Hi readers
So, today I made an entry dedicated to my friends, Aizan. He asked me how to book a hotel via online lah. Jadi, aku buat ini khusus untuk kau and you should feel special ye zan hehehehe. Okay, actually before this I had book a few hotel somewhere in Malaysia lah kan. Sorry, tak mampu lagi nak pergi jejauh seorang diri muehehe. Time tu aku selalu je nampak iklan agoda ni, tapi aku taktau pe ke jadahnye natang ni.
Before this aku book hotel dengan cara menempah terus dari hotel tersebut. But, did you know? Rates yang hotel tu bagi sebenarnya adalah rate yg normal sedangkan anda boleh mendapatkan rate yang lebih murah di agoda? Taktau kan taktau kan ? Okay ni aku nak bagitahu. Hahaha
Bila korang dah buat tempahan, secara automatik akaun korang akan disign-up dengan sendiri. Dapatkan password id yang diberi melalui e-mel, dan log in. Ini sangat berguna untuk membuat tempahan yg akan datang ye anak anakkkk.. *tabur bunga*
1st step, sila ke page Agoda.com dan masuk kan segala detail yang anda inginkan. Location, check in date, check out date, nights and so on. Then, dia akan search hotel yang engkorang tulis tadi tu.
Kenapa harga hotel yang ditawarkan di Agoda lebih murah?
Sebab,
Agoda telah 'membeli' hotel hotel tersebut dan boleh kata dia ada share lah dalam hotel tu. Sebab tu, rate yang agoda tawarkan lebih murah daripada normal rate hotel tu sendiri.
Aku pernah book hotel menggunakan normal rate MYR88 satu malam dan kali kedua aku book melalui Agoda, aku boleh dapat MYR 64.57 (tak silap lah, lupa dah). So memang banyak beza kan?
2nd step, write down your personal information, first name and last name/surname , email, phone number and country of passport. Even korang takde passport pun, still kena isi juga. Pastikan semua maklumat betul, ejaan nama, nombor telefon supaya tidak timbul sebarang kesulitan di kemudian hari.
one more thing aku nak bagitau, emel yang korang kasi tu haruslah emel yang aktif dan masih boleh log in. Toksah mengada bagi e-mel zaman maisepes (dibaca: myspace) dulu yang sah sah tak aktif lagi. Tapi kalau masih boleh guna, takde hal.
Mengapa ?
Haaaa ni ceq nak habaq mai.
Sebabnya,
segala detail dan booking confirmation, hotel voucher akan dihantar terus ke e-mail. Segala attachment yang korang kena print nanti pun dia akan hantar melalui emel. Kang kalau emel dah tak boleh log in, satu hal pulak lagi meraba nak cari cara dapatkan hotel voucher. So, please take note ya.
orait, we move to the next step.
okay, bila dah settle step yang tadi maka akan keluarlah segala booking detail anda. Time ni korang check balik, kot kot ada tersilap ejaan nama ke apa ke. Dan, dia akan total kan sekali berapa jumlah yang kita kena bayar including hotel taxes and fees. Dah settle semua tu, klik "confirm"
Okay last step nanti dia akan minta korang masukkan butir butir payment. Payment boleh dibuat secara kredit kad atau debit kad. Tapi masa aku book haritu, aku guna debit kad je. Tak kosser mak nak buat kredit kad bagai.
*gambar tak dapat nak upload, segala kesulitan amat dikesali
Untuk debit kad, make sure dekat kad ATM korang ada tertulis "visa" atau "mastercard". Kalau maybank visa, cimb pulak mastercard. Bank lain aku tak sure, so sila refer kad bank anda terlebih dahulu.
Dah sudah tu, masukkan segala butir yang dia nak, nombor kad lepastu security number tiga angka dibelakang kad tu dan sebagainya. Dah selesai, klik button confirm dan tunggu e-mail pengesahan daripada agoda.
Nanti dia akan e-mel kepada korang ID booking number tu, dan korang boleh refer balik disitu kalau ada apa apa masalah.
(gambar satu)
(sambungan)
Ini adalah contoh baucer yang akan di hantar melalui e-mel yang korang masukkan dalam personal information tadi. Voucher ni merupakan attachment berbentuk pdf, dimana korang perlu download dan print sebagai bukti.
Setelah selesai semuanya, jangan lupa call hotel dan buat confirmation. Bila hotel dah confirmkan, maka selesai!
Bagi aku, guna cara ni lebih mudah. Tak perlu kau nak membebel panjang bercakap dalam telefon, perabis masa call hotel sana sini cari bilik kosong. Cuma perlu ke page Agoda, dan pilih hotel mana yang korang suka. Lagi satu kalau book dekat agoda ni, korang boleh dapat point.
Dimana,
point yang korang dapat tu boleh ditebus untuk diskaun semasa membuat tempahan hotel di masa akan datang.
Sebenarnya ada lagi satu apps yang sama macam agoda ni, Booking.com. Tapi aku dah buat perbandingan, bila total aku rasa Agoda lebih murah rate yang mereka tawarkan. Satu hal lagi, harga di booking.com tidak termasuk hotel taxes and service charges. Satu keje pulak lagi nak kena tambah bila sampai hotel nanti.
Banyak kelebihan bila kita jadi member Agoda ni, antaranya segala hotel deal yang murah dia akan e-mail dan inform terus kepada korang semua. Macam aku, memang inbox e-mail aku penuh ke dia je hahahahaha.
Tapi okay lah kan, tak book pun boleh cuci mata. Pembakar zemangat. Haaa camtu deh bak kato oghang nogori
At first, masa taktau kan aku pun pasghahhh je bayor memahal kat hotel. Bila dah tau cara booking melalui Agoda ni, terasa rugi gila kot. Banyak sangat beza. Nak jadi traveller haruslah pandai berjimat. Muehehehehe
Okay, itu saja dari hakak.
Selamat mencuba dan selamat bercuti! Assalamualaikum! Yayyyy *tetibe