Tuesday, 12 May 2015

Saadah's big day and Malacca Short trip

Assalamualaikum


Seperti biasa, hari isnin hingga jumaat kehidupan aku tak perlu dipersoalkan lagi. Selain daripada mengemas, memasak, menyidai baju, mencuci ha apa lagi engko nak sebut kan aje semua aku dah penah buat. Maka, hari sabtu dan ahad adalah hari untuk aku bersuka ria keluar berjimba bersama teman-teman kesana kemari sehingga kaki tiada daya untuk menapak lagi wakakaka. Itu prinsip hidup aku ok? Selagi kaki aku terdaya untuk melangkah, selagi itu aku takkan berhenti. Aww mainstream zangat quote kak syahigha :')  


Back to story, last week fisyah whatsApp aku ajak teman ke wedding saadah (her primary ex-schoolmate). Aku kenal saadah ni acam gitew je, taklah rapat sangat. Kenal sebab sekolah agama sama dekat SK Tunku Besar dulu tapi tak sama kelas kot hahaha lupa dah. Memandangkan aku pon takde apa aktiviti sangat nak buat kat rumah, terus mencapai kata sepakat untuk teman dia. 


Nephew fisyah. bawak ipan skali pergi wedding saadah. Kemahen suka tengok orang nak bawak jalan ;D


Ipan sangat omey dan manja hihihihi. Fisyah kata dia suka tengok orang pakai tudung sebab dia tahu bila pakai tudung itu tanda orang tu nak pergi berjalan. Patutlah masa aku sampai kemahen lagi depa tangan nak ikut aku. Alolo melting aunty taw bila ipan buat cemtu hihihihi *gelak anjeee



from left, fina, me, fisyah, minul and ijat


Ramai jugak classmates and certain acquitances yang aku jumpa masa wedding tu. Paling aku rindu classmates masa form one sampai form three dulu wahaha exited nokhoromm jumpa balik! yelah, since aku pindah dari SMKDUAM mana lagi aku jejak sekolah tu sampai lah diorang habis form 5. Bila jumpa sapa tak excited ye dak? Empat orang dekat atas ni semuanya classmates aku. Tapi sempat jumpa diorang je sebab yang lelain sibuk nak makan cendol lah, keropok lekor lah kemahen engkorang kan mementang makan free wakakakaka! And majoriti classmates aku semuanya dah bertunang dan ada yang dah kahwin. Gua dan beberapa orang je yang masih menyingle. Hiks



Mula-mula aku dah merencana untuk teman fisyah je, tetiba adrenaline rush fastest than ever ha terus otak merembeskan aktiviti apa yang patut dibuat selepas attend wedding ye. Minah ni balik kampong memang lah selalu tapi aku bukan selalu dapat keluar sesama dengan dia. Bila dia balik KL, aku pulak dekat bangi lagi lah susah ya amat nak jumpa. Dekat kampus aku busy memanjang. Kesimpulannya, untuk berjimba setiap masa tiada dalam istilah diri aku.


Lepas balik dari wedding saadah, aku terus balik rumah solat, dap dap powder, bersiap-siap then chow terus ke Melaka. Pergi ke melaka tiga orang, aku, fisyah dengan little sister aku, tira. Aim nak pergi sana kali ni takmau hang out ke mall je, tapi nak pergi tempat-tempat bersejarah lah kununnya. Biasalah, aku ni nama aje duduk sempadan melaka. Pergi melaka entah berapa juta kali tapi sekali pun aku tak pernah jejak ke heritage area di Banda Hilir ni. Kalau pergi melaka asik asik Mahkota Parade, kedai buku popular, makan kat nando's lepas tu pulang. Takde istilah nak naik menara taming sari, jalan-jalan sekitar the stadhuys, muzium samudera, naik cruise oh takde k takde. Aku pun taktau kenapa. Hahaha




Cuaca cantik. Jalan pun takde la jammed sangat so memang sedang elok lah pun nak berjalan. Macam biasa, gua driver bertauliah haruslah memandu dengan berhemah. Yang lain bantai tido. K engkorang, K.













Jejalan area melaka ni tak kurang hebat jugak aku rasa. Sangat zezuai untuk pencinta sejarah macam aku. Cuma aku je tak rajin nak explore heritage area Banda Hilir ni. First, kawasan ni memang tumpuan pelancong maka jalan akan sentiasa jammed terutama hari cuti. Second, walau bertahun aku kerap datang sini tapi sebenarnya aku masih noob dengan road disini. Huuuhuuuuuu


kemahen lagi photographer tak bertauliah ni hahahah





keretapi tanah melayu zaman tok kadok






effect engko taknak kalah jahhh hahaha




yes bro? Any problem?






Aku memang suke jejalan open air area lepas tu baca sejarah serba sikit hm memang la nampak macam boring tapi at least otak tu terisi la sikit dengan pengetahuan walaupun kita ni sememangnya cetek dengan pengetahuan, ye dak? kekekeke






Kalau nak merasa naik beca sambil pusing-pusing tempat bersejarah, silalah ke area sini. Aku pon lupa apa ke nama nya tempat ni tapi location exactly belakang dataran pahlawan. Engko rerayau belakang tu confirm jumpa insyaAllah tak sesat. Lagipun kawasan dia takdelah besau mana. *cakap gaya melaka



Beca dekat sini bagi aku sangat interesting sebab pemilik beca akan hias beca secantik-cantik habis. Macam macam tema ada tapi time aku pergi haritu melambak kartun frozen. Cuma lagu yang didendangkan atas beca "Selimut tetangga". Lulz zangat! 






Menara ini wujud sejak zaman aku keanak-anakan lagi. Tapi masa umur 21 nak masuk 22 baru dapat naik. Ai izz sad. Tapi ok la dari aku tak try langsung kan hahaha gigih jugak tu mencari tiket nak naik menara ni even my worst fears is height lah kununnyaa kekeke. 


Kebetulan masa nak cari kaunter terjumpa satu talk show ke abenda entah siap kecoh kecoh rupanya ada retis yaw. Ajak dari kumpulan Shiro Maharajalawak tu. Ajak fun gila serupa macam dalam tv jugak. Cuma waktu tu dia sorang je, partner dia sorang lagi tu takde.









Apa lagi mahu kubuktikan betapa bahagianya di atas langit walaupun cuaca waktu tu memang tak boleh bawak berbincang! 


view banda hilir di awanan. Mahkota parade, dataran pahlawan dan Hatten Square. Dari atas ni jugak boleh nampak selat melaka yang terbentang luas. Dorang kata boleh nampak jugak negara seberang dari atas tapi sayup-sayup jela. Masalahnya aku tak nampak pun hm sedehhh.









Dah kenapa muka seperti haiwan peliharaan :')




awak dekat bawah sana tu, jejaga. Saya perati je nii. Ekekeke


Harga tiket untuk naik menara taming sari adalah RM15 untuk dewasa (beserta mykad) dan RM20 kalau takde mykad which is untuk foreigner lah. Untuk kids aku taktau sebab aku pun takde bawa budak kan lol. Ride selama 15 minit sambil tu dorang terangkan lah serba sedikit tentang menara ini dan kawasan bersejarah negeri melaka. 



Dah penat berjalan berpeluh peluh tak hengat dunia, kitorang pun lelari anak masuk ke Dataran Pahlawan Mega Mall. Fuhh sodap eh kena aircond. Nikmat baq ang. 

Fisyah test kasut. Dari singapore haritu kalau bab shopping serah dekat dia. Kehkeh


Darisatu kedai ke satu kedai kitorang keluar masuk. Aku pun takde aim nak beli apa-apa so window shopping aje ler kite. Aku ni jarang nak berjalan area Dataran Pahlawan. Kalau datang area Banda Hilir pun lebih suka ke Mahkota Parade sebab tak pack sangat mcm DP. Aku ni dah ler mudah serabut dengan tempat ramai orang. 


Lepastu sambung jalan lagi ke Hatten Square untuk ke Cafe Benne pulak. Ha engko natang apa cafe benne ni ok actually aku tahu cafe ni wujud dekat korea sebab aku rajin gak usha2 blog traveler tegar Malaysia ni. And cara dia serve waffle dengan ice cream very the comelz. So last week masa on the way balik, aku nampak cafe ni cuma nak singgah tak sempat. Tapi dalam hati dah aim nak try jugak rasa ala-ala food hunting lah konon. "Mungkin sedap, tak dapat rasa yang dekat korea kite try rasa dekat Malaysia dulu", getus hati kecilku. Takpayah nak getus sangat.


Jenggg jenggg jengggggggggg...tempting enough?


Sebenarnya aku takdelah excited sangat pon nak merasa waffle dengan ice cream ni semata-mata. Cuma rasa tertarik dengan cara serving itu aje kekeke. Nama segala natang ni semua aku tak ingat sebab aku kan short-term memory lol. Tapi harga dia aku memang tak boleh lupa walau abad ke seratus sekalipun sebab bagi aku in RM41.90 you just got a bowl of latte ice cream and small-size of waffle. The heck?!



Lepastu saje ngengada masuk popular bookstore and found this book! Imma happy kids evahhh! Aku memang cari buku berkonsepkan latar belakang negeri ni, sebab rasa seronok bila dapat discover :)


Maka, sampai disini sahaja coretan ke melaka. Aku ni takdelah berjalan tegar mana. Cuma bila terasa kaki ni nak melangkah so aku ikutkan aje. Seronok bila dapat learn something new even just Melaka aje pon. Sekangkang kera kata orang. hihi ok thanks for read. Bye!















No comments:

Post a Comment