Hello, readers!
Bahasa. Kedengaran sesuatu yang mudah, tapi bila ditafsirkan tak semudah yang disangka. Kalau nak kata tentang bahasa, memang kedengaran agak tipikal disitu.
" Kemon lah weh, kau orang melayu. Takkan takleh score BM?"
" Kau ni buat malu bangsa je. Bla bla bla"
Tapi bagi aku perkara tu aku boleh terima lagi. Tapi yang paling takleh blah,
" Pe jadahnya kau belajar bahasa asing ni? Kau nak jadi penjajah ke?"
Its like, what's going on with your brain, bro? Pe masalah ko? Belajar bahasa tak semesti kau akan dicop sebagai penjajah ataupun tali barut mahupun anjing penjajah. Malah belajar bahasa memberikan kau satu kelebihan supaya tidak mudah ditipu dan ditindas oleh sesuatu bangsa? Setuju? Tak setuju?
Lantak engko lah.
Aku ni taklah kata terer sangat bab bahasa. And I'm still learning. Even peringkat degree pun tak bermakna I can speak very well. Banyak benda kena belajar. Masa semester satu majoriti subjek aku in arabic. Agak challenging. Naik sem 2, tengok jangka kursus tu pun rasa nak meninggal sebab lagi banyak subjek arab.
But, benda ni baru challenging bro!
Aku ni bukanlah seorang pencinta bahasa. Dirumah, bahasa aku bercampur aduk, loghat nogori dan bahasa melayu baku. Dekat kampus, kebiasaannya aku akan menggunakan bahasa yang senang orang faham, opkos lah Malay. Kang aku 'goreng' loghat nogori sah sah lah tak paham.
Baru baru ni aku buat group discussion dengan team paperwork assignment. Masa aku tengah khusyuk buat explanation, tetiba group leader aku tegur.
" Tak pernah dengar raja cakap loghat nogori. Cerr try sikit nak dengar"
" Errrrr, saya bukan takmau cakap, kak. Cuma rasa lain bila ber-dialek dengan orang bukan nogori. Hihihihi"
Bukan nak kata gua ni racist, ke-nogorian zangat tauu sebab only speaking nogori with nogori-an. Tapi aku rasa macam tak sesuweii nak bercakap dialek yang orang tak paham. Tak rajin gua derr nak repeat dua, tiga kali.
Berbeza dengan mereka yang tinggal di pantai timur, kesah apa diorang kau paham ke dak. Bantai je kecek kelate mung pahe ko dok tu mung punya pasal lah. Tapi part tu aku suka. Sebab boleh belajar bahasa dorang sikit-sikit. Terutama yang kelate ganu tu. Kekeke
Kekadang, aku rasa macam hilang identiti pulak bila berada di kampus. Yela, majoriti budak kelas aku asal kelantan. Utara pun sama. Majoriti dari Kedah. So bila start conversation dalam whatsap group kelas akan bercakap loghat negeri memasing. Kekadang rasa menyampah pun ada. Kemon lah, benda penting pun nak ber-dialek dengan bahasa negeri memasing watdehekk bruhhh
Tapi bila kat kampus pun bukan sorang dua yang tegur aku bila aku tak bercakap bahasa nogori ni. Aku lebih senang ber-bahasa baku sebenarnya. Ikut situasi lah, dalam kelas Writing Skills mana boleh cakap BM, mampuih kena luku kepala dengan madame. Kah!
Walau apa pu, kita serumpun. Tetap sama walaupun adat dan bahasa yang berbeza. Nak cerita pasal bahasa asing ni, memang banyak benefit.
Kekadang bila termenung sesorang mesti aku terfikir,
kan best kalau aku boleh bertutur dalam sepuluh bahasa yang berbeza. Nak travel pun senang. Kehkehkeh!
Kekadang, kita elak untuk memahami sesuatu bahasa dan lebih suka berada dalam " zon selesa" bertutur dalam bahasa sendiri. Contoh paling dekat, ialah diri aku sendiri.
* Semasa di tingkatan 3*
" adomakk serius ahh naik upper form aku dah takmau amek subjek arabic dah. Susah wok! Dah lah bahasa arab tinggi kena buat karangan. Natang apa aku nak nulih nanti nih?"
Akhirnya, semasa mendaftar di tingkatan 4, aku terpaksa mengambil bahasa arab tinggi disebabkan kelayakan aku masa PMR dulu. Ai izzz redha.
*Semasa habis tingkatan 5*
" Okay, last aku ambil bahasa arab masa SPM ni je. Lepas ni cukuplahh. Cukup, cukup sudahh"
Tetiba, aku mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran tingkatan 6 di SMKA Sheikh Haji Mohd Said dalam jurusan agama.
Subjek arabic? Mesti lah ada bro!
Dah habis form 6 baru aku terfikir, kenapa Allah tetapkan aku di jalan ini walaupun dia tau aku tak suka? Well, this is the answer ;
وَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ وَاللهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لاَ تَعْلَمُو
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)
Nah hambikkk kau sekali. Bila baca ayat dalam surah Al-Baqarah ni tetiba buat aku terfikir. Mesti ada sebab kenapa aku perlu belajar lagi bahasa arab ni walaupun sehabis daya aku cuba elak. Dalam pada tu, timbul perasaan insaf tu sekejap sebab seolah-olah selama ni aku macam menyalahkan takdir. Padanlah ilmu tak lekat dalam kepala. Hm cedehh.
Bila sampai peringkat degree, aku dah tak kesah dah sama ada aku dapat buat kos yang ada subjek arabic atau tak, aku redha dan terima je. Dan ternyata, memang dah kehendak Tuhan, dapat buat kos yang aku buat sekarang. Majoriti subjek dalam bahasa arab. Masa final pun jawapan perlu ditulis dalam bahasa arab. Takpe, aku okay. Percayalah, aku okay :')
Tapi takpe, percaya lah weh setiap benda yang jadi ada hikmah. At least bila aku baca quran tu ada jugak makna dan ayat yang aku faham sikit sikit. Semuanya kerana aku mempelajari bahasa arab yang pada asalnya sikit pun aku tak rela.
Dan pernah terbaca satu ayat, bila kita baca ayat al-quran tu dapat pahala. Bila kita memahami isi kandungan al-quran walaupun dengan satu ayat, pun kita dapat pahala. Ya Allah, baru aku sedar. Ni jalan yang Allah bagi untuk aku kumpul pahala. Tapi aku sedaya upaya untuk mengelak. Emang dasar tak sedar diuntung ya kamu, syahirah?
Okay, rasa sampai sini. Aku nak sambung muhasabah diri balik ni. Yang penting, jangan malas untuk mempelajari sesuatu bahasa okay? Tak rugi pun. Kalau kau dapat paham satu perkataan pun jadi lah. Kumpul vocab, lelama banyak lah. Terusttt mee.
Sebelum mengakhiri, ada sesuatu pepatah untuk dikongsi,
" Language is the apparel in which your thoughts parade before the public"- George Crane
Baca ulang kali, faham dan hadamkan. Selamat maju jaya!
Gtg now, Assalamualaikum!
No comments:
Post a Comment