Saturday, 20 June 2015

New semester, new year

Assalamualaikum


Agak berzaman aku tak kemari. Gaya penulisan di laptop pun agak lembab daripada biasa. Biasalah, dah mula sibuk. Err, sebenarnya takdelah sibuk mana. Tapi kekangan untuk mendapatkan strong wifi connection merupakan punca utama aku dah lama tak menaip hihihhi perlu ke explain *panggg muka sendiri. Tapi serius ah. Kat hostel aku bengang jugak kekadang. Line internet mobile jap ada jap takde. Kalau nak internet strong, kena menapak pergi library semata-mata hehhh gigih pulak aku kan? Haihh. Boleh putus urat kepala sebab stress level infinity.


Tapi bukan lah topik internet mobil yang aku nak bincangkan disini. Saje je nak update story sempena semester baru ni. Pejam celik pejam celik dah masuk semester tiga, bersamaan dengan tahun dua. Peghh. Masa berlalu bak halilintar kayangan betul. Rasanya baru tahun lepas aku mengongkeh (maksud; hempas pulas) angkat barang dari tingkat bawah ke tingkat 6, dan sekarang aku dah pun masuk ke tahun dua dengan tingkat yang lain, parcel yang lain dan rumah yang lain. Pheww.




Trend bebudak kelas aku, bila reserve rumah semua nak tingkat rendah-rendah. Tingkat 6 pun paling tinggi dah bagi sesetengah daripada diorang. Tapi entah kenapa pesen aku ni lain sikit. Aku suka duduk tinggi-tinggi. Tingkat 9 daripada 11 tingkat. Bagi aku duduk atas ni nyaman sikit. Tkdela stress dengar pakcik maintainence mesin rumput pepagi, bunyi kereta motor yang sangat menyebalkan halwa telinga bhahaha. Kesimpulannya, nyaman. Hiks



*Abaikan muka aku macam tak siap tu. Tak sempat nak papp papp powder sebab dah lewat nak ke kelas muahahaha

Aku rasa nak bagi noble awards dekat diri sendiri sebab baru masuk minggu kedua kuliah aku dah mula masuk ke library dan menjadikan ia sebagai tempat aku bertandang sementara nak tunggu kelas gap instead of balik asrama dan krohh krohh kahkahkah! Semoga ianya kekal sehingga tahun terakhir aku menuntut ilmu disini. Aamiin ;)




One of my favourite subject, Undang-undang Islam dan Enakmen Syariah 


Semester ni agak tough bagi aku. Antara yang paling tough kalau nak compare dengan semester-semester yang lepas. At first masa aku tengok rangka kursus empat tahun tu pun dah rasa nak melalak. Subjek sem ni majoriti guna bahasa arab. Lebih kurang lima subjek. Aku ni bab penguasaan bahasa arab dah lah lemah. Hmm berkali kali nak sedapkan hati, semuanya ada hikmah. Biar diri sendiri tu rajin sikit nak belajar bahasa syurga. Hukhukhukkkk. *tutup muka dengan penyodok



Kalau nak sembang bab stress, takyah citer ah. Awal-awal lagi aku dah mula stress. First aku agak stress dengan ahli kumpulan yang macam taktau nak buat pape. Blur tak habis-habis. Semua nak harapkan orang lain. Kemon lah, engkorang bebudak degree. Bukan budak tadika semuanya nak kena bersuruh. Kalau aku tak tolong, dikatanya berlagak. Bila aku tolong, macam ambik kesempatan pulak. Haih memang life dekat IPT macam ni kot. Bertabahlah selagi mampu. Cakap lebih pun macam takde function. Sabar lah jemahh oii.


Hambikk, pimples bermaharajalela di muka aku. Stress punya pasal kot. Ishhh tak fun langsung tsk tsk tskkkk :'(


No comments:

Post a Comment