Sunday, 30 July 2017

Final year student's syndrom

Assalamualaikum


Tetiba macam ter rajin pulak nak blogging ini malam. Ah sebenarnya bosan, takdelah rajin mana. Memandangkan aku dah start midsem break selama seminggu, so boleh lah melangut depan laptop ni lelama sikit hikhikhik.

So kepada mereka yang selalu bertanya aku buat apa sekarang, ini lah aku yang sekarang. Sedang menghadapi final year yang sangat tidak cool. Ingatkan seronok jadi student final year ni. Yelah, sebab tak sabar nak habis kan. Padahal depressed jadi student final year ni adalah sangat tidak boleh dibuat main. Emosi sangat fragile. Tetiba happy, tetiba rasa nak menangis. Tetiba rasa macam dah basah je pipi (lol). Masa ni lah banyak gila problem, dari semua aspek. Ahh aku list down je pon dah stress. Belum hadap lagi tu.

Ingat lagi masa 2nd year dulu, aku rasa macam fun je belajar. Dalam sedar tak sedar tetiba dah hujung sem. Pastu naik sem yang seterusnya & takde rasa stress yang teramat sangat pon. Tapi sangat berlainan dengan final year ni, plus dah duduk rumah sewa sekarang. Semua benda kena urus sendiri. Belum termasuk lagi dengan subjek, program lepas tu tesis lagi. Kekadang rasa macam tak tahu nak kena mula yang mana dulu? Bila buat tesis, teringat dekat kes yang belum study lagi. Bila nak start baca kes, tetiba ada meeting pulak untuk program. Tengah tengah meeting, tetiba terfikir balik nanti nak masak apa eh? hurm. Complicated nau rasa. 

Tapi aku tahu, bukan aku sorang je yang hadap masalah macam ni. Semua orang yang menghadapi tahun akhir akan hadapi masalah yang sama. Bila memakcik tanya, "ko bila nak habis belajar? Penatnya tengok ko belajar tak habis-habis". Ketahuilah wahai makcik sekalian, saya pun tak sabar nak habis belajar sebenarnya. Pernah terdetik dalam hati, Ya Tohan bila lahh nak habis bila lahh nak grad bila lahhhh bilaaa. Penat jugak belajar tak habis-habis. Orang lain dah mula menapak untuk membina kehidupan memasing, get married, have a babies, traveling the world meanwhile aku masih mereput dengan study tak sudah-sudah. Rasa macam lambat sangat nak sampai ke tahun 2018 ni. Can we just skip all the college things part? & terus ke part di mana aku boleh travel the world with my loves one hahahahahahaha you wishh!




le housemates & classmates :)


Sejak dah tak duduk asrama ni, terasa lain betul jadual hidup aku sekarang. Kalau dulu duduk hostel aku lebih suka buat hal aku, tapi sejak duduk rumah sewa ni nak buat everything mesti reramai. & terasa ukhwah tu lebih rapat. Mana tak nya, masak sesama, study sesama, gossip (wajib) sesama, malah tido pun sesama. Everynight kitorang bentang tilam tidur dekat hall reramai bawah aircond. Pastu bangun pagi semua menggelupur sebab lambat gi kelas hahahahahahaa!


Lagi satu hal, bila jadi student final year ni mostly dah tak pernah kesah pasal dresscode. Asal boleh ko pakai nampak kemas & selesa so sarung je. Bak kata lecturer aku dulu, masa zaman junior dulu kemahen iron baju tiap malam. Kalau iron baju kurung tu, mesti side bahagian lengan tajam gila kalau boleh sampai terhiris hahaha. Lepas tu tudung mesti matching dengan warna baju, kalau tak gigih lah dok melaung tanya member sapa ada tudung yang sesuai dengan baju tu. Pastu aku macam takleh brain bebudak junior pergi kelas mesti mekap vassss gila kalah Jessie J weh. Siap fake eyelash tak menahan tu hahaha. Nak compare dengan hakak hakak ni, nak mekap pun maleh. Kalau kolej bagi pergi kelas pakai baju kelawar, rasanya aku lah orang pertama yang buat macam tu. Lelagi kalau hari tu ada satu kelas je. Tapi Alhamdulillah walau semalas malas aku, belum pernah lagi pergi kelas pakai baju kelawar. Tu perumpamaan je kahkahkah 



Setiap Isnin kitorang kena dress up ikut dresscode lawyer (hitam putih). Lega jugak lah sebab jubah hitam memang favourite aku. itu lah pakaian yang sering menjadi penyelamat dunia (dan akhirat *tetiba*)





Dan bila final year ni jugak, seringkali halwa telinga aku dihujani oleh soalan-soalan yang common lah orang akan tanya. Contohnya?


"lepas habis study nanti nak buat apa?"
.
" bila nak kahwin? Dah ada calon ke belum ni?"
.
"Tunang lah dulu. Nanti dah ready baru kahwin"
.
"Next year plan travel nak pergi mana?"

.


Dalam banyak-banyak soalan di atas, of course lah soalan last tu je yang akan dijawab dengan penuh semangat dan bertenaga. Obviously (ehem).


Aku faham, memang tradisi melayu ni kalau umur macam aku selayaknya dah ada plan untuk berkahwin/tunang atau senang cerita upgrade relationship to the next level lah gitchew. Tapi personally, aku tak nafikan semua tu. Cuma, bagi aku, aku tahu diri aku ni cemana. Sama ada dah bersedia ke belum. Lain orang, lain rezeki. Bukan kata aku taknak kahwin, cuma belum masanya lagi. Mungkin Allah lebihkan rezeki orang lain dengan kahwin awal, dan Allah lebihkan rezeki aku kat tempat lain (traveling etc :p) So aku mampu bersangka baik je. Sebab jalan cerita setiap orang tu berbeza beza. Allah dah susun cantik-cantik. Sabar & follow the path. Itu je yang aku selalu pesan kat hati sendiri bila tengah down :')



Wedding nadia. Dia ni antara yang termuda dalam rumah kitorang. & dia yang terawal kahwin jugak. Off market dah hahaha

To those yang berada dalam situasi yang sama macam aku, no worry gais. Takde istilah hidup ni tak adil ke apa. Sebab segala aturan dalam hidup ni, dah disusun elok-elok. Keep praying & have faith!

"So verily, after the hardship there is relief. Verily, after the hardship there is relief" 94:5-6

Cheers! :))