dari buluh tak silap aku. Tak kesah lah murah ke mahal, janji hipster. Hahahahaha






Bagi aku, kalau korang nak makan kat sini pun kena hati-hati jugak. Macam aku haritu masa dia serve mee kolok aku ternampak lalat hurung isi ayam tu, so aku request utk taknak letak skali dalam mee tu. Sebagai langkah berhati-hati untuk mencegah keracunan makanan gais. huhuhu


Selepas selesai sesi makan-makan sampai hongeh di floating market, kitorang terus menuju ke Asean Night Market. Haaa po bondo eh ni. Alright kalau korang rasa nak shopping casing, t-shirt, souvenir, accessories dan macam-macam lagi, maka sila lah ke Asean Night Market ni. Tapi, market ni buka pada hari tertentu sahaja iaitu setiap hari rabu sehingga ahad, dari jam 5 petang hingga 10 malam. Kebetulan kitorang pergi time weekends kan so dapatlah repeat shopping kat situ dua kali. Hiks


Ini adalah entrance Asean Night Market. Tinggal aku dengan ezaiddien je. Yang lain shopping entah mana hilang lesap. Shopping ngalahkan orang pompuan. Terkezut beta tau.



Kiri kanan kedai memang pening kepala weh. Tbh aku pun taktau nak beli amende, plus memang aku takde niat nak shopping beria. Window shopping saje sudeyyy. Kang beli sebeban guane nak angkut boh? Dah lah bawa backpack je itupun cam nak meletop. Kahkah! So sementara tunggu yang lelain shopping, kite perabis kan lah bateri phone dan GoPro si ezaiddien ni. 


Dekat dua jam, baru nampak bayang memasing habis menyopping. Aku pun taktau entah berapa juta duit dorang convert masa kat KL Sentral haritu. Kemahen banyak lagi membeli. Ok dah selesai shopping maka kami pun meneruskan misi ke Lee Garden Plaza. Ok kalau korang nak fefeeling uptown, tengok busker atau street performence, boleh lah datang melepak kat situ. Kalau nak original thai foot massage pun ada jugak. Ko redah je konfom melambak jumpa kekedai urut ni.

Kat belakang tu Lee Garden Plaza. Bangunan warna biru dalam tu ada hotel pastu ada apa lagi entah tak sempat pulak aku redah dulu. Kat belakang tu korang boleh nampak orang jual makanan tepi jalan, foot massage service pastu deretan kedai souvenir. Bagi aku kalau nak cari souvenir lebih murah kat sini compare dengan Asean Night Market tadi. Tapi depends lah, kalau rezeki korang dapat lagi murah kira alright lah tu. Yang penting kena pandai cari :)





Dekat Lee Garden Plaza juga ada Mc Donalds dan Starbucks. Location pun tak jauh dari hotel yang kitorang menginap. So memang pape hal sikit lepak starbucks je. Macam lah kat Mesia takde hahaha. Nak lepak makan2 kat Mc Donalds tak halal pulak. huhu






Sambil melepak sambil discuss untuk itinerary hari esok. Muka memang letih nokharom yelah tak cukup rehat kan sejak dari KL semalam. Tapi takpe, dah nama pun travel kan. Hiks




After lepak-ing diorang semua meneruskan misi mengurut kaki, manicure pedicure. Tapi aku tak join sebab aku kan over-sensitif. Penggeli nakmampos. Sebelum aku tendang tukang urut tersebut secara tidak sengaja, maka molek lah kalau aku terus balik ke hotel je. Toksah ngengada nak ngurut kaki bagai hahahaha. So, day 1 officially end. Will continue for part II. 


Thanks for reading!