Friday, 4 November 2016

(Review) Hermo beauty

Assalamualaikum


Aku adalah seorang perempuan yang tak berapa nak obses dengan produk kecantikan (suatu masa dahulu). Bagi aku, ada facial foam dan johnson's baby powder dah really made my day gitu. Namun, segalanya berubah 360 darjah ketika pertama kali aku menjejakkan kaki ke Korea. As you know, korean kan memang obses gila babeng dengan kecantikan. Kalau ko tengok merata jenama kat Malaysia ni semuanya dari Korea. At first aku cam terfikir.."nak convert bape eh korea won ni? Aku bukan nak shopping skincare sangat pun hurmm..". Walaubagaimanapun, aku telah termakan dek kata-kata sendiri gais. Sampai sekarang kalau surfing internet mesti ada satu tab untuk beauty blog atas tujuan saje nak usha skincare baru. Mengapa ku jadi begini mengapa?? :'))


Tapi..entri kali ni bukan aku nak cerita pasal korea. Cukuplah entri-entri yang lepas sampai tiga,empat entri aku up ditambah pula dengan cerita throwback hanya cerita pasal korea semata. Kang engkorang boring lak kata pompuan ni apa masalah dia tak reti nak move on? Kahkah. Kali ni aku nak sembang pasal hermo. Ha po bondo eh tu? Meh sini acik nak ceghito. 


Inilah page hermo yang aku gembar gemburkan tu. Actually aku dah tahu lama pasal hermo ni cuma tak pernah ambik port pun. Sampai lah suatu hari hermo pop out ads kat ig aku pasal october sale. Terus usha punya usha, memang ada items yang tengah sale murah gila. Plus, barang barang yang hermo jual semuanya memang authentic dari korea 100% so korang jangan risau. Terasa macam ada kat myeongdong versi maya pulak tiap kali aku menjengah website hermo ni :'))


Bukan takat menyembang, menyempat jugak lah aku membeli buat pertama kali haritu ihiks. Delivery period pun takdelah berzaman sangat ko nak menunggu, lebih kurang 3-5 hari. Depends pada location korang lah sebab warehouse hermo ni bertapak di JB. Kalau korang stay area utara atau pantai timur, mungkin lambat sikit lah kot. Kalau yang stay area selatan 1-3 working days korang dah boleh received parcel korang. Ok let's see apa benda yang aku membazir haritu *emoji tabur duit*





Taraaaaa! 

So itulah first parcel aku dengan hermo. Every item diorang akan balut properly and masuk dalam kotak hermo. Kalau ada defected item pun engkorang boleh minta tukarkan yang baru. Maka inilah dia beauty product yang aku sempat sebat masa october sale kat website hermo tempoh hari. Sebenarnya ada satu lagi strawberry mask tapi tu adik aku punya and dia dah ambik sesiap. Tak sempat nak amik gambau. Total RM120 something lah tapi after guna gift voucher for first time sign up, aku dapat RM15 off. Paling best, hermo siap bagi birthday card lagi hikhik terharu itew!


Strawberry mask dari skinfood. Aku beli dengan harga RM25.65. Kalau tak sale, harga dia RM46.90



yang ni pulak mineral powder dari Innisfree aku beli twin pack for only RM 38. Kalau tak harga asal RM 24 setiap satu. Pakai pun rasa best sebab texture dia ringan and sangat sesuai for those yang ada combination skin macam aku. 



Ok hat ni paling syok aku rasa. Aku beli pun sebab tertarik dengan packaging dia muahahaha ladies sangat aku kan? Peel gel ni sumpah best gilak bila pakai then cuci muka guna air suam pastu rasa lembut sangat pipi. Mask ni boleh remove segala dead skin cell yang menyebabkan pores korang tersumbat. Best sangat bila apply kat muka sebab rasa berangin sejukk je hehehe. Bukan setakat muka, korang boleh apply untuk seluruh badan jugak. Masa sale harga dia RM 28 and ikut harga asal RM 44.90. See banyak gila different kan?


Hand cream dari The Face Shop dengan bau bauan rose. Aku beli dengan harga RM 12.50 kalau harga asal RM 16.90. Apply kat tangan rasa lembut je and wangi. Aku ni salah sorang peminat tegar product The Face Shop dan tidak pernah mempedulikan produk korea yang lelain, tapi bila dah jumpa hermo tetiba rasa beralih arah pulak. Hiks




and lassst, hermo promote untuk try micellar water make up removal dari bioderma. Brands bioderma ni agak pricey and sesuai jugak lah dengan kualiti dia kan. Aku beli 3 botol kecik dengan harga RM10 untuk semua warna (pink, biru, & hijau)




(gambar sekadar hiasan)




So far memang aku puas hati lah dengan hermo ni. Aku suka k-beauty ni sebab aku macam yakin jugak lah dengan bahan-bahan yang diorang gunakan dalam skincare ni. Lepas tu aku rasa insecure gila tengok kulit korean apesal semua cantik2 huwaaa banyak sangat tengok drama korea pastu perati kan kulit diorang, tu pasal aku jadi insecure camni kahkahkah. And aku buat review ni pun sebab ikhlas dari diri sendiri, tidak berbayar okay. Hikhik. So korang yang jenis cerewet menjaga kecantikan muka, dan suka pulak k-beauty& skincare ni tunggu apa lagi? Pi serbu website hermo lekaih! 



Thanks for reading. Bye!